Tuesday, April 24, 2012

i've been away.....4

Assalamualaikumwarrahmatullah

Salam semua..

Nak sambung cerita ceriti kat Bandung...ni dah hari ke 4 kami dah nak balik..flight pukul 7.45mlm so keluar dari Grand Budi Apartment dalam pukul 12 ingat betul lah rupa nya baru pukul 11 waktu indon...terawal pulak siap. Bagitau tamrin datang pukul 1 waktu malaysia ( pukul 12 indon )..terpinga pinga juga apa nak buat lagi sejam kat lobby..tu yang call dia nasib baik dia pun tak hal dah bersiap sedia nak datang ke hotel sebenarnya..heee pengajaran nya ialah kalau pergi mana mana tu sila lah ubah jam ikut waktu tempatan dia orang ya...kalau tak jadi macam ni lah..confuse memanjang


Bergambar depan apartment Grand SetiaBudi....dah nak balik dah




Di sini lah berlaku nya Konperensi Asia-Afrika 1955 sekarang dah di jadikan muzium...MUSEUM OF ASIAN-AFRICAN CONFERENCE. Di namakan sebagai Rumah Merdeka ( kalau tak silap )

Masa ni lah President Sukarno mengumumkan kemerdekaan bagi negara Indonesia ( Republik )...kiranya muzium ini sememang nya menjadi salah satu bangunan terpenting bagi seluruh rakyat Indonesia...di bina oleh Belanda sebagai tempat perjumpaan mereka sejak lebih 300 tahun mereka menjajah negara ini..rekabentuk nya masih lagi kuat..dan dijaga rapi oleh kerajaan Indonesia.


Disinilah para pemimpin negara negara yang menyertai conference ini tinggal semasa menghadiri conference ini. Jarak Hotel Savoy ini ke Rumah Merdeka cuma dalam 50 meter sahaja jadi nya pada pagi yang bersejarah tersebut para pemimpin negara negara terbabit hanya berjalan kaki ke sini...hemm takde lah pulak gambar mereka berjalan berduyun ke sana...


Di sinilah segala nya bermula..terbitnya sebuah negara baru yang bebas dari dijajah...malangnya tak siapa sangka selepas bebas dari jajahan negara asing..rakyat Indonesia di jajah oleh orang mereka sendiri...lihatlah kemusnahan yang di lakukan oleh pemerintah mereka terutama nya President Suharto yang memerah segala hasil rakyat nya hanya untuk kepentingan sendiri...betapa Indonesia dihimpit kemiskinan yang teruk akibat pemerintahan pemimpin seperti ini..hingga sekarang Indonesia masih miskin lantaran negara ini kekurangan simpanan negara yang tanpa rakyat sedari di larikan oleh pemerintah mereka sendiri...kegiatan rasuah dikalangan pemimpin mereka amat berleluasa..kesian rakyat yang menaggung akibat.



Kerusi kerusi ini dulunya diduduki oleh jemputan khas para pemimpin negara...perasan lah kejap kannn


Budak berdua ni mempergayakan Trench Coat dan Topi Pak Sukarno yang menjadi kegemaran dia. Si Abah sedang mendengar suara Pak Sukarno ketika dia menelefon kepada pembantu dia masa tu( kalau tak silap Mohd Hatta ) bagi memberitahu tentang persetujuan penjajah memberikan kemerdekaan kepada Indonesia...itu ada lah rakaman sebenar suara Pak Sukarno tau...terasa seram pun ada...heee...dan telefon jenis pusing tu amatlah beratnyaa...dan ditulis nota kat situ sila berhati hati dengan telefon ini kerana ianya amat lama..maksudnya jangan lah dijatuhkan....:)

Setiap barangan didalam muzium ini hanya terdapat di Muzium konperensi ini sahaja...ia adalah barang sebenar yang digunakan ketika itu..cuma adalah di baikki setiap masa..macam di buat upholsteri yang baru selalu dan di varnis bagi mengelakkan ianya rosak..sayang kan kalau rosak.


Didepan replica orang orang yang terlibat dalam conference ini...di hujung sekali belakang husband tu lah Jawarhelal Nehru kan? kalau tak silap la..yang berdiri tu mungkin Pak Sukarno


Si hakim di paksa oleh Pak Tamrin untuk bertukar tukar email dengan mek2 Indon ni...haiii nak mengorat pun orang kena ajar...mek Indon yang baju pink tu sudah bekerja dan yang bertudung tu sedang menuntut di Institut Teknologi Bandung (ITB ) ini adalah satu Institut yang terkenal di Bandung dan hanya pelajar yang cemerlang je yang layak masuk ke sini....tapi hakim tak berminat dengan mek bijak ni...hemmm yang sure nya dia lebih tertarik pada yang tak bertudung tu..geram ai tau

Pada hal yang bertudung tu lagi comel kan? apalah hakim ni...pilih calon menantu untuk mama pun tak pandai....:(

lawak je..hakim tak baca blog saya ni..


Masih lagi tertarik dengan bangunan dari era Kolonial..rekabentuk yang menarik....


Oyaaa...inilah airport Bandung...sebenarnya airport untuk angkatan tentera..tu yang kecik tu..sekarang sapa sangka manusia berduyun duyun masuk bershopping di bandar bandung ni melalui airport ni..

Sebenarnya pernah di katakan Bandung dipilih untuk menjadi ibu negara Indonesia ni..entah macamana pilih punya pilih mereka sepakat memilih Jakarta...nasib baik ya..kalau tak mesti macet macam Jakarta jugak...:) Macam sekarang..Jakarta memang tempat panas dan padat malah kalau cuti cuti penduduk Jakarta akan berduyun datang ke Bandung..selain shopping mereka juga inginkan cuaca sejuk di kaki gunung ni..patutlah orang Belanda ramai menghuni di Bandung sebab tak sepanas macam Jakarta dan Surabaya..gitulah sikit lebih kurang cerita nya

Gitulah percutian kami...bukan nya sekadar bercuti je kena juga jadikan percutian berilmiah untuk anak anak ni hah...nasib korang lah kan terpaksa membaca kisah boring ni...heee

Partner husband punyalah pecah perut gelak bila tengok gambar yang husband muatkan kat FB dia ..tu gambar kami kat gedung sate dan rumah merdeka nilah...dia siap tunjuk kat anak2 dia...anak2 dia dah besar semua macam heran...siap cakap..kat mana ni? kami pergi bandung tak jumpa pun tempat tempat ni...heee..tu lahh banyak lagi tempat tempat menarik kat bandung ni selain FO2 nya...ishh terasa rindu pulak kat bandung nih...moga murah rezeki InsyaAllah nak pergi lagi lah

Sampai sini je lah...udah udah lah tu dengan cerita Bandung ya...dah habis dahhh

Terima kasih banyak banyak pada yang datang komen2 ya...nanti saya balas komen ke blog anda pulak ok..

Jumpa lagi

p/s  saya akan memperbaikki data data dalam entry2 tentang bandar bandung ni ya..sedang tunggu buku dari husband ni..minta maaf kalau data kurang tepat..banyak lagi yang saya lupa nih..maklumlah dah kurang ingat dah niiii

4 comments:

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

seronok melayan gambaq di malam hari (^___^)v

saniah said...

Is...tq :) jemput lah datang lagi..:)

Marya Yusof said...

Kak, seronok tgk gambar bercuti ke bandung tu... Rasa mcm sy pulak ke sana.. Belum pernah sampai lg ni... Byk lah akak menyopping ye! hehehe.. sana kan brg murah esp. baju2 kain2 utk org pompuan ni... Kawah berapi tu cantik tmptnye kwn saya pernah tunjuk gambar pergi ke sana, sejuk katanya... Takut meletop ke kak? Kalau sy pun mesti pikir bukan2...huhuu... :)))

saniah said...

MARYA...takde lah banyak shoping dik adalah sikit utk anak2..akak tak jumpa size..tu lah yg dijual kat FO tu semua nya size mcm u all je..org mcm akak ni..hemm harap kain telekung je yang muat ...hee :)
iye kat atas tu memang sejuk dan cantik sekali..:)