Saturday, June 25, 2011

saya tak boleh tidur semalaman

Aduhai aduhaaii...saya baru dapat melelapkan mata lebih kurang pukul 12 tengahmalam tadi setelah berhempas pulas memaksa tidur akibat perut kembong (orang tua pun boleh kembong perut tau..) selalunya pukul 11 saya dah lelap dan layan mimpi indah....tapi malam tadi saya rasa baru sangat melelapkan mata tiba tiba mata terbuka semula...geram betul

Haa ini lah penyebab saya terjaga pagi pagi buta tadi..baru dapat 1 jam lebih je tidur...sebelum tidur tadi saya perasan ada 2 bijik motor lepak kat sebelah rumah saya...ada lah dengar diaorg sembang2...saya tak berapa kisah sangat duk ingat dalam pukul 12 diaorang akan beredar lah kan..rupa rupa nya tidak...

Amboiii...memang lah beredar tapi beredar daripada porch rumah dia dan datang meletak kan bontot kesayangan di atas kereta saya....hishhh...gambar ni saya ambik guna night version...sebab geram sangat depa depa ni punya sakan layan sembang sembang dan bergelak sakan ...siap dengan pasang speaker handphone duk dengar lagu pulak macam fun fair pun ada jugak kan..


Ini dah kira menganggu ketenteraman awam ni..tengok lah dah pukul berapa kan? dah 2.45 pagi dahhhh!!!!! dan di tambah pulak dengan perangai tak menghormati harta benda jiran...buka main bahagia bersembang dan duduk atas hud kereta orang...kenapa dia tak duduk atas motor dia je? Kurang asam memang kurang asam


Disebabkan gelak ketawa mereka dan melihatkan perangai sekor sekor tu yang tak langsung menghormati ketenteraman jiran jiran yang nak berehat setelah bekerja seminggu ni maka langsung saya tak boleh nak sambung tidur....apa hal lah budak budak ni? takde rumah ke? saya memang tak peduli diaorang ni nak sembang sampai subuh kan sebab mereka ni bukan anak anak saya tapi tolonglah pergi sembang kat taman mana mana...jangan lah depan rumah orang tengah2 malam hingga ke pagi pulak tu...sakit mata sakit hati dan hari ni saya sakit kepala..migrain sebab kurang tidur....aduhaiiiii


Apa nak kata?...perbuatan duduk kat hud kereta saya ni bukan baru kali pertama berlaku..pernah berlaku minggu lepas waktu siang..kawan2 kepada anak jiran saya ni macam biasa datang berkumpul di rumah dia..selalunya tak kurang dari 5 bijik motor..kira kira 10 org lingkungan umur 15 ke 18...ada gak yang bawak girlfriend...


malas saya nak campur la kan..tapi dalam ramai ramai tu petang tu ada sorang yang buat macam budak malam tadi buat...cehh elok je dia lepak atas hud kereta saya sambil ber sms...saya yg keluar angkat kain jemuran petang tu pun dia buat tak tahu saje macam dia tak buat benda pelik...dan saya bila tengok dia berat jugak nak angkat bontot teruslah menegur..."ni dik...takde tempat lain ke nak duduk?..." baru lah dia beredar dan duduk kat motor dia....


hishhh sampai begitu sekali kah budak budak sekarang yang hilang adab???....tak perlu mak bapak mengajar tentang adab ni..sepatutnya mereka dah pandai menimbang sendiri apa yang elok dan apa yang tidak...menghormati harta orang lain pun tak perlu di ajar...ada akal tolong fikir dan guna lah kan...emm fikir fikir pulak patut pun ada masalah vandalism di tempat awam kan...sebab ada orang orang yang beginilah yang harta benda awam boleh rosak...depa tak ada fikiran nak menghormati hak orang lain...jangan rosak kan harta yang bukan hak awak...senang je tak kan itupun nak di ajar...aduhaiiii


panas hati...sakit kepala..


apa apa pun terima kasih kerana singgah...assalamualaikum

No comments: