Friday, June 10, 2011

selamat ulang tahun ke 18 siti zulaikha

Ini anak dara no.1....anak aku no 2. nama seperti di atas..... Orang kalau tengok dia jalan dengan aku memang tak percaya dia anak aku. Sebab nya

1. size badan dia yang kecik berbanding dengan mama nya yang besar ragam ni...hehe kena laa aku explain yang dia ni ikut abah nya..mr.H punya sedara perempuan semua nya comel2 ...tak macam aku ni..tinggi dan besar...tok wan aku pun dah 6 kaki tinggi...so memang la keturunan aku ni size ala model model antarabangsa gitu...hahaha perasan tahap gaban

2. Rupa dia yang bujur...rupa aku yg bulat montel ni mana nak sama dengan dia kan..

cuma yang aku perasan tu rambut je la sama...lebat dan curly mcm rambut aku...budak2 sekarang mana nak curly2 ni kan so masa dia form 4 dulu masa birthday dia jugak (konon sweet 16 kan..aku pun layan le kehendak dia..) aku bagi la permission buat straighten2 bagai ni...punah la 100 lebih rasanya..abah nya tak bagi sebab dia tak suka ubahsuai2 ni..tapi aku katala ni bukan nya permanent...barula dia lembut hati..

memang tak permanent pun tapi dia pandai la lepas basuh rambut setiap pagi duk ber hair dryer...tu yg sampai la duk straight ja tu....pakai la pulak pelbagai jenis cream..alahaii...tahan la tiap2 hari duk panaskan rambut..kalau tunggu dia bersiap nak g mana mana memang berasap lah..pernah aku mengamuk dengan dia pasal dia berdandan lama sangat sampai hilang mood aku nak g open house kawan...

Yang aku meraban cerita sakan tentang anak dara no.1 ni bukan apa...satg kata nak menunjuk plak..ni memang la gambar dia masa mendaftar kat uitm tapah itu hari tapi itu je gambar yang clear n ala ala ayu gitu...ha ha ha kalau dia tahu aku masuk kan gambar dia dalam blog sure mengamuk nih...tapi aku tak risau sgt pasal tak ramai pun follower aku nih..


ooo tersasar lagi...nak cerita benda lain membebel benda lain...oo sebenarnya nak kongsi hari ulang tahun dia yang ke 18


alahaii anak omak dah besar panjang...duk terbayang je masa g hospital masa tu hospital kat jln Ipoh..waktu subuh..waktu hujan...air ketuban pecah kat rumah so bila aku bgtau kat mr.H kata air keluar...dia kata "a'aa memang la bocor kat tingkap atas tu"....adoiii bocor bendanya..masa tu dia duk buat report apa ntah so memang la tak bagi attention kat bini dia ni...entah dia ingat ke tak aku mengandung sarat masa tu..ha ha ha


Zulaikha lahir tepat 2.05 tghari..aku lupa hari apa..takdela susah sangat berbanding dengan sakit bersalin abang dia..mungkin jarak yang dekat dengan abang dia membuatkan aku mudah melahirkan dia..bila kali pertama keluar yang aku perasan..telinga...hehe telinga dia kurang sikit capang dari si Nabil raja lawak tu..tapi orang tua tua kata telinga macam tu murah rezki..iye ke? ntah la itu kata org tua laa...


Zulaikha paling senang jaga...tak meragam..bagi botol susu dia akan tidur sendiri..emm aku rasa anak2 perempuan aku ni senang di jaga lah..adik dia pun senang jugak. cuma beza nya zulaikha tak suka pada orang dan suhailah friendly sgt sgt.


zulaikha setiap maghrib pasti melalak...aduhaiii...masa tu tension betul..pilih masa untuk melalak pun tak pandai..waktu siang tak pulak dia melalak...hishh...abah dia memang la tak leh jaga dia sebab dia akan meronta bila abah dia pegang..cuma aku aja yang boleh calm kan dia..so selalu tu sebelah tangan memasak sebelah tangan lagi kena la dukung dia...aduhaiii anakkk....


Apa apa pun sebelum aku bebel lagi dan lari dari tajuk...doa setiap ibu memang sama je kan..supaya anak anak mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah dalam apa jua pekerjaan yang dia orang buat. Doa aku agar dia menjadi muslimah yang beriman..takut pada Allah..taat pada perintah Allah dan menjauhi larangan Nya.


Harapan aku moga dia mendoakan kami setiap masa..dan menghormati kami sebagai orang tua nya...aku juga berharap agar hubungan dia adik beradik tetap kuat walaupun setelah kami tiada nanti...aishh emo pulak tetiba

No comments: