Friday, January 13, 2012

kenangan dalam lipatan blog

Assalamualaikum
Terima kasih pada bloggers kakak2 dan adik2...seperti Kak Ros..terima kasih atas ingatan mendoakan Ain Khadeeja sihat dan dilindungi Allah...anak anak saya memang semua dah besar besar belaka..maknya dah tua la kak.. :) saya kawin muda anak sulung dah 20thn...hari ahad ni si abang genap 20tahun kak..dan saya masih lagi 40 thn ehem ehem... :) gurau je..saya dah dekat 44thn dah ni..
Juga buat Cikgu terima kasih juga ya atas ingatan ikhlas cikgu turut mendoakan kesihatan Ain...kita harap yang terbaik akan dikurniakan Allah kepada Ain ya cikgu..emm memang ada angan angan nak gi jalan jalan ke luar pulak alah bukan ke london paris milan tu..idak lahh cuma mungkin ke negara negara jiran je..dekat dan murah...:)  kepada Hanis Azla...terima kasih mengharapkan dan mendoakan kebahagian untuk akak dan keluarga..dan akak juga turut mendoakan kebahagian dan keberkatan hidup hanis sekeluarga jugak..dan Alhamdulillah lepas hantar entry hari tu suhailah nampaknya semakin segar..ni berkat doa dari hanis jugak ni..terima kasih dik..;) Ainnorainni...wahh akak memang suka berenang tau..tapi hari tu takde mood dah sakit perut hehehe...biar budak budak dan bapa budak yang berendam...ehh mee udang tu memang sedap tau..tapi akak pakai paste dalam kotak lah..tak lah sempat nak buat sendiri...bukan apa hari tu terlupa beli serbuk kari udang..hehe belasah je apa yang ada kat dapur...jadi jugak.nanti ada masa kita jumpa ya..boleh akak masak kan...:).....Dalilah Hamid...terima kasih atas kesudian menurunkan jejak...iya memang betul seronok kalau dapat luang kan masa dengan keluarga ni....ni tak sabar nak tunggu cuti sekolah lagi ni..:)....MulutPayau....oya selamat thn baru pada MP juga ya...semoga tahun ini membawa lebih keberkatan dari Allah swt..amin...Che Mid...iya lah kak mid..ada gambar banyak banyak pun duk simpan dalam hard drive je kdg2 lupa nak tengok so saya lebih suka simpan di blog...bila bila masa boleh tengok balik..orang suka tak suka tak pa lah janji kita mudah dan anak anak dan kaum keluarga yang tinggal berjauhan pun boleh tengok...cuma saya nak cari jalan nak letak watermark kat gambar2 tu takut disalah guna oleh org2 yg tak bertanggungjawab kan....

************************************************************************

Kali ni nak selongkar gambar gambar lama yang duk simpan dalam portable hard drive saya...cuma gambar jalan jalan tengok tempat saja...bukan gambar jalan jalan cari makan sebab kami sekeluarga tak berapa gemar makan makan...selalu kalau keluar jalan agenda utama adalah jalan jalan tengok tempat dan juga shopping...:)

Ni nak masuk kan gambar kami pergi ke Kundasang Kota Kinabalu....kalau tak silap kami pergi 16hb March 2011 awal tahun gitu...si hakim tak ikut sebab masa tu dia masih di matrik dan sedang exam...entah kenapa lah kami tak tunggu dia habis exam baru pergi ...sampai sekarang dia merajuk ha ha ha...takpe nanti kita gi jalan jalan ya Hakim

Seawal 3 pagi dah sampai ke KLIA...kami naik fire fly..murah sikit kan..muka saya muka mengantuk tapi si suhaila ni memang muka excited habis...nak jalan jauh si Chipandale diheretnya sama...aihh

Kakak duduk dengan abah...sepatutnya abah duduk dengan suhailah..suhailah taknak dia kata duduk dengan abah bosan la abah asyik pegang buku je sepanjang jalan tak nak layan dia...so mama kena lah duduk dengan dia...Alhamdulillah takdak masalah sepanjang penerbangan...

