Tuesday, April 24, 2012

i've been away.....4

Assalamualaikumwarrahmatullah

Salam semua..

Nak sambung cerita ceriti kat Bandung...ni dah hari ke 4 kami dah nak balik..flight pukul 7.45mlm so keluar dari Grand Budi Apartment dalam pukul 12 ingat betul lah rupa nya baru pukul 11 waktu indon...terawal pulak siap. Bagitau tamrin datang pukul 1 waktu malaysia ( pukul 12 indon )..terpinga pinga juga apa nak buat lagi sejam kat lobby..tu yang call dia nasib baik dia pun tak hal dah bersiap sedia nak datang ke hotel sebenarnya..heee pengajaran nya ialah kalau pergi mana mana tu sila lah ubah jam ikut waktu tempatan dia orang ya...kalau tak jadi macam ni lah..confuse memanjang


Bergambar depan apartment Grand SetiaBudi....dah nak balik dah




Di sini lah berlaku nya Konperensi Asia-Afrika 1955 sekarang dah di jadikan muzium...MUSEUM OF ASIAN-AFRICAN CONFERENCE. Di namakan sebagai Rumah Merdeka ( kalau tak silap )

Masa ni lah President Sukarno mengumumkan kemerdekaan bagi negara Indonesia ( Republik )...kiranya muzium ini sememang nya menjadi salah satu bangunan terpenting bagi seluruh rakyat Indonesia...di bina oleh Belanda sebagai tempat perjumpaan mereka sejak lebih 300 tahun mereka menjajah negara ini..rekabentuk nya masih lagi kuat..dan dijaga rapi oleh kerajaan Indonesia.


Disinilah para pemimpin negara negara yang menyertai conference ini tinggal semasa menghadiri conference ini. Jarak Hotel Savoy ini ke Rumah Merdeka cuma dalam 50 meter sahaja jadi nya pada pagi yang bersejarah tersebut para pemimpin negara negara terbabit hanya berjalan kaki ke sini...hemm takde lah pulak gambar mereka berjalan berduyun ke sana...


Di sinilah segala nya bermula..terbitnya sebuah negara baru yang bebas dari dijajah...malangnya tak siapa sangka selepas bebas dari jajahan negara asing..rakyat Indonesia di jajah oleh orang mereka sendiri...lihatlah kemusnahan yang di lakukan oleh pemerintah mereka terutama nya President Suharto yang memerah segala hasil rakyat nya hanya untuk kepentingan sendiri...betapa Indonesia dihimpit kemiskinan yang teruk akibat pemerintahan pemimpin seperti ini..hingga sekarang Indonesia masih miskin lantaran negara ini kekurangan simpanan negara yang tanpa rakyat sedari di larikan oleh pemerintah mereka sendiri...kegiatan rasuah dikalangan pemimpin mereka amat berleluasa..kesian rakyat yang menaggung akibat.



Kerusi kerusi ini dulunya diduduki oleh jemputan khas para pemimpin negara...perasan lah kejap kannn


Budak berdua ni mempergayakan Trench Coat dan Topi Pak Sukarno yang menjadi kegemaran dia. Si Abah sedang mendengar suara Pak Sukarno ketika dia menelefon kepada pembantu dia masa tu( kalau tak silap Mohd Hatta ) bagi memberitahu tentang persetujuan penjajah memberikan kemerdekaan kepada Indonesia...itu ada lah rakaman sebenar suara Pak Sukarno tau...terasa seram pun ada...heee...dan telefon jenis pusing tu amatlah beratnyaa...dan ditulis nota kat situ sila berhati hati dengan telefon ini kerana ianya amat lama..maksudnya jangan lah dijatuhkan....:)

Setiap barangan didalam muzium ini hanya terdapat di Muzium konperensi ini sahaja...ia adalah barang sebenar yang digunakan ketika itu..cuma adalah di baikki setiap masa..macam di buat upholsteri yang baru selalu dan di varnis bagi mengelakkan ianya rosak..sayang kan kalau rosak.


Didepan replica orang orang yang terlibat dalam conference ini...di hujung sekali belakang husband tu lah Jawarhelal Nehru kan? kalau tak silap la..yang berdiri tu mungkin Pak Sukarno


Si hakim di paksa oleh Pak Tamrin untuk bertukar tukar email dengan mek2 Indon ni...haiii nak mengorat pun orang kena ajar...mek Indon yang baju pink tu sudah bekerja dan yang bertudung tu sedang menuntut di Institut Teknologi Bandung (ITB ) ini adalah satu Institut yang terkenal di Bandung dan hanya pelajar yang cemerlang je yang layak masuk ke sini....tapi hakim tak berminat dengan mek bijak ni...hemmm yang sure nya dia lebih tertarik pada yang tak bertudung tu..geram ai tau

Pada hal yang bertudung tu lagi comel kan? apalah hakim ni...pilih calon menantu untuk mama pun tak pandai....:(

lawak je..hakim tak baca blog saya ni..


Masih lagi tertarik dengan bangunan dari era Kolonial..rekabentuk yang menarik....


Oyaaa...inilah airport Bandung...sebenarnya airport untuk angkatan tentera..tu yang kecik tu..sekarang sapa sangka manusia berduyun duyun masuk bershopping di bandar bandung ni melalui airport ni..

Sebenarnya pernah di katakan Bandung dipilih untuk menjadi ibu negara Indonesia ni..entah macamana pilih punya pilih mereka sepakat memilih Jakarta...nasib baik ya..kalau tak mesti macet macam Jakarta jugak...:) Macam sekarang..Jakarta memang tempat panas dan padat malah kalau cuti cuti penduduk Jakarta akan berduyun datang ke Bandung..selain shopping mereka juga inginkan cuaca sejuk di kaki gunung ni..patutlah orang Belanda ramai menghuni di Bandung sebab tak sepanas macam Jakarta dan Surabaya..gitulah sikit lebih kurang cerita nya

Gitulah percutian kami...bukan nya sekadar bercuti je kena juga jadikan percutian berilmiah untuk anak anak ni hah...nasib korang lah kan terpaksa membaca kisah boring ni...heee

Partner husband punyalah pecah perut gelak bila tengok gambar yang husband muatkan kat FB dia ..tu gambar kami kat gedung sate dan rumah merdeka nilah...dia siap tunjuk kat anak2 dia...anak2 dia dah besar semua macam heran...siap cakap..kat mana ni? kami pergi bandung tak jumpa pun tempat tempat ni...heee..tu lahh banyak lagi tempat tempat menarik kat bandung ni selain FO2 nya...ishh terasa rindu pulak kat bandung nih...moga murah rezeki InsyaAllah nak pergi lagi lah

Sampai sini je lah...udah udah lah tu dengan cerita Bandung ya...dah habis dahhh

Terima kasih banyak banyak pada yang datang komen2 ya...nanti saya balas komen ke blog anda pulak ok..

Jumpa lagi

p/s  saya akan memperbaikki data data dalam entry2 tentang bandar bandung ni ya..sedang tunggu buku dari husband ni..minta maaf kalau data kurang tepat..banyak lagi yang saya lupa nih..maklumlah dah kurang ingat dah niiii

Sunday, April 22, 2012

i've been away...3

Assalamualaikumwarrahmatullah....

Dah masuk hari ke 3...pagi ni kami turun breakfast lewat sikit..letih berjalan semalam kan dari gunung turun ke FO...pastu makan lagi dan lagi...adihh lemah badan ni.

Petang semalam masa nak naik lif terserempak dengan sekumpulan org2 malaysia...dengar cakap pun dah tahu dari mana...heee...saja tak bertegur sangat sebab nak bagi privacy kat dia orang :)

Selalu nya rombongan dari Malaysia akan datang pada hari jumaat dan balik pada hari ahad..dah saya bayangkan macam mana ramainya rakyat malaysia yang akan balik bersama nanti..dia orang ni pun saya tengok ber beg beg memborong...:) :)

Sebenarnya semasa datang saya dah pesan kat anak anak bawak baju sikit je...kami bawak 2 buah luggage ( beg petak tu ) satu kecik dan yg satu lagi besar...1 sling bag...hakim bawak bagpack dia..so bila balik beg hakim di isi dengan baju kotor ( dah letak dalam beg plastik daa...) dan satu lagi bungkus baju kotor dalam luggage bag yang besar...beg kecik dan sling bag letak barang2 yang dah dibeli...hah...tengok la bukan banyak mana pun bershoping kan?

layan gambar pulak ya...

Sebelum ke sini kami ke Toko Tiga dulu memborong jeans...husband lah...suka benar dia dapat jeans yang murah...levis kat kl mana ada yang bawah 200rgt kan..kat sini boleh dapat ..memang murah..dalam 170rgt gitu..design baru lagi pulak tu

Masa ni lah saya ikut menyelit beberapa helai tshirt untuk basahan...heee...sekarang memasak kat dapur pun pakai tshirt armani tau...jangan maree...:) :)

Lepas tu tamrin usung kami ke sini pulak...heritage ni kat jalan riau ke jalan dago..??? saya dah lupa laaa..


Masa sampai kat Herritage sebelum tu kami singgah makan kat satu FO ni...very nice tempat makan dia...dan toilet memang besih walaupun tak moden..tak de bau langsung...budak cuci tu asyik mengelap je lantai bilik air ni....tapi saya lupa lagi apa nama kedai tu...hemmm dah tua tua ni jadi pelupa pulak :(


Heritage tu bersambungan dengan bangunan purple ni..jadi kalau dari dalam heritage boleh ke FO sebelah cuma barang heritage kena tinggalkan kat pintu masuk cascade ni..agaknya owner yang sama jugak kot..saya beli tshirt sikit untuk suhaila...malas nak memborong sebab tshirt budak budak sini sama dengan yang kat FOS kita..harga pun tak murah sangat...baik lagi barang kat rumah mode semalam


Ni gambar di ambil oleh husband lah ni...tu lah kerja dia bukan nya nak tolong saya pilih barang sibuk lah dengan kamera dia snap gambar bangunan...ishh pastu pantang jumpa cafe yang cantik2 asyik nak ajak berenti minum je...aishhh

Tapi cafe dalam cascade ni memang cantik...kolam tu ada ikan koi..gemuks gemuks..tengoklah ikan pun boleh jadi tembun kalau hidup kat bandung ni...hemm


 Letih ooo jalan kat sini...bosan rasa macam kat jalan tunku pulak...havoc..jemmm...tension tapi dalam gambar control senyummm haaa

Nak melintas jalan kat bandung ni kena guna hand power...sesak lah macam mana sekali pun..kereta berdesup desup pun akan berhenti kalau kita angkat tangan kat dia...boleh melintas dengan aman heee tak percaya? cuba lahhh...kat kl jangan harap dapat buat macam tu...pemandu kl amatlah sombong..tak kan bagi chance kat pejalan kaki punyaaa...betull...tak percaya...? :) :)



Udah penat menyusuri jalan sesak tu kami di bawak menghayati sejarah bandar Bandung ni pulak...kami ke Gedung Sate

Gedung Sate ni adalah bangunan kerajaan..office president indonesia ada kat sini
Nama dia diambil dari cucuk sate...heee..betul tau..tamrin kata sebab kat bumbung menara tu anda nampak tak besi tinggi tu? ada bulat2 dicucuk kat besi tu? kan ke macam sate..tu pasal lah dia orang panggil Gedung Sate...gedung tu ofis kot..heee

Tamrin kata segala aktiviti reformasi di jalan kan di hadapan bangunan ini...malah ketika hari terakhir President Suharto memerintah dulu para mahasiswa berkumpul beramai ramai di depan bangunan ini bagi menyaksikan penurunan seorang president kuku besi dan seorang penindas rakyat Indonesia...

Dianggarkan lebih kurang 30 ribu mahasiswa datang berkumpul pada hari bersejarah tersebut..malah tamrin yang ketika tu dah habis belajar pun datang dia kata sebagai menyatakan sokongan kepada pergerakkan mahasiswa yang mana dari masa dia belajar lagi diaorang pakat mengadakan reformasi2 mendesak suharto meletak kan jawatan...begitu ber tekad sekali orang orang indon...berani mempertahankan hak mereka

Orang kata harta rakyat yang dikaut oleh Suharto sepanjang pemeringahan dia ni 7 generasi keluarga dia makan pun tak habis..merata dunia ada harta dia...ntah lah betul ke tidak...tapi kalau di lihat mungkin betul kot sebab takde sorang pun anak anak dia tinggal di Indon..semua nya bersenang lenang kat luar negara..



Seterusnya kami di bawak melawat ke Trans Studio ni...sebenarnya malas nak datang ni...takde apa nak di tengok sebab kat tempat kita pun ada kan..tapi nak ambik hati tamrin yang excited sangat nak tunjukkan benda baru kat tempat dia so kami pun ikut je lah...hemm suasana lebih kurang kat Genting je siap ada shoping complex lagi..metrojaya kat sini...tapi biasa lah barang2 harga macam kat tempat kita jugak...tapi husband kata kasut sukan murah sikit laa...

Husband ke kedai buku granMedia lagi kat sini...aishhh pantang jumpa kedai buku..hemmm

Begitu lah hari ke 3 kami...boring kan? Shoping ala kadar je.. adalah juga sebenar nya tapi minta maaf lah..lupa nak snap simpan...segala benda tu dah dipakai lunyai dah punnn....heee

Tapi kalau tanya saya..kalau nak shoping kat bandung ni pergilah ke FO yang dah memang terkenal...macam Rumah Mode...Heritage..Secret dan kalau nak lepak lepak boleh ke Bali Haven..nyaman walaupun barang tak banyak sangat yang menarik...tapi dah kami ni bukan lah niat asal nak shoping datang sini..jadi nya kami banyak lepak sana sini...heee...tak rushing sangat tengoklah sempat pergi melawat tempat bersejarah dan kedai buku lagi...heee

Cukuplah untuk kali ni...esok hari ke 4 dah nak balik...tahu kami kemana? hah tungguuu....mesti korang bosan tahap gaban..kehkeh

Apa apa pun terima kasih kerana singgah...jumpa lagi ya


p/s   Fakta yang saya tulis dalam blog ini akan saya sahkan nanti ya...ni duk tulis ni cuma berpandukan ingatan hari tu je ni...buku yang kami beli hari tu ntah kat mana husband letak...nanti akan saya sahkan sebaik saja saya jumpa buku tu...tapi rasa nya tak banyak beza pun...:)

i've been away.....2

Assalamualaikumwarrahmatullah....

Seronok bila post semalam ada orang suka baca...heeee...orang pompuan kalau bab shoping memang tak jemu aihhh....:) kata kat orang hah diri sendiri pun sama lah....dah tu teman pun orang pompuan jugak kan...:)

Ni second day kami ...malam tadi lepas makan malam kat warung sederhana tu pak tamrin bawak kami singgah kat rumah mode...husband petang semalam tu masa lalu nampak je bangunan kedai tu dah excited....bukan nya excited nak shopping ..tapi dia dah terpikat dengan reka bentuk banglo tu..bagi yang dah biasa ke bandung pun sure perasan yang semua FO disitu beroperasi kat dalam banglo banglo lama...banglo ni semua nya dah lama dah cuma di lakukan restoration/renovation sikit sikit dengan menguatkan struktur dia...agar selamat untuk dihuni...semua ni tinggalan zaman Belanda lagi ni..hemm memang dah lama la kan..

So malam tadi bila dah masuk kejap je tengok2 serba sikit..kami tak shoping pun cuma survey2 je dulu...berpecah dengan budak2 bujang dua orang...saya bawak suhaila ke bahagian kanak2...husband biasa lah merokok kretek dengan tamrin kat luar sambil snap gambar lah apa lagi kan..

Budak budak bujang dua org tu kami dah bagi awal2 duit belanja dalam 1 juta sorang...rupiah ler...heee so ikut suka diaorang lah nak beli apa...so pandai2 depa lah merayau survey dalam tu..

Husband dah buat janji dengan tamrin untuk singgah ke sini lagi lepas balik dari Tangkuban Perahu esok...hemmm siap lah nak menyoping niii...


Semua orang tahu kot kat mana ni...sini lah Tangkuban Perahu...cerita lagenda/myth ada lah kata anak suka kat mak...si sankuriang ni punya lah gila kat mak dia...ntah apa nama...hee...mak dia awet muda la katakan sampai anak pun terpikat..ntah macam mana lah awet muda tu...kot dia beranak kan anak dia masa umur 9 tahun kot..heee...cerita rakyat macam tu lah...dengar boleh lah nak percaya tu susah sikit

Tapi bagi kami yang baru kali pertama tengok kawah gunung berapi ni memang terpegun lah kan...takut pun ada...terbayang pulak kot2 dia melotop plak..si tamrin kata last dia meletup 1969...ooo dah dekat 40 tahun...tapi ya lahh kan mana tahu..nak di jadikan sejarah tiba tiba gunung ni meletup...ishhh mulutttt....:)

o ya sebelah hakim tu lah tamrin..supir kami kat sana...memang bagus dia ni...berpengetahuan am jugak lah..tanya apa aja tentang negara dia terutama nya semasa refomasi dulu ( masa zaman pemerintahan/kejatuhan suharto ) kami ni memang peminat sejarah jadi macam macam cerita lah husband korek dari dia...masa susah senang di bawah pemerintahan suharto...zaman sukarno dia tak ada lah tahu kan..tapi dapat juga dia ceritakan serba sedikit sebab berpandukan cerita dari arwah bapak dia..kira nya orang nya memang berpengetahuna...dia ni graduan dari univeristi di bandung tu..ber ijazah jugak si supir kami ni heee...kerja part time je..kalau abang dia sibuk dia lah yang ambik alih bawak pelancong...tapi cuma di hari minggu je




Ni pemandangan sepanjang jalan naik dari kawah nak ke tempat letak kereta..mendaki okk...ponat mak. Budak budak ni dah ada duit dalam tangan jadi adalah jugak dia orang belikan cendrahati untuk kawan...si hakim belikan gelang utk kawan dia...heeee



Ni saya yang terpegun tengok batang pokok ni...ada corak plak..ehh ada ke pokok ni kat malaysia ni? cantik la pulak.. dah kesian kat pakcik tu saya beli la juga satu vase kecik..harga dah lupa la



Balik dari Tangkuban Perahu kami di bawak kesini dulu...Bali Heaven nama dia...singgah nak lunch sedang elok sebab elok sampai je dah azan zohor..tempat ni saya suka sebab bersih sangat dan orang pun tak ramai...agaknya sebab masa tu tengah sembahyang jumaat kot...tapi sini bilik air dan surau dia bersih...



