Wednesday, June 15, 2011

manusia..

hari ni takde gambar..tak sempat nak ambil tadi..:)

Hari ni macam biasa dalam pukul 1.30 aku sampai kat kawasan perumahan aku selepas ambik suhailah. emm...sampai ke satu lorong ni..(rumah aku lorong ke 6 so ada 5 lorong masuk ke jln utama yang kena aku lalui utk sampai ke rumah) tiba2 satu kereta/mpv estima ni keluar dengan laju gila (gila?? drebar yg gila kot bukan kereta kan) betul betul depan kereta aku...cepat cepat la aku membreak sambil ber honnnnnn gila punya panjang sebab itu dah memang gerak spontan aku bila terkejut....

Dah tu ada pulak mpv yg lain kat belakang kereta aku yg kebetulan rumah dia di lorong yg sama dengan aku. Ermm...aku tengok gak drebar estima tu...ingat dah buat bg orang terkejut manusia tu dan awak pulak memang sah sah salah sebab keluar lorong tak berenti kereta dulu kan...so tak boleh ke angkat tangan tanda maaf???

Apakah lagi besar kenderaan anda maka lagi besar ego anda? dia boleh buat2 pandang tempat lain macam la tak de apa apa yang berlaku....dan kereta dia pun bukan nya betul betul berenti ni macam duk gerak depan belakang depan belakang lagi...mak aiiiii ada rupa nya manusia/makhluk ciptaan Tuhan yang begini perangai??? dan untuk maklumat...dia bukanlah berbangsa melayu..ermm biarlah rahsia..

Jadi kalau la berlanggar tadi..kena plak anak aku tercedera..apa alasan dia? Nak cakap macam ni ke?
"Ehh sorry ya...i nak cepat tadi..tak perasan kereta you datang"
gitu ke?

So kalau you nak cepat atau dah terlambat ke appointment you then you kena lah pecut tak ingat dunia and killing people at the same time? itu alasan? Boleh tidur malam ke kalau tadi terjadi kemalangan? kecil atau besar kemalangan itu tak boleh di jadikan alasan untuk kita kata "alaa sikit je pun nak kecoh.." takk tak ada alasan sebab ini adalah faktor kelalaian dan juga faktor tak ambik kisah keselamatan orang lain...macam aku kata tadi...nak buat kerja sampai sanggup membunuh??

Namun bangsa melayu ke tidak bukan lah pokok utama cerita ini...ini la cerita nya..

Aku ada seorang kakak (moga ruh nya dicucuri rahmat..al-Fatihah untuk beliau) tapi satu kemalangan telah merebut dia dari kami semua..masa tu umur aku 3 tahun dan dia 5 tahun..a very good sister to me sebab mak selalu cerita kalau nak suruh mengasuh adik(akula tu..)memang boleh harap kan dia walaupun umur masih muda..dia suka menyanyi dodoikan adik atas buai..orang nya sangat cantik..mak ada simpan gambar tapi bila dah renovate rumah dulu tu dah tak tahu mana letak dah gambar tu...sedih nya bila tahu gambar tu hilang.

Dia kena langgar dengan motosikal ni yg di tunggang oleh budak awal 20an..orang kampung kami jugak...asyik berulang alik di jalanraya depan rumah aku sebab masa tu dia tengah mengurat sorang budak yg tinggal sederet dgn rumah aku...konon nak tayang motor dia la kot.

Arwah pulak nak melintas jalan tu tanpa pengetahuan sesiapa masa tu sebab...sebab masa tu aku merengek nak kan halwa buah keranji yang orang jemur kat seberang jalan tu. Bila tengok takde kereta/motor dia pun melintas la agaknya timing pun tak betul..terus di hentam oleh motor tu...seret dia dekat 30meter...pecah kepala dan meninggal kat situ jugak.

Kadang2 aku terpikir jugak kalau la aku tak merengek nak kan buah tu....ermmm

Dan di atas apa sebabnya aku pun tak tahu...budak tu terlepas...gitu jee..mak kata ada campur tangan orang2 tertentu...entahlah..mudah sangat lepaskan hukuman di dunia ni..kenal orang je dah boleh lepas padahal yang salah tetap salah...orang kata bila lepas dari rumah perempuan tu dia akan memecut dan buat u-turn cepat cepat untuk kembali ke depan rumah perempuan tu...aku jadi geram bila pikirkan kemalangan ni

Boleh kah budak yang dah melanggar kakak aku hingga mati tu hidup aman? Macam mana dia lalui hari hari dia? macamana dia tengok wajah anak2 dia..tak kan dia tak ingat yang dia telah menyebabkan ayah dan mak aku kehilangan anak mereka di tangan dia? Dia kisah ke?

Adakah dia tak takut balasan di akhirat nanti? Mak kata hingga kini dia tak pernah datang minta maaf dari mak dan ayah....dia di kahwinkan dan berpindah ke tempat lain...tapi tak kan dia tak pulang ke rumah mak bapak dia kan...tak kan dia tak lalu di depan rumah aku...tak kan dia tak lalu di tempat kakak aku di langgarnya...? tak kan dia tak ingat macam mana dia langgar hingga mati kakak aku?

kira nya sebenarnya kemalangan kakak aku dan sikap orang yang melakukan nya lah yang menyebabkan aku benci pada orang orang yang memandu kereta/motorsikal/bas/lori tanpa pikir keselamatan orang lain...tak perihatin pada nyawa orang lain...seolah olah berkata pada diri mereka sendiri "kalau aku di pihak yang betul peduli apa dengan nasib orang lain"...gitu kah?

Kematian memang lah kerja Tuhan..rahsia Nya..tapi manusia yang telah terlibat secara langsung ni kenalah tunjuk kan hati belas kasihan...bersemuka lah untuk meminta maaf...datang lah tak kira walaupun kejadian tu dah berpuluh tahun berlaku..percaya lah setiap kematian itu adalah tragedi yang amat menyedihkan bagi kami yang di tinggal kan...walaupun hati redha namun kenangan bersama tetap kekal di ingatan....

Terima kasih kerana singgah...

2 comments:

Sizuka said...

k.siti,

kat kawasan rumah i pun mcm tu jugak, especially yg keluar dari jalan C1 tu. few times i nyaris nak accident. rasa nak je tumbuk driver2 yg bodoh tu.

btw, thank you so much tolong ambikkan iman and iffah ;)

saniah said...

shidah..mana mana pun ada driver2 yg gitu u..bila kena kat anak diaorg sndr pandai lak tunding jari kan...
no hal lah shidah perkara kecik je tu...anytime u just ring me je klau u tk sempat ya..:)