Saturday, August 6, 2011

tidur la lagi...

hari ni nak cerita pendek je..cerita berbuka petang semalam.
Masa tu dah pukul 6 lebih...saya nampak si hakim duk tengok tv dengan adik adik dia..masa dah dekat pukul 7 saya dah tak nampak dia..ingat kan dia pergi bilik air ke apa kan

Dah dekat 7.25 gitu kami pun sibuk la tuang air dan letak piring/pinggan nak berbuka ni..mana si hakim? abahnya bertanya...kat bilik la tu..tak kan dia tak tahu dah pukul berapa ni kan...

Duk kejap tu azan pun berbunyi...rumah saya ni memang dekat dengan masjid jadi memang boleh dengar azan dengan jelas lah..melainkan orang tu pekak je yang tak boleh dengar..
So dah azan tu kami pun berbuka lah kan...si bujang kat atas tu masih jugak tak turun turun...tak kan dia tak dengar orang azan..?? geram dah saya ni...tak kan nak berjemput plak kan? orang lain pun nak berbuka juga...siapa plak nak memanjat tangga ketuk bilik dia...haihhh mengada budak ni..

dia tidur kot..abah dia kata...hah biarkan dia..i nak tengok sampai pukul berapa dia nak tidur..padahal hari ni dia bukan buat apa pun..lepak je sejak lepas jumaat tadi..mama dah geram ni..takde tanggungjawab betul budak ni...kalau ye pun kontrol la sikit dah tahu jam dah pukul 7 yang pergi layan mata tu buat apa..?

Hahhh...memang betul..dekat pukul 8 baru turun..ehh dah buka ke?...emm mama malas nak jawap...ikut suka awaklah labu...

Macam tu ke semua budak budak lelaki yang sedang meningkat dewasa ni? aaduhaii...cabaran betul..bab lain dia baik cuma bab tidur ni je yang mama sangat sangat hilang sabar ...kegemaran dia memang zzzzzz....aduhai aduhaiii....bila la anak mama ni nak dewasa??? Ya Allah..berilah daku kesabaran menghadapi kerenah si hakim ni..amin

itu je..apa apa pun terima kasih kerana singgah...

2 comments:

Dinas Aldi said...

geram sangat dah la mama tu sampai tak pi kejut anak bangun berbuka, hehehe..

mungkin masa zaman remaja ja kot dia camtu, dah dewasa nanti insyaallah ok!

saniah said...

cikgu..iye memang geram..kalau bangun sahur/soq takpa la kita p duk kejut ni duk elok2 jaga p tidur plak dia..
Tu la cikgu..harap harap besar esok2 dia berubah jd lebih bertanggungjawab..amin