Tuesday, August 16, 2011

mama..hakim nak...

Hemmm...mula mula ingat apa la si hakim ni nak kan...pastu dia kata nak jadi pilot..ni bukan baru baru ni..ni suara hati dia yang di ulang suara..dah banyak kali dia duk cakap..saya buat dunno je..

Pastu awal bulan lepas keluar iklan kat surat khabar dia buat la ulang suara lagi kan...tu si abah dia pun sokong bawak dia pergi dengar taklimat dan minggu lepas dia dapat surat untuk daftar kemasukkan september ni.. aduhaii..

Saya tak berapa suka..tapi dia kata nak tengok tempat orang..entah apa dia pikir..mungkin kah dia nak kerja kat negara orang bila tamat latihan?? haii anak bujang ku nak merantau pulak..dah keinginan dia nak join akademi laut hari tu di halang oleh abah dia...hehe nasib baik jugak abah dia pun tak sokong...ya lahh life kat atas kapal tu lain dari life kat darat ni...macam macam orang macam macam agama

Saya cuba pujuk...hakim masuk Navy la..boleh jugak tengok tempat orang apa..ambik diploma dulu then join navy...lagi pulak hakim pandai berenang...apa apa hal hakim terjun ke laut boleh selamat...kalau kat atas langit tu..mama rasa tipislah nak selamat....ha ha ha ada ke patut saya ni?? tapi itula yang saya duk cakap kat dia..

Betul betul buat saya risau....entahlah saya kurang risau dia join akademi laut tapi yang ni keinginan yang satu ni saya amat risau...bulan lepas abah dia baca dalam surat khabar...pelajar Malaysia yang ambik kursus penerbangan kat Philipina tu meninggal..kapalterbang yang dia pandu dengan bantuan instructor jatuh...adui...kebetulan pulak sepupu hakim pun ambik kelas yang sama dengan pelatih tersebut....risau risau...harap harap zikry selamat...

Yelaaa..ajal di tangan Allah..cuma sebagai ibu saya nak dia selamat..semua ibu ibu begitu kan...ini keputusan yang besar dan berisiko tinggi...keselamatan tak begitu terjamin...

Tapi kehendak dan cita cita anak..bagaimana ya? Sedangkan Tok dia di kampung ok je..selalunyaa tok dia yang terlebih risau pasal cucu lelaki sulung dia ni...kali ni mama yang kalah...
Saya rasa saya kena belajar untuk melepaskan dengan redha...hemm...segala galanya Allah yang tentukan dan Dia Maha Mengetahui....saya kena kuat semangat...dan redha..redha..perkataan yang dalam makna nya..

Terima kasih kerana singgah

4 comments:

Sizuka said...

InsyaAllah k.siti. all will be well :)

azieazah said...

Salam SANIAH...

anak-anak zaman sekarang keberanian mereka sering kita tidak duga. Keberanian itu kerana hasrat dan azam mereka yang menggunung.

Sebagai ibu, I faham perasaan U, SANIAH. Tentulah risau, kan? Jika I pun, mungkin lebih lagi risau agaknya.

tapi tetaplah kita kena belajar untuk redha kan? Semoga doa yang diiring akan terus memberkati kehidupan anak-anak.

Ramadhan: Nuzul Quran “bacalah...”

Dinas Aldi said...

Doa ibu & ayah untuk keselamatannya akan sentiasa bersama Hakim, kan. Itu belum masuk doa kaum keluarga yg lain. Insyaallah, kita doakan yg terbaik. Dengan memilih jalan yg dia minati, dapatlah dia menjalankan tugas dengan penuh ikhlas & dedikasi nanti.

saniah said...

shidah...tu la ..harap2 ok kot..dia dah minat sgt tak bagi kang kesian plak..thanks shidah..:)

Azie...memang iya i pun terkejut dia berani mcm ni..thanks azie..doakan yg terbaik utk hakim ya..

Dina/cikgu...betul jugak tu kan..klau buat kerja yg kita tak minat dah jadi tak ikhlas dan asyik pulak duk salahkan parents nanti..
takpe lah biarkan je dia asalkan dia pandai manfaat kan peluang yg diberi..thanks cikgu..sama sama doakan utk hakim ya