Wednesday, June 29, 2011

kasih hingga ke hujung nyawa...



Saya tak pernah teringin nak sambut valentine..Alhamdulillah..saya tidak di lahirkan dengan mempunyai perasaan ingin membuat sesuatu yang gila gila bagi menunjukkan cinta kepada seseorang...hehe yang pasti saya mahu di cintai dan saya menyintai teman hidup saya sepenuh hati dan sepenuh hati juga saya setia pada dia..


Tapi cinta saya pada teman hidup bukan lah yang teragung...dia hanyalah berada di tempat kedua selepas Yang maha besar...tempat kedua itu juga di kongsi bersama anak2 dan ibubapa saya sendiri....mudah amat definasi cinta bagi saya. Cintai Allah dan cinta kedua saya dimiliki oleh berderet manusia2 lain yg ujud dalam hidup saya...tiada no 3 atau no 4...mudah kan?


Opps saya merapu lagi...


Awal pagi tadi saya mendapat panggilan dari kawan baik saya yang mana anak nya juga kawan baik anak saya. Lantaran tidak mendengar panggilan tersebut saya mendail nya semula dan bersyukur kerana melakukan nya.


Sebaik panggilan dijawap saya mendengar esakkan...za kawan saya menyatakan bahawa bapa mentua nya baru meninggal dunia pagi tadi...Innalillahiwainnailaihirojiun....


Bapa mertua za baru sahaja kehilangan isteri tercinta (meninggal dunia) lebih kurang 3bulan lalu..za ada menceritakan pada saya yang dia berulang alik ke melaka setiap minggu bergilir dengan adik beradik suami yg lain menjaga ibu mertua kerana ibu mertua dia tidak sihat dan kemudian tak lama sampai berita kepada saya bahawa beliau telah pulang ke rahmatullah...


Sejak kehilangan isteri nya ..arwah ( bapa mertua za ) tinggal dengan anak perempuan nya di Cheras kerana tiada sesiapa menjaga beliau di kampung..ketiadaan jiran jiran dan juga saudara terdekat yg tinggal berdekatan membuatkan anak anak sepakat mahu dia tinggal bersama anak itu. Saya diberitahu bahawa kesihatan kedua dua nya sememang nya merosot sudah agak lama...cuma ajal si isteri yang terlebih dahulu sampai meninggalkan suami keseorangan..


Semalam saya ada berbual dengan za...yang mengatakan bahawa hari ini bapa mertua nya perlu menjalani rawatan di IJN ...namun pagi ini Allah terlebih dahulu menjemput nya...Penciptanya lebih sayang kan beliau...dijemput pergi bagi menghentikan kerinduan yang tak tertanggung selama ini


Saya menjadi sayu bila semalam za bercerita yang bapa mertua nya sering dalam kerinduan dan kesedihan...rindukan arwah isteri tercinta..dan itu yang juga penyumbang kepada kesihatan yang sudah sememangnya merosot menjadi bertambah teruk sejak kebelakangan ini.


Alangkah besar nya kecintaan dia pada isteri tersebut. Lantaran tidak dapat menanggung rindu kerana sepanjang usia perkahwinan mereka selama ini tidak pernah mereka berdua berpisah...manis nya hubungan itu.


Bertuah rasa nya di cintai dan sentiasa dirindui hingga rasa cinta itu di bawa hingga ke hujung nyawa...


Emm saya terfikir...adakah saya juga akan dirindui sebegitu apabila telah tiada nanti? Namun saya harap saya kuat dan tabah seandai nya teman hidup terlebih dahulu di jemput oleh Allah ...tak mahu seumur hidup melayan rasa rindu dan sedih kerana saya juga mempunyai orang2 lain yang perlu di jaga dan dilindungi...tapi segala gala nya di tangan Allah...kita yang belum pernah melalui detik kehilangan ini hanya boleh bercakap..mana tahu bila tiba masa nya kita juga kalah seperti arwah pak cik tadi...yaaa seperti saya kata tadi..moga saya kuat dan tabah menghadapi detik perpisahan. Ajal, jodoh dan rezeki semuanya rahsia Allah...kita tidak tahu bila dan bagaimana semua itu berlaku...redha menerima pabila masa nya sampai...InsyaAllah..


Apa apa pun terima kasih kerana singgah..:)

Tuesday, June 28, 2011

air oh air..



oo..dari hari jumaat saya sekeluarga menghadapi sedikit kesukaran..emmm kekurangan air. Yang hairan nya rumah orang lain ada malah ada yang beria sakan mencuci porch...jeles saya tengok sebab dia senang senang membazirkan sesuatu yang kami sukar dapat. Sayang kan air begitu banyak di buang begitu sahaja.


Saya tengok porch dia sudah cukup bersih sebelum ni..tak tahula kenapa dia basuh lagi. Agaknya manusia bila dah senang dapat sesuatu memang tak tahu menghargai benda tu. Macam saya ni..sedang dalam kekurangan air nak tuang air lebihan minuman pun sayang..paksa juga habiskan minuman..dulu dulu saya pun macam jiran itu juga dah tak habis minum tu terus masuk sink gitu aja. Dah jadi begini baru nak berjimat...


Sekarang baru sedar...bersyukur lah dengan apa yang ada sebab bila di ambil kemudahan tersebut baru lah sedar langit tinggi atau pun rendah


Sekarang paip di dapur saya sudah mengeluarkan air walau pun perlahan namun cukup lah..saya akur dan redha..dapat tadah dan simpan dalam takungan untuk kegunaan harian..mandi pun setakat dapat membersihkan badan...yang penting air minuman mesti di simpan dan tak ada lagi pembaziran..serik!!!


Dan terima kasih juga kepada pembantu rumah adik saya yang tinggal sementara di rumah ini...dapat membantu saya dan mr.H mengangkut air untuk di simpan...Alhamdulillah...dalam menghadapi kepayahan ini..Allah berikan bantuan kepada saya...Alhamdulillah


Apa apapun terima kasih kerana singgah...

Saturday, June 25, 2011

saya tak boleh tidur semalaman

Aduhai aduhaaii...saya baru dapat melelapkan mata lebih kurang pukul 12 tengahmalam tadi setelah berhempas pulas memaksa tidur akibat perut kembong (orang tua pun boleh kembong perut tau..) selalunya pukul 11 saya dah lelap dan layan mimpi indah....tapi malam tadi saya rasa baru sangat melelapkan mata tiba tiba mata terbuka semula...geram betul

Haa ini lah penyebab saya terjaga pagi pagi buta tadi..baru dapat 1 jam lebih je tidur...sebelum tidur tadi saya perasan ada 2 bijik motor lepak kat sebelah rumah saya...ada lah dengar diaorg sembang2...saya tak berapa kisah sangat duk ingat dalam pukul 12 diaorang akan beredar lah kan..rupa rupa nya tidak...

Amboiii...memang lah beredar tapi beredar daripada porch rumah dia dan datang meletak kan bontot kesayangan di atas kereta saya....hishhh...gambar ni saya ambik guna night version...sebab geram sangat depa depa ni punya sakan layan sembang sembang dan bergelak sakan ...siap dengan pasang speaker handphone duk dengar lagu pulak macam fun fair pun ada jugak kan..


Ini dah kira menganggu ketenteraman awam ni..tengok lah dah pukul berapa kan? dah 2.45 pagi dahhhh!!!!! dan di tambah pulak dengan perangai tak menghormati harta benda jiran...buka main bahagia bersembang dan duduk atas hud kereta orang...kenapa dia tak duduk atas motor dia je? Kurang asam memang kurang asam


Disebabkan gelak ketawa mereka dan melihatkan perangai sekor sekor tu yang tak langsung menghormati ketenteraman jiran jiran yang nak berehat setelah bekerja seminggu ni maka langsung saya tak boleh nak sambung tidur....apa hal lah budak budak ni? takde rumah ke? saya memang tak peduli diaorang ni nak sembang sampai subuh kan sebab mereka ni bukan anak anak saya tapi tolonglah pergi sembang kat taman mana mana...jangan lah depan rumah orang tengah2 malam hingga ke pagi pulak tu...sakit mata sakit hati dan hari ni saya sakit kepala..migrain sebab kurang tidur....aduhaiiiii


Apa nak kata?...perbuatan duduk kat hud kereta saya ni bukan baru kali pertama berlaku..pernah berlaku minggu lepas waktu siang..kawan2 kepada anak jiran saya ni macam biasa datang berkumpul di rumah dia..selalunya tak kurang dari 5 bijik motor..kira kira 10 org lingkungan umur 15 ke 18...ada gak yang bawak girlfriend...


malas saya nak campur la kan..tapi dalam ramai ramai tu petang tu ada sorang yang buat macam budak malam tadi buat...cehh elok je dia lepak atas hud kereta saya sambil ber sms...saya yg keluar angkat kain jemuran petang tu pun dia buat tak tahu saje macam dia tak buat benda pelik...dan saya bila tengok dia berat jugak nak angkat bontot teruslah menegur..."ni dik...takde tempat lain ke nak duduk?..." baru lah dia beredar dan duduk kat motor dia....


hishhh sampai begitu sekali kah budak budak sekarang yang hilang adab???....tak perlu mak bapak mengajar tentang adab ni..sepatutnya mereka dah pandai menimbang sendiri apa yang elok dan apa yang tidak...menghormati harta orang lain pun tak perlu di ajar...ada akal tolong fikir dan guna lah kan...emm fikir fikir pulak patut pun ada masalah vandalism di tempat awam kan...sebab ada orang orang yang beginilah yang harta benda awam boleh rosak...depa tak ada fikiran nak menghormati hak orang lain...jangan rosak kan harta yang bukan hak awak...senang je tak kan itupun nak di ajar...aduhaiiii


panas hati...sakit kepala..


apa apa pun terima kasih kerana singgah...assalamualaikum

Friday, June 24, 2011

saya nak berpindah

Aduhaii...sebut perkataan pindah tu je dah buat dada sesak..progress saya amat slow..baru ada 4 buah kotak yang berjaya saya kumpulkan. Barang2 MasyaAllah...jangan cerita lah kan..baju baru baju lama...buku buku setiap hari minggu ada ja yang dibimbit bawak balik dah jadi kebiasaan bila keluar mesti jengah ke Borders...MPH...Popular dsbgnya

Dah dapat kotak lupa pulak nak beli tali rafia sekali..emm tak jadi kerja jugak kan macamana nak ikat buku buku ni? haiii kerja kalau tak ada perancangan jadi macam ni lah..aduhaii


Nak berpindah lagi 3 minggu..apa satu pun saya belum kutip dan masukkan dalam kotak. Saya menjengok ke dalam stor di bawah tangga...aduhaii...pitam rasanya. Barang barang yang ada dalam tu bukan nya barang barang baru dan ada pulak tu yang tak boleh di pakai dah pun tapi di simpan jugak sebab perangai mr.H yang selalunya akan cakap "boleh pakai lagi tuu.." bila saya tanya nak ke tak nak ?


Okay lah daripada saya membebel begini baiklah saya mulakan kerja mengemas dan ....membuang (harap mr.H tak perasan ada barang barang yang hilang...)


apa apa pun terima kasih kerana singgah...

Thursday, June 23, 2011

bunga plastik..bunga hidup

Haa...terlebih rajin la pulak malam ni..petang tadi dah masuk 1 entry kan...sekarang masuk lagi..emm ni sebab kebosanan teramat sangat pasal 2 orang lelaki dalam keluarga saya ni dah menang...dia orang dapat menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Lubnan...habis lah peluang saya nak menonton CSI:NY malam ni..huuhu takpe bagi peluang la kan...esok saya tengok siaran ulangan je lah.

Dah takde nak buat apa so saya rajin rajin lah berjalan jalan ke blog2 kawan kawan. Dah dapat pulak idea nak bercerita pasal gambar kat bawah tu. Ni saya tembak kat tandas perempuan di perhentian rehat Sg.Perak masa pulang ke Kodiang awal june dulu. Tahu apa bunga tu?

Saya excited jumpa bunga plastik ni bukan apa...teringat dulu dulu masa masih bersekolah dulu..saya pun pandai membuat nya. Pakatla beli straw minuman dan duduk petang petang membelek straw ni...gunting dan bentuk kan bagi melentik dengan menggunakan hujung mata gunting...lagi cantik kalau straw tu agak tebal...kalau nipis sgt mudah putus...

Hishh kalau di ingat ingatkan lah kan...banyak juga kerja tangan yg saya boleh buat tapi dah lupa cara nya jadi zero laa pengetahuan saya kini. Yang ada dalam ingatan cuma jahit crossstich dan sulam biasa biasa tu je. Sayang kan? kalau skil yg ada tu hilang di makan masa...




Sayang pun sayang la jugak kan...tapi bila pikir pikir balik...bunga ni kalau letak dalam rumah sure kutip habuk dan debu ja ni..banyak la kerja bertambah lagi nak mengelap bunga bunga plastik ni...hehe baik lah guna bunga asli/hidup sebab bau pun harum...cuma sayang lagi sebab nanti layu di buangkan je..hishh dah lah bunga hidup ni mahal...


Ataupun kita biarkan lah bunga bunga tu hidup kat pokok dia dan kita biarkan straw tu kat dalam bekas minuman je lahhh....ha ha ha


Apa apa pun terima kasih kerana singgah... :)

pergi camping...1st time

Suhailah pergi camping...tengok kelawar alahaiii kelawar pun nak tengok ke? emm...excited dari day one daftar hari tu..sampailah hari nak pergi ni asyik laa duk peringat saya tentang barang2 yang belum di beli. List tak habis habis..ada aje yang nak di bawak..last last tengok lah beg dia...ha ha ha...nak terbalik tuan nya bila di galas..

Muka orang excited...semalaman tak tidur duk berangan la kot..ni dia dengan anak2 shidah..thanks shidah tolong daftarkan suhailah...dan tolong tumpangkan I dengan suhailah ke Ara Damansara yesterday...jutaan terima kasih sangat sangat...:) err...dan ada bagi roti sekali tu...alahaiii shidah rajin nya dia...thanks dear..sedap roti tu :)


Dalam bas..kebanyakkan yang pergi pelajar2 sek menengah...mereka ber 5 aje yang sekolah rendah...aiii risau gak memikirkan apa jadi kat kem tu nanti...jangan la ada aktiviti di sungai plak kan..tapi kelawar kan ke kat dalam gua...hehe tak kan sungai pulak kan


Emm kesian suhailah abah nya tak dapat hantar dari semalam dia duk sebut "ni suhaila takde ni siapa nak tolong abah ambik kan glasses ke surat kabar ke..?" (dia memang kena jadi 'budak suruhan' abah dia untuk ambik itu ini...)...takpe lah dik nanti balik abah g ambik lah..


Selepas g hantar dia balik rumah dahh semalaman duk risau macamana nak tahu keadaan dia..dah lah dia tak bawak handphone...saya ada menyuruh dia bawak tapi dia risau kut hilang..ya lah betul gak nanti terjatuh ke benda tu dah saya juga yg duk bising kat dia..hehe


Hari ni Shidah ada bagitau husband dia call pihak YAWA bertanyakan keadaan budak budak ber5 tu...alhamdulillah shidah bgtau semua nya ok...lega sikit dengar


Saya nak menalipon juga tapi risau kot2 si Isma tu sibuk kan...so petang ni dah pukul 5 lebih saya cuba lah mendail no isma...dia kata budak budak ok..seronok kat situ..makanan pun sedap (ye ke??) Isma ada menyatakan yang dia orang baru habis hadir majlis perasmian...hehe...patutlah dia kata makan sedap..sebab ada majlis..katanya mentri pun ada..wahh entah entah ada dalam tv malam ni...hehehe..


Saya bukan apa..memikirkan bagaimana lah suhailah menguruskan diri dia di situ..kalau di rumah kan mama lah buat semua dan tegur nak pakai baju apa..itu ini...jadi ni selama 4hari 3 malam ni dia lah yang akan uruskan diri sendiri....aduhaiii bayangan macam2 datang menerpa dlm kepala ni...hehehe...ini kes tak yakin dengan keupayaan anak sendiri kan


Tak sabar nak jumpa dia petang sabtu nanti...dengar cerita dia aduhaii rindu nya dengan si kenit niii...sunyi rumah tinggal ber 3 beranak je..si abang asyik tidur je so mama tak tahu nak buat apa..hehehe


Apa apa pun terima kasih kerana singgah...

Monday, June 20, 2011

kemalangan..

Ini gambar kemalangan malam tadi di kilometer 23 jalan kuala lipis-benta..kemalangan dalam pukul 11.45mlm.

Menurut akhbar tu 4 orang sahabat maut dan salah seorang parah. Kereta dipandu oleh salah seorang yang meninggal tu. umur baru 20 tahun..muda lagi dan mungkin juga lesen yang diperolehi juga belum pun 2 tahun. Di khabarkan yang kereta di pandu laju dan terbabas memasukki laluan bertentangan dan menghentam bas tersebut..


Mr.H dah mula menunjuk kan kerisauan nya semula bila membaca berita ni pagi tadi.....semalam hari sabtu adik saya yang paling bongsu..(kami panggil dik wa je)..takde la kecik lagi dia ni..dah 32tahun pun dan dah ada anak sorang..dik wa akan ke kelantan minggu depan dengan memandu sebab nak melawat student dia yang buat praktikal di hospital sana......mr.H agak kurang bersetuju dia nak memandu ke sana sorang diri dan mencadangkan dik wa menaikki kapal terbang je dan sewa kereta di sana....tapi dik wa kata uitm tak cover perbelanjaan kereta sewa...ya lahhh betul gak kan...semua nya nak cut cost


Sepanjang jalan balik dari rumah dikwa tu mr.H menyenaraikan lah segala keburukan jalan yang dik wa nak ambik...saya kurang arif jalan ke sana sebab belum pernah ke Kelantan lagi..tapi menurut mr.H jalanraya situ berbahaya...ye lah bukan nya highway 2...3.. lane macam yang selalu kami guna nak balik ke Kedah...kena pulak tu nak kena over take lori balak la...lori biasa laa...dan ada pulak tu yang lori2 terbabas masuk jalan bertentangan....bila dia menyenarai kan saya pun mula lah serabut...aduhaiii....dia serabut dia buat saya serabut sama...hishhh


Lagi lah pulak bila pagi ni ada berita kemalangan tu ...aduhaii...apa yang boleh saya katakan pada dia dan pada diri sendiri?? cuma berdoa la banyak banyak agar dik wa selamat dalam perjalanan pergi dan balik...sepanjang seminggu dia ke Kelantan..maid dan anak dia zara tu akan di tinggalkan bersama saya...emm...merasalah saya jadi mem selama seminggu nanti..ha ha ha...


tapi nanti clash lah pulak dengan pembantu saya yang selalu datang seminggu sekali tu..tak paa biar si maid dik wa lihat macam mana maid indon buat kerja....maid adik saya datang dari kemboja...baru kali pertama berkerja sebagai pembantu rumah...agak kekok tapi bagus menjaga budak budak dan itu yang adik saya mahu pun..dia perlu kan seseorang pembantu dan teman sebab suami dia bekerja di Bintulu sarawak dan cuma pulang sebulan sekali..kesian adik saya kena uruskan segala gala nya sendirian...saya cuba membantu sekadar yang termampu..macam nilah tolong jaga kan anak dan maid dia sepanjang dia bertugas keluar daerah


Hisshh sekarang saya serabut dan susah hati bertambah2 sebab hari rabu nanti suhailah nak ke Lanchang pulak...menyertai kem oleh YAWA..yayasan anak2 warisan alam (kalau tak silap..) selama 4 hari 3 malam...ni kali pertama dia nak pergi jauh ni dan naik bas pulak tu...


Ya Allah permudahkan urusan kami...lindungilah orang orang yang kami sayang...emm saya dah mula emo semula...aduhai aduhai..


Apa apa pun terima kasih kerana singgah :)


p/s oh..ada perubahan dalam gantinama diri pertama yang saya guna kan...selalu nya saya guna kan "aku"..saya merasakan "aku" agak ganas (ha ha ha...) hanya pendapat saya ya...jadi sekarang gantinama "saya" digunakan ....harap terima :)

Wednesday, June 15, 2011

manusia..

hari ni takde gambar..tak sempat nak ambil tadi..:)

Hari ni macam biasa dalam pukul 1.30 aku sampai kat kawasan perumahan aku selepas ambik suhailah. emm...sampai ke satu lorong ni..(rumah aku lorong ke 6 so ada 5 lorong masuk ke jln utama yang kena aku lalui utk sampai ke rumah) tiba2 satu kereta/mpv estima ni keluar dengan laju gila (gila?? drebar yg gila kot bukan kereta kan) betul betul depan kereta aku...cepat cepat la aku membreak sambil ber honnnnnn gila punya panjang sebab itu dah memang gerak spontan aku bila terkejut....

Dah tu ada pulak mpv yg lain kat belakang kereta aku yg kebetulan rumah dia di lorong yg sama dengan aku. Ermm...aku tengok gak drebar estima tu...ingat dah buat bg orang terkejut manusia tu dan awak pulak memang sah sah salah sebab keluar lorong tak berenti kereta dulu kan...so tak boleh ke angkat tangan tanda maaf???

Apakah lagi besar kenderaan anda maka lagi besar ego anda? dia boleh buat2 pandang tempat lain macam la tak de apa apa yang berlaku....dan kereta dia pun bukan nya betul betul berenti ni macam duk gerak depan belakang depan belakang lagi...mak aiiiii ada rupa nya manusia/makhluk ciptaan Tuhan yang begini perangai??? dan untuk maklumat...dia bukanlah berbangsa melayu..ermm biarlah rahsia..

Jadi kalau la berlanggar tadi..kena plak anak aku tercedera..apa alasan dia? Nak cakap macam ni ke?
"Ehh sorry ya...i nak cepat tadi..tak perasan kereta you datang"
gitu ke?

So kalau you nak cepat atau dah terlambat ke appointment you then you kena lah pecut tak ingat dunia and killing people at the same time? itu alasan? Boleh tidur malam ke kalau tadi terjadi kemalangan? kecil atau besar kemalangan itu tak boleh di jadikan alasan untuk kita kata "alaa sikit je pun nak kecoh.." takk tak ada alasan sebab ini adalah faktor kelalaian dan juga faktor tak ambik kisah keselamatan orang lain...macam aku kata tadi...nak buat kerja sampai sanggup membunuh??

Namun bangsa melayu ke tidak bukan lah pokok utama cerita ini...ini la cerita nya..

Aku ada seorang kakak (moga ruh nya dicucuri rahmat..al-Fatihah untuk beliau) tapi satu kemalangan telah merebut dia dari kami semua..masa tu umur aku 3 tahun dan dia 5 tahun..a very good sister to me sebab mak selalu cerita kalau nak suruh mengasuh adik(akula tu..)memang boleh harap kan dia walaupun umur masih muda..dia suka menyanyi dodoikan adik atas buai..orang nya sangat cantik..mak ada simpan gambar tapi bila dah renovate rumah dulu tu dah tak tahu mana letak dah gambar tu...sedih nya bila tahu gambar tu hilang.

Dia kena langgar dengan motosikal ni yg di tunggang oleh budak awal 20an..orang kampung kami jugak...asyik berulang alik di jalanraya depan rumah aku sebab masa tu dia tengah mengurat sorang budak yg tinggal sederet dgn rumah aku...konon nak tayang motor dia la kot.

Arwah pulak nak melintas jalan tu tanpa pengetahuan sesiapa masa tu sebab...sebab masa tu aku merengek nak kan halwa buah keranji yang orang jemur kat seberang jalan tu. Bila tengok takde kereta/motor dia pun melintas la agaknya timing pun tak betul..terus di hentam oleh motor tu...seret dia dekat 30meter...pecah kepala dan meninggal kat situ jugak.

Kadang2 aku terpikir jugak kalau la aku tak merengek nak kan buah tu....ermmm

Dan di atas apa sebabnya aku pun tak tahu...budak tu terlepas...gitu jee..mak kata ada campur tangan orang2 tertentu...entahlah..mudah sangat lepaskan hukuman di dunia ni..kenal orang je dah boleh lepas padahal yang salah tetap salah...orang kata bila lepas dari rumah perempuan tu dia akan memecut dan buat u-turn cepat cepat untuk kembali ke depan rumah perempuan tu...aku jadi geram bila pikirkan kemalangan ni

Boleh kah budak yang dah melanggar kakak aku hingga mati tu hidup aman? Macam mana dia lalui hari hari dia? macamana dia tengok wajah anak2 dia..tak kan dia tak ingat yang dia telah menyebabkan ayah dan mak aku kehilangan anak mereka di tangan dia? Dia kisah ke?

Adakah dia tak takut balasan di akhirat nanti? Mak kata hingga kini dia tak pernah datang minta maaf dari mak dan ayah....dia di kahwinkan dan berpindah ke tempat lain...tapi tak kan dia tak pulang ke rumah mak bapak dia kan...tak kan dia tak lalu di depan rumah aku...tak kan dia tak lalu di tempat kakak aku di langgarnya...? tak kan dia tak ingat macam mana dia langgar hingga mati kakak aku?

kira nya sebenarnya kemalangan kakak aku dan sikap orang yang melakukan nya lah yang menyebabkan aku benci pada orang orang yang memandu kereta/motorsikal/bas/lori tanpa pikir keselamatan orang lain...tak perihatin pada nyawa orang lain...seolah olah berkata pada diri mereka sendiri "kalau aku di pihak yang betul peduli apa dengan nasib orang lain"...gitu kah?

Kematian memang lah kerja Tuhan..rahsia Nya..tapi manusia yang telah terlibat secara langsung ni kenalah tunjuk kan hati belas kasihan...bersemuka lah untuk meminta maaf...datang lah tak kira walaupun kejadian tu dah berpuluh tahun berlaku..percaya lah setiap kematian itu adalah tragedi yang amat menyedihkan bagi kami yang di tinggal kan...walaupun hati redha namun kenangan bersama tetap kekal di ingatan....

Terima kasih kerana singgah...

Tuesday, June 14, 2011

gloomy morning

lemah nya hari ni..ehh masa menaip ni baru pukul 11.30 pagi..aduhaii aku dah rasa lemah, bosan, lembik dan pelbagai lagi la perangai2 yang tak produktif ni. Menyesak kan kepala betul.

Ehh ni bukan gambar aku aa...ni gambar ciwi...(saje nak bagi dia glamer hari ni he he) kucing kami emm kira anak aku no 5 la ni. Dah tua dah ciwi ni..kami bela dia masa umur 5bulan masa tu tahun 2005..kira la sendiri ek...


Perangai ciwi sebijik macam perasaan aku hari ni. Tapi perangai dia memang sejak azali sombong , riak, angkuh pelbagai la kan...hehe kutuk2 dia satg dia mai cakaq padan muka aku...yg aku kutuk2 dia bagai tu sebab memang ada kebenaran nya...dia tak mau orang dukung2 ka riba riba ka..muka sepesen ja macam ada masalah terpendam...agaknya dendam dgn kami la kot..ehh apaasal lak? makan sini best best apaa...dah tu kami bagi kebebasan nak p mana pun tak sekat...asal jgn keluar p makan sampah udah..


pastu kami bagi kebebasan keluar malam...hehe yang ni memang depa kena paksa tidor kat luar..takde sape nak bangun tengah2 malam nak bukak pintu bila dia orang ni nak membuang aihh...Dia orang?? emm kami ada 3 ekor anak berkaki 4 ni. Nanti la aku upload gambar yg lain2..(emm tak kuasa...)


Sebenarnya nak cerita pasal mood hari ni dahh melalut p sampai ke laut atlantik la pulak...ni haa...nak aku kait kan diri aku dgn Ciwi ni cuma tang perangai hari ni je..malas nak sembang2 dengan orang emm nak taip blog pun malaih..ntah apa kena la..


Aku dengan ciwi sama la female...yang buat beza tu masa aku ambik ciwi kat (beli sebenarnya) SPCA dulu dia dah kena neutred...(dh kasi laa gitu) so memang la beza dengan aku dia ni dah takleh beranak...masa tu berkurap kat telinga tu banyak betul sampai berlubang2...org kat situ kata kalau tak dak sapa2 beli dia ni memang depa akan cucuk mati...alahaiii punya la aku sedih kat dia terus aku ambik (err...beli..) kena la berulang p SPCA ni untuk injection kurap tu...lama baru baik n putih bersih telinga dia...emm azab gak kisah ciwi ni kan.