Adalah di galakkan si bapa yang duduk sebelah anak dibawah umur 12tahun sebab kalau jadi apa apa si bapa boleh buat pertimbangan wajar dan mereka kuat untuk mendukung anak berbanding dengan si ibu yang terlebih beremosi kalau jadi kecemasan dan tenaga ibu juga tidak seberapa kalau nak membawa anak...well lebih baik berjaga jaga kan...saya selalu beringat..:) ada orang kata cerewet...apa apa lah kan asalkan beringat...


cantik kan ...

Bila dah nampak pulau ni bermakna kita dah nak mendaratlah...

sewa kereta...170rgt sehari...kami guna untuk 3hari kereta wira...busuk sikit laa...tempat duduk pun dah lusuh...enjin masih ok...asal boleh selamat sampai dan kembali sudah lah kan...:)

Pemandangan MashaAllah...indah..cantik...nyaman...tak tau nak kata apa...merata rata awan melitupi puncak bukit...puncak Kinabalu jugak begitu...berselindung dari hari pertama kami sampai  kat Kota Kinabalu sampai lah kami ke kawasan kaki gunung Kinabalu ni..berselaput dengan awan je..kadang kadang ada hujan rintik rintik...emm sejuk nyaman..best sangat...

masa tu di Sabah musim hujan jadi awan asyik la tebal tebal hari hari...kami ingat kalau ada rezeki nak nampak puncak..."LOW PEAK.." nampak lah...sebab peak/puncak ni paling tertinggi

Zulaikha tengah mengalihkan perhatian si kecik tu...risau gak kot kot si kecik tu terjun ke bawah memandangkan besi pengadang tu luas benar....ishh mana mak pak budak ni? Nampak tak awan tebal tutup puncak banjaran tu....sepanjang masa gitulah...rasanya tu puncak gunung kinabalu kot

Cuaca sini nak kata panas tak panas...nak kata sejuk tak sejuk...ni pekan Nabalu kami singgah beli air mineral dan buah sikit buat bekal dalam kereta...ada di buat tempat meninjau di belakang pekan ni...kat pekan ni rasa macam bukan di Malaysia...rata rata muka orang orang dia macam cina...cakap memang pelat lah...tapi tetap mesra dan merendah diri...cuma yang saya kata tak macam negeri di semenanjung ni mungkin sebab deretan rumah rumah macam kat dusun buah je...rumah kayu nampak daif jugak laa...kesian tengok anak anak diaorang berpakaian lusuh je...tak pulak saya nampak rumah2 banglo besar macam kat semenanjung ni kan...amboi high expectation pulak saya ni kan...

Berjalan jalan di pekan Nabalu ni kena hati hati sebab bersepah dengan anjing...merata rata ibarat kucing pulak saya tengok...kalau di semenanjung yang banyak bersepah kat pekan dan food court ni kucing lah kan...tapi di sini banyak nya la anjing...ada yang manja manja pulak tu...tak lak ambik gambar..:) lupa

Abah nya pun nak berkenangan disini...tempek jugak lah kan satgi kata kita tak include dia pulak dalam blog ni...:)

Bunga bunga ni ada kat depan office penginapan kami...hotel berkonsep kan chalet....nice..reception area tak lah besar pun staff pun amat bagus sekali amat membantu....kami minta extra mattress kejap je dia orang pasangkan...masa time kami pergi ni time cuti sekolah..so bilik tinggal satu ni je...semi D chalet...sebelah tu orang lain punya mungkin dari KL juga kot...

Tu pasal yang kami tak bother nak bawak hakim sebab kalau bawak dia kena ambil dua chalet sedangkan masa tu dah takde chalet kosong...so kenalah tinggal hakim..sian dia..

Ni lepak depan chalet kami lah...si suhailah paling suka sebab dia yang jarang sangat kami bawak berjalan jalan menginap di luar KL...sebab abah sibuk sangat lah ni..dan kena pulak tu abang dan kakak berturut turut ada exam kan...jadi ni lah masa nak berjalan selepas zulaikha habis SPM hari tu..

Ni kat jalan naik ke resort....kebawah tu ialah ke jalan besar...ramai yang singgah di resort ni sebab boleh nampak dengan jelas puncak LOW di gunung Kinabalu....

