Tuesday, January 31, 2012

al kisah

Assalamualaikumwarrahmatullah..

Salam semua...

saya terpanggil membicarakan kisah ni. Timbul ketika menatap tragedi rumah tangga orang lain di surat khabar..macam mana boleh jadi begini ?

Yalah...kawin dengan orang ni..pastu dah 3 tahun..pastu tu hidup ada lah sikit ujian..kena buang kerja...dari dua bekerja tinggal sorang je..tak jadi masalah kalau yang kena buang kerja tu adalah si isteri sebabnya lojik nya si suami yang kena tanggung dan isteri bekerja cuma membantu kan...tapi ada juga yang sememang nya isi rumah yang amat memerlukan dua income...banyak rumahtangga yang begitu.

Sure ada yang marahkan saya kalau saya katakan kena buang kerja tu ujian yang sedikit..ada yang akan kata 'alah dia boleh la cakap macam tu...tak kena kat dia'...kan?

Tak payah nak cerita hal saya...saya rasa saya dah cerita dulu.

Gini ..yang nak saya katakan tentang para suami yang sepatutnya jadi pemimpin..penaung..pelindung kepada isteri..mana pergi nya sifat sifat begini...dah 3 tahun kawin bila ada masalah mula salahkan isteri..salahkan anak anak..kenapa salah kan orang lain..? lihat lah asal kejadian dari sudut yang berbeza..mata hati kalau asyik duk tengok semua yang berlaku sebab kesalahan dan kesilapan orang je ..apa masalah tak selesai.

Cuba tengok dan fikir tentang asal usul sesuatu kejadian..asal nya dari mana? Siapa yang bagi masalah? siapa yang memberi ujian memberi dugaan?

Sesuatu yang lebih besar dari diri kita...dari diri isteri dan anak anak malah lebih besar dari boss besar kat tempat kerja tu...

ALLAH...hanya dia yang boleh..yang mampu melakukan semua itu...Dia kata jadi ...maka jadilah...tanya pulak kenapa Dia menguji mu? kenapa dugaan diberi pada mu?

Jawapan mudah...siapa engkau mahu memilih bentuk ujian dan dugaan? ujian datang kau hadapi sajalah...Allah berhak memberi pada kita apa yang Dia mahu...kita ni kekurangan amalan..diberiNya ujian pada kita..sejauh mana sabar dan redha nya kita terhadap ujian Nya..kalau kita cekal..redha...sabar..dan dalam masa yang sama tetap tak lupa kan Nya..solat..berdoa...bertaubat....maka ada ganjaran pahala yang menanti kita...

Allah Maha Penyanyang...Dia sayang kan hambaNya sebab itu diberikanNya kejutan begitu sepaya kita tidak terus terusan leka dengan kesenangan hidup di dunia tanpa peduli mengisi kantung amal ibadat sebagai bekalan akhirat esok...kosong kantung tu..Allah Maha Mengasihani...Dia kasihan nasib kita nanti di masa pengadilan tak dak apa apa nak diberikan timbangan..sebab kantung kosong...yang berat sebelah kiri..penuh dengan pekerjaan yang sia sia sepanjang hidup di dunia dulu..

Simple begitu je..cuma kita ni..manusia yang suka mengeluh...suka menyalahkan orang ...suka menuduh..pada hal ujian itu diberikan Allah kepada kita...kita ni ha yang kekurangan..tu pasal lah Dia uji kita...

Sekarang ni kasihani lah diri anda..berubah lah menjadi ketua keluarga yang lebih baik....pada suami...sayangi isteri dan anak anak...didik lah mereka ...lindung lah mereka..berikan lah kehidupan yang di berkati Allah...

Saya terpikir dah lama dulu...kenapa kah semasa sembahyang pada hari Jumaat...tok imam tak ada secara langsung nak  menasihat kan para suami dengan nasihat nasihat yang baik? sedangkan kita semua tahu hanya pada sembahyang Jumaat sahajalah kaum lelaki paling ramai berkumpul di masjid...sudah pasti sedikit sebanyak nasihat bagaimana menjadi ketua keluarga yang di tuntut oleh agama kita akan termasuk juga ke jiwa...* pada yang mahu berfikir lah kan*

Yang ada pada hari jumaat adalah tentang isu isu kenegaraan..isu isu ketegangan negara...yang lebih penting ada tapi sengaja tak mau di ketengah kan.  :(

Itu je lah nak di selitkan di sini hari ni...Moga moga kita tidak termasuk ke dalam golongan orang orang yang rugi.

Terima kasih kerana singgah...:)

4 comments:

azieazah said...

Ya Allah, seronoknya baca entri ini.

Bagi I, kita harus selalu bersyukur, ikhlas dan redha. InsyaAllah segala cabaran itu dianggap pengorbanan yang manis. Hasilnya pasti memberikan sesuatu yang lebih baik dan lebih bernilai. Kan?

-wos- said...

mentua sekarang pun siap ada yg pesan 'kalau nak cari isteri, biar muka senget benget, janji dia bekerja'

ajaran sesat.

Pen Biru said...

memang byk lelaki yg mcmni.sukamakan hail kederat bini.tak guna betul kena pulak, metua mata duit..lagi tak guna

saniah said...

AZIE...terima kasih...:)

ROS....dah jadi macam kriteria pulak ek?dia nk cari menantu utk anak lelaki tp dia nak org yg dpt tanggung ank lelaki dia? ha ha ha tu yg org lelaki mua tu...:(

PENBIRU....memang betul mertua tu perempuan jugak...haii zaman sekrg org perempuan lah yg banyk susahkan kaum sendiri..tak kesian langsung kat kaum sejenis.. :(