Beza nya lagi ciwi dengan aku ni....ialah dia tak de la datang bulan kan??....so ni aku kira ni mood aku yg lagu ni ni pasal nak datang bulan la sebenarnya...hehehe....buang masa korang je kan baca entry kali ni...sori sori tapi aku memang takde mood betul...tapi heran la si ciwi ni..walau tak datang bulan pun dia ni semendang moody jee.....


Apa apa pun terima kasih kerana singgah...:)

Sunday, June 12, 2011

bola n me

eh takk..jangan salah anggap..entry kali ni bukan nak cerita pasal bola final malam tadi. Tak pulak nak kutuk kutuk team mana main kotor ehh takkk.

Malam tadi masa mr.H (dia memang gila sport...any sport esp football...) duk tengok live kat tv..aku tertidor kat sofa...hehe. penat ooo semalam ada class swimming..Tapi skali sekala terganggu tidur pasal dengar dia duk jerit jerit marah players....ha ha macam la depa dengar kan.


Mr.H spent 8 tahun hidup kat Kota Bharu Kelantan...sekolah kat Sultan Ismail College..asal dilahirkan di Tanjung Malim Perak...My FIL n MIL both orang Perak..semestinya dia orang Perak lah kan...tapi di sebabkan banyak menghabiskan masa remaja di Kelantan jadi sikit sebanyak memang dia sokong Kelantan...tapi pasukan Perak..kejor yeop kejor tetap di hati....(ececehhh....)


Ini selalu aku jadikan bahan nak cari gaduh dengan dia ( alahh...gaduh gaduh manja gitu..hehe).


Dia ada bagitau aku yang Kelantan menang malam tadi...dah tak ingat bila dia bagitau ...pagi ni dia pun beriya iya la keluar nak cari surat khabar semangat nak baca review kat paper la kan


Hari ahad dia akan duduk baca suratkhabar dari pukul 9 pagi sampai 2 petang.....betul...memang kadang kadang aku ingat dah ada akar tumbuh kat punggung dia...selalu tu oder je nak tambah kopi. Dulu zulaikha ada anak dara yang ni lah yang kena bancuh air tapi dah takde ni...pandai pandai la buat sendiri sebab aku cuma buat round pertama je....2nd 3rd round tolong aaa....aku ada banyak kerja nak buat nihh...ha ha ha....err sebenarnya buat jugak kalau dia minta...emmm


Bila dia bukak paper tu pagi ni...aku dengar lah..."laa Terengganu menang laa.." Gelak besar aku...bukan aku happy gila Terengganu menang tapi aku gelak kan dia yang agaknya malam tadi di sebabkan over confident yg pasukkan pilihan dia menang..dia terus tukar channel kot..ha ha ha.....


dia kata Terengganu score 2nd goal masa main masa cederaan...laa kenapa dia tak tunggu tengok diaorang main dalam masa kecederaan???? tunggu je lah sampai habis kan...aku gelak lagi...ada bahan ni aku nak gaduh...ha ha ha


Aku kata la..."emm mama memang sokong Terengganu ni n mama suka sangat sangat Terengganu menang bukan pasal apa...sebab permaisuru diaorang orang Kedah....!!!" Keh keh keh....ia memang betui pa...permaisuri depa orang aloq setaq...jadi kena sokong lah kan..kira geng la kan..:)


Mr.H kata...."ada orang nak jugak tumpang tuu Kedah dah lama out...cari la alasan.."


haaa...whateverrrr.... ha ha ha


Apa apa pun syabas Terengganu eventhough aku bukan tengok pun depa main..dan yang paling penting tu pagi ni tak de cerita bom meletup sana sini dalam stadium dan luar stadium. Kalau ada memang sampai bila bila aku tak nak tengok bola sepak lagi dahhh...


emm lagi baik aku tengok budak budak main gelang getah...hehe


apa apa pun terima kasih kerana singgah...have a nice weekend everyone..!Assalamualaikum

Saturday, June 11, 2011

suhaila dan cerita seram...

Pagi khamis kemarin aku ke giant seperti biasa suhailah pasti mengekori kan. Ini lah anak dara no.2 aku...kami panggil dia adik...nama dia siti suhailah dan dia membahasakan diri dia suhaila....hehe nama senang erti pun "mudah" panggil penuh takde separuh separuh..ni cuma pengenalan je ni...cerita dia seperti di bawah...

Dah habis membeli barang semua tu..on the way ke parking tu kena lalu depan kedai jual cd ni. Suhailah dah siap meminta dah..nak cerita penunggu istana...aku heran gak sebab tak pernah dengar tajuk cerita ni. "ada la mama..kawan kata best cerita ni" emm entah apa kena aku pun ikut jugak la melangkah masuk ke kedai tu.

Apek (aku pangil apek?? sedangkan cina ni punya la muda..hensem la jugak..haha) memang dah biasa dengan aku sebab masa cuti sekolah akhir tahun lepas aku banyak borong cd dari kedai dia..saja buat hilangkan bosan budak budak dan aku sendiri..:)

Sebenarnya malas nak beli cd ni sebab dah paham sangat dengan cerita seram kat malaysia ni..mesti sound effect kuat gila dan pelakon2 pun nampak gaya cuma pandai berlakon bab menjerit bingit telinga tu ja..bosan dah.
Lagi pulak nanti aku bosan lagi bila dengar mr.H bebel "kenapa la u beli cerita macam ni? bukan real pun"....ha ha macam la dia tahu macamana rupa hantu yang real kan?

Tapi di sebabkan udah termakan pujukan si kenit ni..aku pun beli lah..harap2 cerita ni ok la kan..tengok tarikh kat cd tu kata tayang 21 april ooo dah lepas lah kan...emm takdak pulak aku terbaca review kat mana2 tentang cerita ni ke aku yang terlepas pandang? rasa nya memang takdak review tentang filem ni. Emm apa apa pun hentam sajalahh..dah terbeli kan.