Ntah macam mana selit sana selit sini terjumpa deretan bag2 ni...aduhaiiii...menarik dan tertarik heee...tapi jangan terpedaya sangat...ni kebanyakan nya copies...datang dari korea...gred super tu kalau kat malaysia ni orang kata AAA....kira berkualiti la jugak cuma saya ni tak minat sangat...ada duit beli ori..takdak kalu pakai lah yang murah but stil ori...macam bonia ka...guess ke...carlo rino ke..asal ori dan murah..malaysia made kan....keh keh keh

So kat sini kami cuma jamu mata je...barangan dia banyak macam batik batik gitu..baju budak remaja pun kurang pilihan..si zulaikha pun tak tertarik sangat..agaknya hati dah tertarik kat rumah mode malam tadi kot..adalah tu yang dia nampak..heee


So sini semua orang yang dah ke bandung wajib singgah...Rumah Mode ni memang banyak pilihan...si tamrin kata owner Rumah mode dan Bali Haven ni orang yang sama....memang kaya gila lahhh...tengok pada ramainya pembeli dari luar ishhh memang jutawan lah owner dia ni..

Suhailah suka sebab dah dapat barang barang yang dia suka kat sini...si zulaikha pulak bila time nak bayar akan cari saya nak tunjuk..dah dapat approval baru pergi bayar...ya lah mak nya nak tengok dulu lah baju apa dia beli...karang baju berlubang sana sini kan ke haru...tapi nasib baik lah dia pandai memilih...ishh susah jaga anak dara ek?

Si Hakim pulak tak tahu lah dia beli apa...rasa nya jeans dan tshirts....saya dah pesan kat dia nanti pergi Toko Tiga baru beli jeans...situ banyak pilihan tapi degil budak ni...dia beli jeans apa ntah...hemm malas nak cakap banyak lah


Sini kami dinner malam tu...hemm shopping cuma kat rumah mode je..sebab lepas tu kami ke kedai buku....hah kedai bukuuuuu.....heran tak? heran....itulah laki ku...pergi mana pun mesti cari kedai buku...actually dari KL dari dia dah bagitau nak cari buku tapi bukan kat kedai besar ni..ingat saya pun nak jugak cari buku lama lama kat kedai kedai kecik2 tu...tapi si tamrin bawak ke kedai besar sangat...dekat 4 tingkat jugak lah..nama GRANMEDIA kira nya macam MPH lah kat sini...

Penat dalam kereta lah sebab nak kedai buku ni kena masuk ke bandar...jemmm sebab hari jumaat ni public holiday...untuk penganut kristian sambut hari wafat nabi isa...kalau tak silap lah...so memang ramai betul orang luar masuk ke bandar bandung ni...orang kita pun samaaa la kan :)

Di sebabkan long weekend bandar bandung jadi sibuk sangat...tamrin kata selalu nya kalau weekend biasa takde lah sesibuk hari ni...kira nasib baik betul kami sempat ke pasar baru semalam sebaik sampai...kalau pergi hari ni memang haru biru..mula lah bad mood semua orang..Alhamdulillah kan..


Saje tempek muka budak berdua ni...makan kat sini kami pilih yang duduk bersila...lengoh badan ni kalau duduk bersila memang leceh. Di sini pulak asyik makan heavy je..orang bandung ni suka makan nasi...tamrin kata walau dah makan mee goreng ke mee bakso tu ke...selagi belum makan nasi maka nya belum makan...aihhh duduk sini memang boleh bertambah tembun diri ku ini...heh

Nama kedai??? lupaaa...:) tapi rasa nya kebanyakkan blog ada cerita pasal kedai ni...nanti saya cari resit kalau ada...:)

Itu je cerita hari ke 2 kami...takdelah shopping sakan sangat kot..heee...kami tuju tempat yang ada barang yang kami suka je...bukan nya jenis jalan ke sana sini sangat pun...dah tua tua ni badan cepat letih laaa...

Tapi hari ke 3 si tamrin bawak kami ke jalan riau...saya dah tak nak pergi sebenar nya..tapi kat herritage tu nampak macam menarik jugak...so nanti kan cerita esok plak

Gambar banyak sebenarnya tapi semua nya gambar bangunan2 je...sepanjang di sini husband yang pegang kamera...so cuma gambar2 yang dia snap je yang saya ada...leceh juga kan..tak banyak gambar kami dalam kedai2 dan berjalan kat luar..saya teringat juga nak ambik gambar keadaan luar FO2 tu..tapi bila cari2 dia entah kat mana dia duduk..langsung hilang mood...:)

So sampai sini dulu...nak keluar ke hospital Kelang kejap..tengok Ain masuk wad lagi...ada jangkitan kat lungs dia..dan jugak kurang oksigen...kesian kan..emm

Apa apa pun terima kasih kerana singgah..jumpa lagi ya

Saturday, April 21, 2012

I'VE BEEN AWAY....1

Assalamualaikumwarrahmatullah...

wah wah tajuk...tak nak kalah nak juga meraih perhatian....maklumlah dah lebih seminggu tak update blog....

