Saturday, June 11, 2011

suhaila dan cerita seram...

Pagi khamis kemarin aku ke giant seperti biasa suhailah pasti mengekori kan. Ini lah anak dara no.2 aku...kami panggil dia adik...nama dia siti suhailah dan dia membahasakan diri dia suhaila....hehe nama senang erti pun "mudah" panggil penuh takde separuh separuh..ni cuma pengenalan je ni...cerita dia seperti di bawah...

Dah habis membeli barang semua tu..on the way ke parking tu kena lalu depan kedai jual cd ni. Suhailah dah siap meminta dah..nak cerita penunggu istana...aku heran gak sebab tak pernah dengar tajuk cerita ni. "ada la mama..kawan kata best cerita ni" emm entah apa kena aku pun ikut jugak la melangkah masuk ke kedai tu.

Apek (aku pangil apek?? sedangkan cina ni punya la muda..hensem la jugak..haha) memang dah biasa dengan aku sebab masa cuti sekolah akhir tahun lepas aku banyak borong cd dari kedai dia..saja buat hilangkan bosan budak budak dan aku sendiri..:)

Sebenarnya malas nak beli cd ni sebab dah paham sangat dengan cerita seram kat malaysia ni..mesti sound effect kuat gila dan pelakon2 pun nampak gaya cuma pandai berlakon bab menjerit bingit telinga tu ja..bosan dah.
Lagi pulak nanti aku bosan lagi bila dengar mr.H bebel "kenapa la u beli cerita macam ni? bukan real pun"....ha ha macam la dia tahu macamana rupa hantu yang real kan?

Tapi di sebabkan udah termakan pujukan si kenit ni..aku pun beli lah..harap2 cerita ni ok la kan..tengok tarikh kat cd tu kata tayang 21 april ooo dah lepas lah kan...emm takdak pulak aku terbaca review kat mana2 tentang cerita ni ke aku yang terlepas pandang? rasa nya memang takdak review tentang filem ni. Emm apa apa pun hentam sajalahh..dah terbeli kan.



So petang tu kami pun pasanglah kan...hati aku kan tak berapa seronok disebabkan perkara yang berlaku tengahari tu...so konon2 nak hiburkan lah hati ku lah ni kan...layan la cerita ni dengan 2 orang lagi manusia yang tahap penakut nya dekat 500%...geram aku.



Mana si kenit yang ber iya sangat nak tengok tadi tu??...aku rasa ada la dalam 0.003% cerita (aku pun tak tau 0.003% tu banyak mana....) yang dia tengok...yang lain2 % tu bantal yang tengok...mana taknya mata memang tutup rapat kadang2 dengan bantal ...kejap lagi jari cucuk dlm lubang telinga...lama lama aku tengok dia tutup mata dan tutup telinga dengan bantal....aishhh confuse la tu...asal baru nak nak bunyi atau baru nak nak suspen je terus tutup mata...terus tutup telinga...apa hal??



Nyesal beli pasal orang lain yang nak sangat tengok tak tengok pastu orang lain yang tak nak tengok pulak terpaksa tengok.



Cerita dia sebijik macam paranormal activity...ala cerita orang putih tu..aku tengok gak kat panggung...seram wehhh....tapi bila tengok penunggu istana ni dan di sebabkan depa tiru style paranormal activity orang putih so jadinya teramat laaa bosan nya.



Aihhh kalau nak ambik idea pun takleh ke korang buat lagi best dari orang putih? Kalau setakat jalan cerita macam ni elok buat telemovie je...huhhh hilang duit aku 16rgt 9kupang



Padahnya tengah malam tadi...si kenit tu tercegat depan pintu bilik minta nak tidur sekali...yang pelik tu..dia takut apa? bukan nya dia tengok pun apa jadi dalam cerita tu...ni kes perasan ja lebih..mula aku dengar dia ajak abah dia tidur kat bawah depan tv dengan dia..abah dia tak nak..kesian dengan dia yang mengantuk tapi terlalu takut nak tidur tu aku ajak la dia tidur dengan kami bersesak atas katil.



dan siang ni badan aku sakit sakit....aishhh adik...adik...



jadi terima kasih kerana singgah dan membaca bebelan aku ni...

3 comments:

Kakzakie said...

Selalu begitulah budak-budak bila tengok cerita seram. Mata dan telinga di tutup. Last tidur malam bergumpal satu katil :)

Dinas Aldi said...

Hehehehe..

Saya memang serender tak tengok cita hantu..

TAKOOTTT!

saniah said...

kak zar...mmg pun kan..tp tak serik tu nk tgk cerita2 seram mcm la berani sgt..:)

dinas...saya ms kecik2 dulu takut gak tp selalu kata kat diri yg hantu tu dlm tv ja..duk jauh dr sy..hehe