So petang tu kami pun pasanglah kan...hati aku kan tak berapa seronok disebabkan perkara yang berlaku tengahari tu...so konon2 nak hiburkan lah hati ku lah ni kan...layan la cerita ni dengan 2 orang lagi manusia yang tahap penakut nya dekat 500%...geram aku.



Mana si kenit yang ber iya sangat nak tengok tadi tu??...aku rasa ada la dalam 0.003% cerita (aku pun tak tau 0.003% tu banyak mana....) yang dia tengok...yang lain2 % tu bantal yang tengok...mana taknya mata memang tutup rapat kadang2 dengan bantal ...kejap lagi jari cucuk dlm lubang telinga...lama lama aku tengok dia tutup mata dan tutup telinga dengan bantal....aishhh confuse la tu...asal baru nak nak bunyi atau baru nak nak suspen je terus tutup mata...terus tutup telinga...apa hal??



Nyesal beli pasal orang lain yang nak sangat tengok tak tengok pastu orang lain yang tak nak tengok pulak terpaksa tengok.



Cerita dia sebijik macam paranormal activity...ala cerita orang putih tu..aku tengok gak kat panggung...seram wehhh....tapi bila tengok penunggu istana ni dan di sebabkan depa tiru style paranormal activity orang putih so jadinya teramat laaa bosan nya.



Aihhh kalau nak ambik idea pun takleh ke korang buat lagi best dari orang putih? Kalau setakat jalan cerita macam ni elok buat telemovie je...huhhh hilang duit aku 16rgt 9kupang



Padahnya tengah malam tadi...si kenit tu tercegat depan pintu bilik minta nak tidur sekali...yang pelik tu..dia takut apa? bukan nya dia tengok pun apa jadi dalam cerita tu...ni kes perasan ja lebih..mula aku dengar dia ajak abah dia tidur kat bawah depan tv dengan dia..abah dia tak nak..kesian dengan dia yang mengantuk tapi terlalu takut nak tidur tu aku ajak la dia tidur dengan kami bersesak atas katil.



dan siang ni badan aku sakit sakit....aishhh adik...adik...



jadi terima kasih kerana singgah dan membaca bebelan aku ni...

Friday, June 10, 2011

selamat ulang tahun ke 18 siti zulaikha

Ini anak dara no.1....anak aku no 2. nama seperti di atas..... Orang kalau tengok dia jalan dengan aku memang tak percaya dia anak aku. Sebab nya

1. size badan dia yang kecik berbanding dengan mama nya yang besar ragam ni...hehe kena laa aku explain yang dia ni ikut abah nya..mr.H punya sedara perempuan semua nya comel2 ...tak macam aku ni..tinggi dan besar...tok wan aku pun dah 6 kaki tinggi...so memang la keturunan aku ni size ala model model antarabangsa gitu...hahaha perasan tahap gaban

2. Rupa dia yang bujur...rupa aku yg bulat montel ni mana nak sama dengan dia kan..

cuma yang aku perasan tu rambut je la sama...lebat dan curly mcm rambut aku...budak2 sekarang mana nak curly2 ni kan so masa dia form 4 dulu masa birthday dia jugak (konon sweet 16 kan..aku pun layan le kehendak dia..) aku bagi la permission buat straighten2 bagai ni...punah la 100 lebih rasanya..abah nya tak bagi sebab dia tak suka ubahsuai2 ni..tapi aku katala ni bukan nya permanent...barula dia lembut hati..

memang tak permanent pun tapi dia pandai la lepas basuh rambut setiap pagi duk ber hair dryer...tu yg sampai la duk straight ja tu....pakai la pulak pelbagai jenis cream..alahaii...tahan la tiap2 hari duk panaskan rambut..kalau tunggu dia bersiap nak g mana mana memang berasap lah..pernah aku mengamuk dengan dia pasal dia berdandan lama sangat sampai hilang mood aku nak g open house kawan...

Yang aku meraban cerita sakan tentang anak dara no.1 ni bukan apa...satg kata nak menunjuk plak..ni memang la gambar dia masa mendaftar kat uitm tapah itu hari tapi itu je gambar yang clear n ala ala ayu gitu...ha ha ha kalau dia tahu aku masuk kan gambar dia dalam blog sure mengamuk nih...tapi aku tak risau sgt pasal tak ramai pun follower aku nih..


ooo tersasar lagi...nak cerita benda lain membebel benda lain...oo sebenarnya nak kongsi hari ulang tahun dia yang ke 18


alahaii anak omak dah besar panjang...duk terbayang je masa g hospital masa tu hospital kat jln Ipoh..waktu subuh..waktu hujan...air ketuban pecah kat rumah so bila aku bgtau kat mr.H kata air keluar...dia kata "a'aa memang la bocor kat tingkap atas tu"....adoiii bocor bendanya..masa tu dia duk buat report apa ntah so memang la tak bagi attention kat bini dia ni...entah dia ingat ke tak aku mengandung sarat masa tu..ha ha ha


Zulaikha lahir tepat 2.05 tghari..aku lupa hari apa..takdela susah sangat berbanding dengan sakit bersalin abang dia..mungkin jarak yang dekat dengan abang dia membuatkan aku mudah melahirkan dia..bila kali pertama keluar yang aku perasan..telinga...hehe telinga dia kurang sikit capang dari si Nabil raja lawak tu..tapi orang tua tua kata telinga macam tu murah rezki..iye ke? ntah la itu kata org tua laa...