Gini...pada  malam 3hb selasa dulu tu...saya balik kampung di kodiang kedah nun dengan mak dan adik adik....menghadirkan diri ke pejabat tanah....alahai apa lagi kalau bukan urusan pembahagian tanah pusaka...sedih sebenarnya. Apa tak nya...sebelum pergi pun hati rasa berat...sedih..terkenang kenang yang telah pergi...sepanjang prosiding  pun macam tu jugak lah...teringat kan arwah ayah (moga ruhnya di cucuri rahmat mu ya Allah...Al-Fatihah..)

Selesai segala urusan dan dah makan tengahari pada 4hb april tu petang tu adik menghantar saya ke airport alor setar saya perlu balik malam tu juga ke KL...sebab esoknya pukul 3 pagi 5hb april saya akan ke .....jeng jeng....( haii...dah pergi pun dah tak suspen sebenarnya ....)

Hemm kami ke sini 5hb lalu...demam belum baik dah terbang ke obersee..nasib baik takdak check temperature kat airport kalau tak memang kena antar balik kot...:)


Tu lah mr.husband dengan supir kami pak Denni...sebenar nya hari tu dah pakat bagus punya dengan Ina dari Mulut Payau nak guna khidmat supir dia kat sini...tapi rupa nya husband dah dapatkan dari kawan dia yang selalu bawak rombongan Maybank ke sana...so guna supir dia lah....oo jangan tak tahu...orang Maybank selalu gi bandung tauuu....heee


Ni lah bilik kami..ni kat living room yang comel lote tu...kat situlah tengok tv..hakim tidur dan sebelah belakang ni ada small kitchen ...alah dapur pun bukan guna pun cukup la kalau boleh masak air tu kan...

Lupa pulak nak ambik gambar bilik yang 2 lagi tu...lagi pulak masa masuk bilik ni semua nya terdapat scene2 yang cuma untuk tatapan diri sendiri je...terlalu menjolok mata ....lawak jaa...sebenarnya memang benar benar lupa...aiyooo


Pak Denni tengah khusyuk dengar penerangan pak zul...heee....hakim kat mana mana pun pantang jumpa gadget asyik sungguh...ni dia syok duk grodek tab pak Denni...rasanya tengok gambar family pak Denni ni...dia tu muda 3 tahun dari husband tu...tapi nampak sebaya je kan....hemm laki ku awet muda plak haaaa....


Kat blog kawan kawan yang dah sampai ke Bandung tu semua pakat duk promote ayaq ni lah....jus Alpukat...jus avocado...kata sedap la..saya pun oder lah kat pasar baru ni...alamak pekat nya...depa silap buat ka atau memang betui rasa dia macam ni? memang not my taste lah...saja lah nak rasa kan..anyway untuk orang yang suka minuman manis macam ni ok la kot...saya tetap suka nescafe ais dan sirap limau...heee


Haa...ni lah santapan saya tengah hari tu..kalau tak silap ni soto kot...laa dah lupa..tapi memang sedap lah...2 thumbs up...:)

Jejak airport bandung dalam pukul 9 lebih...disebabkan pasar baru adalah agenda pertama kat bandung ni so pak denni bawak kami ke sana dulu...biasalah kan dah orang duk kata sini tempat wajib so saya memang dah listkan macam macam nak beli ni...kain telekung..kain cotton...skirt labuh bla bla...apa yang saya beli??? hemm cuma dapat sambar kain telekung je...tak tahu lah kalut apa...nak jalan ke lantai lantai yang lain tu macam tak larat...mungkin sebab demam sama kot..so kurang semangat nak shopping lagi

Lagi pulak kat pasar baru ni cuma ada barang barang untuk orang macam saya je...yang anak anak remaja ni mana suka shopping kat sini..diaorang ni dengan mengantuk lagi dah kena heret kesana sini..tu yang jadi lagi tak syok nak jalan tu...sepatutnya pergi tempat lain dulu kan...hemm tak pa lah...lain kali mai lagi...hahhh....:)

Itu je lah cerita hari pertama...malam tu kami ber dinner kat warung sederhana...ditemani oleh pak tamrin plak...adik pak denni. Pak tamrin ni muda setahun dari saya...nanti saya masuk kan gambar dia masa berjalan ke Tangkuban Perahu esok nya....

