Tuesday, December 6, 2011

entry terlewat....update Ain Khadeeja

Assalamualaikum....

Mula mula nak ucapkan ribuan terima kasih pada komen komen readers pada post terdahulu...Dato' LF...terima kasih atas doa dato'..saya amat menghargai nya....pada Ainnorainni...takpe..kerja demi keluarga membawa berkat InsyaAllah...juga kepada Rosdiana (ROS) jangan berhenti lah..awak semua boleh teruskan memberi khidmat pada semua orang..hanya orang yang tabah yang dapat melalui ujian menjadi ibu berkerja yang ber jaya....saya pilih jalan ini sebab tak tahan ujian sekecil ini...:) dan kepada Cikgu dinas...hehe tabik apa nya ..kak cuma ada anak 3 jaa...tengok orang lain macam AZIE lagi lah...dengan dia memang kita patut tabikkk....tak gitu azie?...:)

terima kasih sekali lagi ya....:) kita pilih jalan masing masing mengikut keperluan sendiri...berbakti kepada keluarga tak kira dengan apa cara sekali pun..Moga kita mendapat pembalasan yang baik dari Nya atas pengorbanan yang sedikit ini ya...

Apa apa pun saya memang hormat dan bangga dengan kebolehan readers ibu ibu yang berkerjaya kerana berjaya melakukan 2 kerja dengan jaya...anak anak cemerlang dan kerjaya juga meningkat dan mendapat pengiktirafan...Alhamdulillah..dan tahniah kepada semua ya...

Saya rasa amat berbangga dapat mengenali dan bersahabat dengan anda semua walaupun kita hanya mengenali sesama sendiri cuma di alam maya je...InsyaAllah ada ketika nya nanti kita akan bersua...doa doakan lah ya..:)
baca lah coretan saya bersama Ain Khadeeja..anak saudara bongsu kami
***********************************************************
Ingat lagi saya ada mention dulu tentang anak saudara saya...anak adik lelaki saya yang nickname nya Pon...kan Ain Khadeeja di sahkan ada jantung berlubang dan beberapa complication yang lain...dia di jadualkan untuk menjalani beberapa siri ujian untuk memastikan dengan betul di mana lagi kecederaan jantung dia kan....pada 29hb lalu..hari selasa lalu...

Saya sampai dah lewat..hajat hati nak tolong jagakan Ain sementara makabah dia ke Unit Taksir kan...hemm elok sampai je dapat sms dari pon kata dah daftar dan cuma kena 1000K je untuk kos rawatan...Alhamdulillah..kalau tak kena 7K ...parah juga kan..dah kena hujung tahun macam ni..mana nak siapkan persiapan anak anak nak ke sekolah lagi ..dia orang ada 3 orang anak yang bersekolah...dapat diskaun 6K kira memang ditunggu diaorang lah..


Kat sini lah kena di interview tentang gaji dan tanggungan masing masing sebelum anak dapat didaftar dan menjalani rawatan...selalunya diaorang amat membantu dan memahami..

Lalu juga depan pintu ni....dari hari mula mula sampai saya nak ambik gambar pintu ni....hehe pon lalu buat donno je..dia patut masuk klinik ni....:)

Rupa nya kami tak dibernarkan masuk sebab saya bawak kanak kanak bawah 12 tahun dalam gambar ni..kalau nak masuk kena tunggu pukul 6.30 masa ain masuk wad baru pukul 2.30.....so kami tunggu kat bawah dan posing2 sikit....suhailah memang minat kraf tu pasal dia nak bergambar kat sini di bawah design yang cantik ni...mangkuk plastik yang beraneka warna menarik minat si itam manis ni....

Haaa ini lah Ain Khadeeja Shaiful Azli.....nyenyak je tidur.....dah montel sikit dah mungkin sebab dah sihat dari denggi hari tu..


Ini pulak mak abah dia....tengok lah diaorang ni...umur masing masin belum lagi 40 thn tapi anak dah 6...hehe tak tau lah macam mana diaorang jaga..dua dua kerja....kalau saya memang surrender laaa

terpaksa lah kena tunggu adik saya turun dari wad baru boleh balik tapi sebelum tu ingat nak pi makan kat kafetaria yang tak sedap tu dulu..perut dah lapar terpaksa makan...tak larat nak drive balik jalan tun razak masa tu jem padat...sebab Perhimpunan Umno berlangsung kan
Saya ingat nak balik dan datang semula dalam pukul 6.30 nanti dengan husband sekali...

Bagus juga kat sini ada beberapa buah kerusi mengurut...singgit untuk 30min...saya tak sempat cuba...teringin tu ada...nanti nanti la


Di sediakan juga khidmat Wi Fi...budak ni apa lagi...update FB lah...aiii mama punya FB pun dah lama terkubur tak ber update ni budak ni sakan pulak mengupdate...amboi2...

Di pendekkan cerita .....Ain kena balik ke rumah hari tu...rawatan tak dapat di teruskan sebab....Ain kena Chicken Pox...jangkit dari abang dan kakak dia yang tengah rancak penuh satu badan dengan bintat bintat berair....* lawak pulak....

So doktor bagi tempoh 2 minggu dan datang semula....Harap harap masa tu Ain dah sihat dan dapat teruskan rawatan...tunggu lama lama pun tak elok untuk tumbesaran dia...hemm kesian tengok....bibir dan kuku sentiasa biru je...tanda tak cukup oksigen..tolong doakan kesihatan Ain bertambah baik ya....

Apa apa pun terima kasih kerana singgha...jumpa lagi

2 comments:

che mid said...

Che Mid doakan semoga ibu bapa ain kuat dan sabar menempuh ujianNya. Pahala berterusan selagi tidak diungkit.. tersentuh hati Che Mid sebab nama baby tu lebih kurang macam nama baby Che Mid.. Faiqah Khadeeja..kirim salam Assalamualaikum kat papa dan mamanya ya..

saniah said...

KAK MID...InsyaAllah kak..besar dugaan dia orang kan?sama2 lah kita mendoakan k..terima kasih kak :)