Zulaikha paling senang jaga...tak meragam..bagi botol susu dia akan tidur sendiri..emm aku rasa anak2 perempuan aku ni senang di jaga lah..adik dia pun senang jugak. cuma beza nya zulaikha tak suka pada orang dan suhailah friendly sgt sgt.


zulaikha setiap maghrib pasti melalak...aduhaiii...masa tu tension betul..pilih masa untuk melalak pun tak pandai..waktu siang tak pulak dia melalak...hishh...abah dia memang la tak leh jaga dia sebab dia akan meronta bila abah dia pegang..cuma aku aja yang boleh calm kan dia..so selalu tu sebelah tangan memasak sebelah tangan lagi kena la dukung dia...aduhaiii anakkk....


Apa apa pun sebelum aku bebel lagi dan lari dari tajuk...doa setiap ibu memang sama je kan..supaya anak anak mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah dalam apa jua pekerjaan yang dia orang buat. Doa aku agar dia menjadi muslimah yang beriman..takut pada Allah..taat pada perintah Allah dan menjauhi larangan Nya.


Harapan aku moga dia mendoakan kami setiap masa..dan menghormati kami sebagai orang tua nya...aku juga berharap agar hubungan dia adik beradik tetap kuat walaupun setelah kami tiada nanti...aishh emo pulak tetiba

Wednesday, June 8, 2011

habis cerita

emm...dah habis menonton pun...ok la cerita nya. Kira macam kita tengok sejarah kenapa macnetto (betul ke eja ni??) dan prof X bergaduh..sekarang dah tau la kan. Dah tahu la macam mana prof X jadi lumpuh. Dulu dulu masa kita tengok part 1 rasa macam pelik plak kenapa 2 ekor mutan ni bergaduh kan...he he masa tu jugak baru berkenalan dgn hugh jackman...(phewwit...!) ha ha ha

Alaa sebenarnya dari segi special effect takde la sangat..nanti bila keluar dvd bolehlah grab satu buat simpan..kalau di bandingkan film film yg di jadikan sequel2 ni...pada aku lah kan...cerita yg menarik sudah semestinya Lord of The Ring. aduhaii...masa ni la berkenalan dengan Legolas (Orlando Bloom....5x phewwitt...hahaha) yang lawak tu anak sedara aku kata Arywen (betul ke eja ni?) yg jadi puteri bunian tu macam rupa aku....HAHAHA tergolek golek aku gelak...langsung tak dak iras...tp mungkin baik hati tu kot..hahaha udah le tu perasan....

Film kedua yg aku suka tu sure la Harry Potter...tak jemu jemu layan cerita ni dgn anak anak...tapi ada gak masa aku tengok cerita ni kat panggung dulu aku tertidur hahaha..ni la pasal kalau dah baca novel dia pastu p tengok film plak...hemm jalan cerita dah tahu kan so duk tunggu action je biasa la cerita budak budak..apa yg action sangat kan..tu yang boleh tidur tu

Yang pelik nya cerita2 sequel ni anak anak aku akan pasang bila time bulan puasa....hishh dari pukul 10 sampai la petang...agaknya nak elak kan tengok tv biasa pasal tv selalu tayang iklan makanan bila bulan puasa...hehe bagus idea tu

So gitula celoteh pasal movie sequel ni...haihh tak sabar pulak nak tunggu bulan julai...katanya Harry Potter part 2 utk deathly hollow nak tayang....emm aku dah baca dah novel nya...siap menangis lg masa Dumbledor meninggal ( masa tengah baca novel tu pun blh nangis tau...syahdu nya...) dan masa Prof Snape meninggal pun aku nangis gak...(ehh snape meninggal ??....sshhh..) ni dah tau cerita ni ntah la thrille lagi ke tak nak g tonton kat panggung....emm...budak budak ni sure nak pegi...aku ikut jelah...kot bosan kang mcm biasala kan...zzzz je hehehe

Jadi terima kasih kerana singgah ... :)

nak g TGV lagi..

Petang ni kalau tak ada apa apa aral..kami bertandang lagi ke TGV wangsa walk..nak tengok ni la...actually aku malas nak g pun..tapi memikirkan janji dengan suhaila nak g akuaria hari tu tak dpt di penuhi so aku ingat bawak la dia pegi tengok X-MEN ni...dapat pulak tu tiket hari rabu yang murah sesgt...8rgt sorang..kalau hari lain siap la 13 rgt sorang dan 8 rgt kanak2....eh ke tiket kanak2 hari biasa 11rgt? emm takpasti plak



Apa apa pun..daripada habis 47rgt (untuk 3 dewasa dan 1 kanak2 rebina) ..kedekut ke mama ni? tak kisah lah kan..he he




Tak tahu lah apa cerita nya..so kena tunggu lah aku up date kan lepas balik nanti. emm harap harap aku tak tertidur sampai separuh cerita macam pirates of the carribean hari tu...rasa mcm rugi je pegi..




So terima kasih kerana singgah..:)

Saturday, June 4, 2011

bersiap balik kampung..

masa nak balik kampung kemarin (sekarang aku berada di kampung daa..) melilau aku dengan suhaila di carrefour..jusco dan giant mencari satu barang ni..mm tapi takde jumpa..tanya sana sini..depa semua dah tak jual..satu kedai tu kata ada kat one stop shop...yang jual pakaian sekolah ehh ada pulak...suka aku.

Ni lah barang nya...puas cari..t'shirt pagoda untuk ayah. Dapat cuma 2 helai je tu pun patern yg ada butang..aku duk nampak ayah pakai yg biasa je selama ni tapi di sebabkan yg round neck tu takde size ayah dan cuma tinggal yg berbutang je size 38 so sambar jelah..

Dulu sebelum kena kanser badan ayah sasa...size t'shirt pagoda yg selalu dia pakai masa tu 42...emm sekarang..sedih tengok keadaan ayah. Aku beli juga size 42 tu 2 helai tapi untuk aku laa...he he he so yang sebelah kanan tu aku punya lah...beza dengan size ayah hahaha


itu je lah nak cerita.

Terima kasih ye kerana singgah.... :)