Sunday, January 29, 2012

projek suhaila yang terlupa nak update..

Assalamualaikum....

nak mention a few friends yang singgah kat blog dan tinggalkan komen .....terima kasih terima kasih ya...pada MAMASYAZA memang best makanan kampung kan? kita ni kalau pergi makan tengahari kat kedai memang cari kedai yang ada ulam ulam...ishh saya kalau makan ada ikan goreng..sambal belacan n ulam dan nasi panas perghhh...memang tak jeling sapa sapa dah...:) sama lah kita..DINA ha tu lah..mak kak pun sama..dia tengok ketua majlis sampai terus dia nak start..orang yang kat depan rumah kelam kabut berjalan laju2 ingat dah nak habis majlis..:) lawak pulak...mana ada kak ni kuruih aihh...baju yang pakai hari tu dah ketat dah..risau dah ni..makan bertambah tambah..:( tapi tengkiu jugak la sebab kata kak kuruih di mata dinas...:).... MIZA...adik ku ini tak habis habis memuji...moga Allah murahkan rezeki miza..terima kasih..banyak2..ishh takde duit kecik nak kasi..ehh gurau je..miza teringin nak mai ke Kedah ke...boleh boleh..nanti dah balik Malaysia minta cik hubby miza cuti..kita balik sama sama...:)...boleh ajeee....AZIEAZAH...you ni sama ja dengan i..kalau jumpa adik beradik mesti suka usik adik2..i dengan si pon suka sakat adik kami si Dikwa tu...ha ha memang dia asyik kena ja lahh...walaupun dah berlaki tetap takkan lepas dari sasaran...uhmm tapi itu la tanda kasih pada adik kan? kalau kami tak usik dia sapa lagi...

******************************************************************

Hummm...kali ni nak cerita kan hal projek suhailah...projek buat kristal dia tu....kan lamaaaa dulu saya pernah cerita kan? siap ada gambar...gambar dulu tu dah terdelete daaa...kalau tak boleh buat comparison kan...emm takpa gambar tu ada di post yang terdahulu...he he saya tak pandai nak link kan so pada yang nak tahu sila lah scroll ke bawah bawah dan bawah lagi...rasa nya entry bulan 11 atau 12 macam tu lah...ai pun dah lupa lah

Inilah hasil nya..setelah hampir 2 bulan menternak..

Itu lah dia...tak berapa nak clear kan? suhailah yang mengambil gambar nya ni...saya guna yang ni kira ni yang terbaik yang dia dapat snap...punyalaa berbangga nya dia...

Saya katakan kat dia...takdapatlah mama merasa gelang kristal yang adik ternak ni...besar bulu mata je ...:)

Itu la aje entry kali ini...

Oya sebelum saya terlupa lagi..sebenarnya hal ini nak saya utarakan pada post yang sebelum ini..tapi ter ralit syok sangat bercerita hal kenduri sampai lupa...apa lah saya ni kan? sori sori...

Hal nya ada lah berkenaan seorang kawan ni...nama dia ZU daripada blog http://mamatiamia.blogspot.com
Buat masa ni dia dalam kesedihan dan memerlukan doa dari kita semua supaya dapat memberikan doa kepada bonda nya yang baru menjalani pembedahan rasanya hari Jumaat lalu...sama sama lah kita doakan agar ibunya diberikan Allah kesihatan yang baik..sembuh dengan segera..dan pada zu juga kita doakan agar beliau bersabar dan tabah menerima dugaan Allah ini...

Berkawan ni ibarat peha kanan dan kiri...cubit peha kanan peha kiri pun rasa sakit juga kan...namun berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul...moga zu dan keluarga tabah menghadapi keadaan ini


Terima kasih kerana sudi singgah ke rumah saya yang hampir dah nak bersawang ni..:)
Jumpa lagi...InsyaAllah

6 comments:

Unknown said...

Salam,
Perkara baru utk LF. Tkasih

azieazah said...

Memanjangkan doa... sama sama memgharapkan kesejahteraan juga kepada ibunda blogger ZU. Semoga segalanya berjalan lancar, dan pulih segera.

Dinas Aldi said...

Semoga ibu Zu akan segera sembuh dan sihat sejahtera hendaknya, amin.

MulutPayau said...

semoga bonda ZU cepat sembuh....

p/s...nnti buka emel ya...

che mid said...

Insyaallah bonda Zu semakin sihat berkat doa ikhlas kita semua..

Lydia Miza said...

moga ibunya segera sembuh.amin...

kak dah besar dah projek suhaila. klu akak nak letak link akak klik je url entri tu dan paste kat link cam akak letak link lain2..sama je cara dia.

saya akan smpi ke sana nnt..ada rezeki pasti nak ikut akak pulang