Nampak tak kat selekoh sana yang ada lampu tu? haaa...kat situ ada gerai makan...memang best sangat masakan dia..kalau nak makan situ jangan lah nak oder western kan...memang la tak menjadi masakan dia tapi cuba oder sup sayur dia...aduhaiii sedapnyaaa...manis sayur sayuran disitu sebab sini di Kundasang ni pendapatan penduduk setempat ada lah dari bercucuk tanam macam kat Cameron Highland la kan....masa kami lalu pekan Kundasang hari tu pun memang berderet gerai jual sayur dan bunga bunga...ishhh tergoda macam nak beli je..tapi nak buat apa pulak...kalau duduk apartment yang ada dapur boleh memasak takpe lah kan...geram tengok sayur sayur dia fresh fresh lah...

ha nilah batu tanda resort yang kami tinggal....emm rate nya dah lupa lah berapa...boleh layari web site dia...kat sini semua chalet dia beranda mengadap gunung Kinabalu..memang pengunjung menunggu nunggu masa awan awan ni beredar dan boleh nampak puncak dengan jelas...

macam ni lah keadaan nya pada hari pertama kami sampai...berselimut dengan kabus....sejuk sangat lebih sejuk dari Cameron Highland dan Genting lagi ...

Di bawah tu adalah Kampung Kundasang...resort ni letak nya bersebelahan dengan perkampungan dan di kampung ni juga ada homestay...tak la pulak saya pergi tengok homestay kat situ jadi tak tahu lah keadaan nya macam mana cuma nampak ada papan tanda kata ada homestay je..

Ini adalah rupa chalet kami dari depan...chalet kami yang di atas kereta hitam sebelah kereta putih tu...cantik kan?...dan pengunjung pun baik baik belaka...takde lah yang datang bising bising menganggu orang even orang sebelah kami tu datang sekeluarga mak bapak adik adik berkumpul sakan malam tu tapi tak langsung menganggu kami dan bila bangun pagi keadaan beranda dah bersih diaorang kemas skali....ni orang orang yang berilmu tahu behave bila dalam kelompok ramai

Saya memang cerewet kalau bercuti saya memang nak rehat..dan bila duk breakfast kat hotel memang tak mau gangguan langsung...memang geram jugak tengok parents yang tak peduli anak anak berkeliaran lari sana sini pegang makanan2 kat meja buffet tu...mereka boleh la senang hati je makan....dalam restoran kena la behave kan kalau kat playground tak pe lah nak lari tonggang langgang pun...

Pagi hari ke2 masih berselubung kabus jugak...nak pergi breakfast sempat posing sementara tunggu kakak bersiap....lambat macam biasa...

Lepas makan kami keluar berjalan jalan ke pekan Kundasang dan lanjut ke pekan Ranau...ni singgah kat hotel di uruskan oleh perkasa kalau tak silap...suka juga disini berkabus...dan sunyi...ada jambatan gantung kat belakang tu...tapi takut dan seram nak naik...bukan sebab tinggi tapi sebab kabus...teringat filem FOG...hehehe

Ni kat Kundasang War Memorial...dibina pada 1962 untuk memperingati askar Australia dan British yang menjadi tahanan Jepun ( disebut Prisoners or War...POW ) semasa World War II dulu...

Hati sedih la kat sini...terbayang la Prisoners seramai 2428 orang ...1787 askar Australia dan 641 askar British dan ada juga orang orang kampung dari North Borneo yang terkorban ketika membantu Prisoners Of War (POW) ini yang di paksa berjalan kaki dari Sandakan ke Ranau ( saya dah lupa berapa distance perjalanan ini ) dan kebanyakkan mereka meninggal ketika dalam perjalanan ini...perjalanan yang diberi nama Sandakan Death Marches berlaku dalam tahun 1945...

Dalam ramai ramai tu hanya 6 orang tahanan sahaja yang hidup dan mereka inilah yang menceritakan penderitaan dan siksaan yang mereka hadapi ketika itu..

Bagi memperingati mereka yang telah tiada ini di buat taman taman mengikut negara negara masing masing seperti the English Garden...Australian Garden...Borneo Garden..masuk ke kawasan ni hidung berbau harum wangi bunga ros aje...nyaman je kat sini...

iye lah jangan la pikir takut ke apa..ni cuma memorial je bukan kubur...alah kalau kubur pun apa nak takut..? orang dah mati kan bukan boleh bangkit cekik kita..takut kat Allah je..:)

Geram tengok pokok ati ati tu...saya tanam tak pernah dia nak hidup..agaknya tak nak cuaca panas kot...

