Wednesday, August 17, 2011

dia kecundang

Tepat tepat 15hb Ramadhan..adik kecundang. Mula nya saya ingat sebab pergi shopping isnin petang tu kot..dia memang tak boleh ke tempat yang sesak dengan orang ramai..pernah bawa dia ke Jalan Masjid India dulu..terus demam dan muntah muntah..padahal bulan puasa dan dia pun berpuasa masa tu..

Kali ni balik dari berbuka puasa isnin tu dia duk cakap sejuk2..ingat apa la kan..pegang badan dah garing..terus bagi makan paracetamol dan selasa semalam tak ke sekolah demam...satu hari asyik tidur je..kesian saya tengok..ya lah suhailah ni nama je umur dah 11 tahun tapi berat badan baru 22kg...tinggi pun tak...malah daripada kat tadika sampailah bersekolah sekarang dia lah pelajar paling kecik dalam kelas..kalau beratur memang asyik kat depan je lah..hehehe *mama buat lawak pulak

So malam tadi bawak dia ke klinik..tukar paracetamol yang lain..balik rumah terus bagi makan dan dia tidur..tengah malam semalam saya check temperature dah turun..lega!

Inilah budak yang tak berapa suka minum air...nak suruh dia tambah air minum masa berbuka susah betul..hah jadi macam ni..lepas ni serik la kot..

Hari ni cuti so dia lepak kat rumah..dah sihat sikit mula lah capai laptop mama nak main SIM kat facebook..haii adik..




Hari ni dia kata esok nak puasa...malam tadi doktor dah warning..kalau demam tak turun jangan puasa tau...hehe takut tak dapat raya kot tu yang dia nak berpuasa jugak tu..macam macam dia ni


So terima kasih kerana singgah..

2 comments:

Dinas Aldi said...

Kesian dia..semoga keadaan dia bertambah baik lepas ni. Kuat semangat dia nak puasa walaupun baru baik demam ya..

saniah said...

cikgu..iya cikgu..memang kuat semangat nak puasa tp pagi tadi sahur sikit sangat makan..ratah ayam goreng je..hemm tengoklah balik sekolah tengahari ni..kalau nampak letih sangat saya akan suruh dia berbuka je lah kan..thanks cikgu atas doa ya