Kena off dulu lah....si husband nak guna laptop buat kerja dia plak..adusss...tengah ada idea ni tak boleh nak update plak...kacauuuu...:) :)

Ok lah ...apa apa pun terima kasih kerana singgah...sory lah kalau cerita membosankan...saja nak cerita ceriti..:)

Monday, April 16, 2012

Jumpa nanti ya...

Assalamualaikumwarrahmatullah....

he he he...berminggu tak update...hah

Saya di serang penyakit kronik...yaaa...kronik betul penyakit ni hinggakan sampai la ni doktor doktor tak dapat cari penawarnya...terlalu complicated lah penyakit ni...sapa pun tak dapat ubat kecuali atas keizinan Allah swt barulah akan terubat...hemm gitu lah

Haaa..penyakit KURANG IDEA haa...kan dah cakap takdak pakar dapat ubat kecuali datang idea dari Allah ..baru lah saya dapat menulis/menaip semula. Hishhh...melampau kah?? Rasanya tidak

Walaupun saya tak dak idea nak menulis namun saya tetap suka berjalan....kejap pergi blog orang tu kejap ke blog orang ni....kalau perlu saya komen akan saya komen...kalau tak saya tak komen..yang buat saya tak komen tu bukan lah sebab saya tak suka apa yang saya baca....ehhh jangan salah faham ya...semua blog saya suka baca dan enjoy your writing very much...cuma saya tak idea nak komen apa... :) tak kan sekadar nak tulis " saya suka.." je kat kotak komen tu kan... jadi lawak pulak :)

Anyway....kepada kawan kawan...kalau saya singgah dan tinggalkan jejak tu...tak apa kalau tak datang kat blog saya pun...sebab buat masa ni saya tak ada apa apa nak di tulis di sini...tak pe kalau tak balas komen saya....

Hemmm bagi peluang saya rehat jari kejap dalam seminggu ni...InsyaAllah akan saya menulis lagi...saya memang suka menulis..so kalau tak ada yang membaca pun tak pe..sebab saya akan membaca semula tulisan dalam blog saya ni...percaya tak..saya memang suka membaca semula blog saya dari entry awal sampai lah sekarang...he he macam syok sendiri ke tak??? betullll.... :)

okay lah...sampai sini dulu

Terima kasih kerana singgah...InsyaAllah kita jumpa lagi nanti :)

Wednesday, March 28, 2012

busy lagi si dia

Assalamualaikumwarrahmatullah...

Sepanjang hari ni saya dapat ber BW dan mengeposkan entry...sebab husband ke Trengganu dan tinggalkan lappy dia kat rumah...kalau tidak jangan haraplah saya dapat post entry, bukan apa bila ada lappy cuma waktu malam..saya rasa serba salah pulak husband ada depan mata dan saya sibuk melayan blog je. Bila laa nak baikki lappy saya tu kan..senang saya update blog waktu sorang sorang kat rumah.

Saya dapat sms dari husband  pukul 8 malam tadi masa tu dia masih di airport di KT...bagi tau dah makan...flight pukul 9 lebih sampai KL 10 lebih..dan akan terus attend meeting kat Millenium hotel pulak dengan orang orang Sabah..

Sebenarnya sejak berkahwin saya memang sering di tinggalkan ..dulu masa belum ada anak dan dia perlu semalaman di ofis maka saya akan 'diheret' bersama...alamak bosan gila..takde apa nak buat kat ofis yang bersepah tu kan.

Nasib baik semasa saya masih bekerja dia tak kena pergi jauh dari KL..jadi takde lah saya tinggal sorang sorang...tapi masa ada anak sorang dan saya pulak disuruh berenti kejap dan bila dia kena out station maka saya akan dihantar ke rumah abang dia di PJ..tak berani dia nak tinggalkan saya sorang sorang dengan baby kot...abang dia pun kalau dengar husband nak ke mana mana dia sanggup datang ambik..Alhamdulillah saya dapat ipar duai yang penyayang sangat..ye lah sebab saya paling muda dan berkahwin pulak pada umur yang muda...:)

Tapi sekarang boleh dikatakan setiap minggu dia kena out station bermalam kadang kadang balik hari...banyak masalah kot..tak pa saya memang tak kisah sebab dah tahu nature kerja dia gitu.

Yang lawak nya ni..si Hakim balik dari Arau sampai KL pukul 6.30 pagi..masa tu husband dah keluar ke Putrajaya seharian kat sana ada meeting after meeting...sampai lah tengah malam tadi baru balik...si Hakim dah tidur dah...Pagi ni pulak husband kena keluar awal juga sebab nak ke Trengganu flight pukul 8 gitu...dan baru kejap tadi sms saya bagitau akan balik lebih kurang pukul 12 malam...sure jugak masa tu hakim dah zzzz dahhh...he he he...saya balas sms dia bagitau yang dia belum lagi tengok muka hakim sejak hakim balik ni...gelak jee..