Di tepi dinding tu ditampal nama nama mereka (POW) yang terkorban semasa Sandakan Death Marches tersebut...gaya kami membelek macam lah duk mencari nama toknenek moyang kami je kan...manalah tau kot kot ada kacukkan british ke australia ka kami ni...ha ha ha


suka gambar ni...pemandangan kat belakang tu cantik..ni kami masih kat  Kundasang memorial war ni lagi

Perasan macam driveway ke rumah kami lah di belakang tu...padahal tu macam mini muzium,..hari tu dah lewat muzium tu dah ditutup...:) comel kan rumah tu...dapat besar tu pun ok la kan...ish ish padahal baru beli rumah je..bersyukurlah makngah oiii...:)


Ni pintu gerbang ke Memorial War tu...kena mendaki sikit la..bagi yang sakit lutut kronik tu memang tak dapat lah naik..bukan ada pemegang pun nak membantu naik...hemm


Kami menuju pulak ke Sabah Tea...nak memborong tea dan makan scone...tapi scone takde..so makan sandwiche je lah..sedap pulak tu...agaknya sejuk sejuk ni makan apa pun sedap...kami juga minum tea kat sini..saya minum cinnamon tea...sedap...pastu singgah la memborong tea2 kat sini...ada cinnamon tea...jasmine tea...etc...dah tak ingat sangat...saya juga beli tshirt i love sabah tea...ha ha ha saya memang dah jatuh cinta dengan sabah especially mount Kinabalu...emm macam nak tinggal kat Kundasang je...hari hari makan sayur pun tak pe...( masa tu la pikir macam ni...)


On the way balik ke resort kami singgah kat gerai tepi sungai ni...sebenarnya suka kat sungai ni..dan saya berangan lah yang rumah tu rumah saya....ha ha tapi kalau saya tinggal kat situ sure lah saya buat rumah yang ala ala english sikit kan...macam rumah rumah kat dalam cerita Midsomer Muders tu...tanam bunga ros kecik kecik kat dinding rumah biar dia menjalar ke atas bumbung...pastu buat arch kat garden tanam ivy ke apa apa creepers lah..yang ada bunga bunga harum lagi bagus..

ish ishhhh seronoknya pagi pagi jengok ke sungai ni..letak kaki dalam sungai tu..ada ikan ikan kecik lagi best....tengok tu takde lah dalam cuma arus agak laju..dan ni air ni sejuk nih..ni air bukit...apa nama tempat ni pun saya dah lupa...:)

Menunggu lagi Low Peak muncul tapi hampa...

Tapi agaknya dah rezeki kami dalam pukul 6 lebih tu angin kuat dari kanan gunung...husband bangun tengok dan kami pun ikut...dah ada sekumpulan cina2 yang duk tunggu kat beranda meninjau tu..kan ada sikit mununcung dia tu...

Dan tak lama tu muncul lah the LOW PEAK...saya terdengar seorg pelancong merungut kat husband dia kot..mula mula husband dia kata "thats low peak..the mountain highest peak "..wife dia tanya.." if its low why you said its the highest peak?" hehehehe....tak paham nyonya ni...peak tu dinamakan LOW sebab orang yang mula discovered peak tu pada tahun 1851 dulu nama dia ialah SIR HUGH LOW....dia tak naik sebab dia ingat jalan nak naik takde..cuma binatang binatang je yang boleh naik tapi lepas tu dia naik sekali lagi dengan 2 orang pada tahun 1858 sampai lah ke puncak..

Tinggi nya LOW peak ni ialah 4095 meters ( 13,435 kaki) dulu orang sangka tinggi dia 4101 meters..tu anggaran kasar masa tu takde satelite lagi kan..dah guna technology canggih ni baru dapat exact ketinggian low peak ni...gitulah cerita nya....mmm


kenangan indah di Kundasang....sepatutnya kami ambik gambar ber4 kan..boleh letak dalam frame..cantik sangat masa ni...MashaAllah


MashaAllah....cantik kan..dan rasa dekatnya..rasa nak pi panjat lah..hahaha

Hari ni kami dah check out dari resort setelah 2 malam disitu..nak berjalan ke KK pulak..kat KK tidur satu malam...ada tempat la nak pergi ..kemana lagi kalau tak ke pasar Philipina...ishh dah nampak dah all the pearl dan kristal tu...ehem ehem

Tapi sebelum tu kami singgah ke Kinabalu Park..pergi ke Botanical Garden dia...berjalan jalan dalam ni..takde lah besar mana tapi its a good exercise jugak...ramai sangat pelancong...orang putih memang suka tempat ni...dapat tengok burung dan berbagai flora dan fauna...suka...suhaila lah paling suka sebab dia memang minat benda benda pelik ni..