Tak apa lah kan..dah memang tanggungjawab. Cuma saya risaukan kesihatan dia. Lately ni letih je nampaknya. Nak saya cadangkan makan supplement dia tak nak. Memang dia paling tak suka makan ubat2 dan vitamin sebab dia kata nanti dia asyik bergantung pada vitamin je..ada pulak macam tu. Susah kan..bila time demam tu berbungkus je ambik juga panadol tapi jangan haraplah nak ke klinik.

Itu je lah nak cerita. Terima kasih kerana singgah...jumpa lagi ok





SAYA DAH KENA...

Assalamualaikumwarrahmatullah....

Semalam takde apa nak buat saya macam biasa ber BW je lah...tu pun kat handphone je sebab lappy takde...tu pasal lah tak dapat post entry...hp biasa biasa je yang tak dapat taip post tu..:(

Dapat baca blog kawan kawan dan dapat tinggalkan komen komen ...saya ni jenis yang bila rasa perlu nak komen je saya tinggalkan komen...kalau saya rasa tak perlu nak komen kalau sekadar nak taip small talk tu saya tak reti...:)

Saya cuma taip kalau orang tu tengah happy..saya komen sebab suka kawan happy...bila kawan sedih di timpa musibah..saya komen juga menghulurkan simpati atas kejadian yang menimpa dia...selain tu..walaupun saya baca sampai habis jika saya rasa tak perlu dan terutama nya bila saya tengok senarai yang komen kat situ sampai dah 50 orang lebih sooo saya rasa tak perlu tinggal komen kot...sebab..saya rasa apa yang saya nak tulis dah di tulis oleh orang lain...pelik ke saya? atau teruk ke?

Kadang kadang terpikir juga...tuan punya blog baca ke tidak komen komen yang tinggalkan tu? saya tak tau lah kan...tapi saya ada tinggalkan banyak komen kat blog blog yang ada ramai pengikut dan orang orang yang komen tapi saya tak pulak mendapat balasan dari tuan punya blog....emmm saya tak nak pikir yang tak elok so saya rasa dia sibuk

Tu yang membuat kan saya pikir tak payah lah tinggalkan komen sebab dah ramai yang komen kan..tak nak lah menyusahkan tuan blog nak baca komen komen saya yang tak sepertinya ni...

Semalam juga ketika meng refresh kan page blog ni...tetiba saya nampak follower saya bertukar angka....dari 69 ke 68....hah...depan mata saya KENA CANTAS.....:) :)

Terasa lawak pulak....saya pun check lah siapa yang cantas tu...ooo saya tahulah sekarang...hemm takpa lah..orang ni mungkin rasa blog saya tak memberikan manafaat kat dia ...tak palah

Dah nama pun blog peribadi kan...apa lagi yang nak saya muatkan di sini? selain cerita ceriti diri saya ...orang orang tersayang saya...dan aktivit kami bersama...yalah kadang kadang tu tak de apa nak di ceritakan so saya diamkan je lah...bila ada cerita yang nak dikongsi baru saya muatkan.......

Haiii....apa nak buatkan...kita tak dapat nak puaskan hati semua orang dan saya belajar lama dulu yang kita tak boleh paksa orang suka kat kita...yang penting hati saya ikhlas berkawan dan mahu mengambil berat tentang kawan..tak kira kawan depan mata ( ?? ) atau kawan di maya ni...saya betul betul ikhlas berkawan dengan anda...

Kalau saya jadi follower anda bermakna saya ikhlas nak berkawan...ada juga blog2 yang dah berkurun ( ???) saya ikut perkembangan nya...saya jadi silent reader saja dan saya jadi follwer dia ...tapi saya tetap setia dan ikhlas nak tahu perkembangan dia...saya tak mengharap dia datang ke blog saya atau ikut menjadi follower saya....ehh tak perlu nak tinggalkan komen...blog saya simple je..iklan pun tak ada...just plain gini je..dan saya suka dan sayang blog ini.

Andai nak berkawan kerana orang tu banyak duit atau berpengaruh...itu bukan saya...sebab saya pun bukan orang yang berharta dan juga tidak berpengaruh...jadi saya redha...mungkin ada orang yang nak berkawan dengan orang yang setaraf ilmu dengan dia je dan saya ni termasuk dalam orang yang tak tahu ke benda dan lekeh..so tak pa lah..

Saya minta maaf jika selama ini saya tidak menjadi follower yang baik seperti meninggalkan komen selalu dan juga menklik kat iklan2 anda...saya memang minta maaf...tapi bila di CANTAS begitu je...saya hampa juga...hemmm....sedey jugak laa...:(

Okay lah...apa apa pun terima kasih kerana singgah ya...jumpa lagi ya