Suruh dia bergambar merata tempat buat kenangan dia...harap harap besar nanti dia masih ingat dan akan datang lagi ke sini dengan kawan kawan pulak...

Kat belakang tu Kinabalu Park's ..tempat penginapan jugak tu..agak mahal lah...saya tak berkenan sebab tempat ni terlalu grand..pada sayalah..kalau ke hutan ni eloklah duduk tempat yang macam kampung2 sikit..duk sini macam 5 star hotel plak...cuma sesuai untuk orang yang honeymoon la...

Ini lah papan tanda pekan Nabalu...ada toilet dan gambar sebelah men tu apa ek? kubah masjid ke gereja....?

Nak tahu boleh dikatakan setiap satu kilometre ada gereja...st.patrick...st micheal..mcm mcm st. lah...masjid dan surau memang susah nak jumpa...emm...tapi tempat kami menginap tu kepunyaan orang melayu dan ada di sedia kan arah kiblat di setiap bilik macam hotel2 kat bandar...takde lah anjing2 berkeliaran mungkin salah satu sebab ramai pengunjung ke sini..sebab anjing kalau ada mesti kita ingat tempat tu kotor...

Suhaila lagi sekali kena jadi model...kat sini memang syok membeli barang barang cenderamata...murah murah juga..budak budak ni membeli banyak gelang gelang kayu dan kulit... lawa lawa mula tu kata nak bagi kawan pastu diaorang sayang pulak nak bagi sebab design gelang2 tu unik dan susah nak dapat kat KL

ni kami menunggu abah check in kat hotel promenade kat Kota Kinabalu...masa ni dah hantar kereta sewa dah...so lepas ni kalau nak gi mana mana kena menapak lah..

Masing masing malas nak ronda ronda town cuma dalam kepala duk ingat nak pi pasar ikan dan pasar philipine...nak beli ikan dan pearls dan kristal...

Suhaila lagi disuruh jadi model...abah lah ni suka sangat dengan kapal layar..perahu nelayan pun nak di ambik gambar...ni kami dalam perjalanan ke pasar lah ni nak memborong kristal dan pearls...masa ni dah petang so memang taknak la ke pasar basah ...esok pagi boleh lah..tak kan nak beli petang ni kan...:)

menunggu abah jumpa kawan dia kat airport KK dah..dah nak balik KL la ni...:(

Kotak yang berbalut plastik tu ikan macam macam jenis...geram betul tengok nak beli ketam tapi tengok ketam kecik kenit plak..tak dak isi ni..so kami beli ikan ikan je...tak ingat plak saya beli udang ke tidak...:)

Suhaila masih belum puas di Kundasang...iyelah mama pun belum puas tau tapi abah kata malas nak ke Kundasang dah...next trip kalau ke Sabah dia nak ke laut pulak...mungkin ke Karamunai la pulak kan...takpa masih lagi boleh ke pasar philipine....kehkehkeh


Good bye sabah...good bye Kundasang...good bye mount Kinabalu...:(
Terima kasih Allah memurahkan rezeki kami hingga sampai kami kesini dan menyaksikan satu lagi tanda kebesaranMu Allah...Alhamdulillah
dan terima kasih pada husband kerana terbuka hati membawa kami semua kesini..thank you.... nanti kita masak maggi untuk abah ya...hihihi


Sampai di sini saya menyulam kenangan saya...jemu?? takpe lah...sengaja saya kumpulkan gambar2 saya di blog sebab senang boleh tengok bila bila masa...bila tengok baru teringat kembali..:)
Terima kasih kerana singgah dan terima kasih kerana sanggup luang masa anda membaca ulasan yang membosankan ini...

16 comments:

muchukz said...

wahh .. best nyer ..

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Panjangnya entri ini dan byknya gambar .... terima kasih atas perkongsian ! Best dpt bercuti bersama dgn keluarga ... salam LF kepada abangnya . LF dan isteri doakan panjang usia, murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah. 40's , muda lagi tu ... anak LF yg tua, dua tiga tahun lebih muda.

mama aini said...

assalam & slm kenal dr mama..thanks saniah.. :)cantiknya pemandang kat sabah..percaya tak mama tak sampai kesana lagi..hu2x..tapi bandung & thailand dah pernah sampai..he2x..

-wos- said...

assalamualaikum kak,
lamanya saya tak dtg baca blog akak! sori kak, bizi menggila di ofis :(

saya dah 2 kali pegi KK.. dan menyesal tak pegi kundasang.. sbb selepas kali ke 2 tu baru ofismet ckp Kundasang lagi cantik. yg saya 2kali dok pegi karambunai ja...

nih yang buat semangat berkobar-kobar nak pegi KK lagi nih.. saya pun suka pegi sana.. tenang dan mendamaikan.. nak pulak ofis saya ni dapat diskaun 75% utk hotel.. kat pine resort tu pun dapat.. tengok gambar2 akak lagi teruja saya di buatnya! hahaha over..

ainnoraini said...

Saya pernah sampai sekali jer kt kundasang tu... Mmg cantik dan sejukkan... Suka tengok sayur2 semuanya segar jer...kat pasar jual ikan tu geramkan tengok ikan dia kt sane besar2 kan...

Akak tak pergi tg rhu kee... Kat sana pun cantik jugak permandangan... Hari itu pun saya duduk hotel yg same jugak...

saniah said...

Wos/ros.....ya Allah 75% ros dpg diskaun?klau akak dpt diskaun bnyk tu mmg duduk seminggu kat pine pastu seminggu kat karambunai haha...pegi la ros..best sgt...
Awak mmg busy sgt...akak je yg rajin jengah blog ros...hari hari tau... Org tk ingat kat kita pun huhu... :(



Ainn.....mmg syok kat kundasang ni kan..trasa nk pi skali lg ...jom ain..:)

Zaitun said...

Cantik pemandangan kat sana, kak Zai ingat mungkin tahun ini holiday ke sana,insyaAllah.

saniah said...

MUCHUZK....memang best sgt dik...thanks ya follow akak..:)


DATO' LF.......terima kasih dato' dan datin atas ingatan mendoakan kami ..dah saya sampaikan salam dato' pada suami..Ahamdulillah kita panjang kan hubungan silaturrahim ini...terimakasih kerana menjengok blog saya ya


MAMA AINI...sama sama...terima kash kerana memberi komen...emm mama aini mesti suka shopping ni kan tu pasal dah sampai bandung..Insya Allah saya pulak akan kesana tahun ini... :)

azi said...

Salam Kak saniah..
cantiknya permandangan kat sanakan...teringin rasanya nak pegi...

P/s..anak dara akak cantiknya...manis aje muka dia...mesti ramai peminatkan...he..he..

saniah said...

AZI...memang cantik sgt azi..ciptaan Allah..tengok gunung yg tinggi tu Dia blh buatkan..jadi insaf kita ni hambanya yang serba kekurangan..
:) trima kasih puji anak dara tu..kalau dia tahu mesti tambah kembang tu..:) alahh bdk muda azi..kita muda2 dulu pun manis jugk..skarang pun ada lg manisnya...hehe

Dalila Hamid said...

tahun lepas dela dh pergi sana... apa yg boleh dikatakan... KK mmg best!! gunung, laut, town... shopping2 smua ada...

saniah said...

dalilah hamid...memang betul la da..best betul..:) jom pi lagi jom

mamyharraz said...

salam kenal :)

Subhanallah terpegun sy tgk pic gunung kinabalu..indah sgt~

sy pun baru pulang dari KK cuma tak berkesempatan bercuti-cuti utk lihat gunung..Insyaallah masa akan dtg sy mahu ke situ :)

saniah said...

Mammyharazz.......salam kenal juga dr saya ya....
Memanv cantik sabah ni kan...gunung cntik..pantai pun cntik...insyaAllah saya nk ke pantai plak hujung thn ni...jom :)

Alida Ali said...

Bestkan g KK....teringin nak g lagi sbb pulau tak smpt nak g ari tu..tp tak tau la bila masanya...

saniah said...

Salam alida...ya mmv best kan....akak next time maybe g pantai plak..dengar cerita pantai kat sana cantik...tk sabar lahh...