Monday, August 22, 2011

bantulah yang dekat dahulu..

Alhamdulillah ...seperti biasa di lihat dalam bulan Ramadhan lah banyak betul aktiviti bersedekah di jalankan..syukur kerana masih ada syarikat syarikat besar turun padang membantu yang kurang berkemampuan untuk sama merasakan dan meraikan kedatangan Syawal..terutama nya pertolongan kepada anak anak yatim dan keluarga yang telah kehilangan tempat bergantung.

Ini hari mereka..hari kita belum tentu bagaimana..mungkin tahun ini kita dapat menyambut aidil fitri dengan riang namun tahun hadapan...cuma berdoa agar kehidupan tetap dilindungi oleh Nya setiap masa.

Disamping tu bagi diri kita sendiri yang bukan nya pemilik syarikat2 besar begini..jengok jengok lah sedara kerabat sendiri di kampung atau disekeliling kita. Perlukah di bantu? kadang kadang adik beradik sendiri pun malu nak mengadu pada kita atas kekurangan mereka..yaalah ego tinggi jugak..tapi kesian ada anak sedara yang tak ada baju baru untuk berhari raya lantaran 'bisness abah' kurang menyengat tahun ini...atau mungkin kerana abah baru dibuang kerja kerja awal bulan lalu...sedih kan.

Anak anak kita sibuk bercerita dengan sepupu tentang baju baru sedangkan si sepupu hanya memendam rasa sebab abah dan mama belum belikan apa apa pun lagi pada dia...malah ada kedengaran pujukan dari mama malam tadi agar di pakai dulu baju tahun lepas...budak budak pun ada perasaan..dan perasaan sedih yang dipendam lagi memilukan kita.

Jadi marilah kita jadi prihatin pada sedara sendiri dahulu sebelum kita panjangkan prihatin kita pada orang luar...hari raya adalah hari yang kedatangan nya disambut bersama adik beradik berkumpul sanak saudara...bagaimana nak sambut bersama adik beradik kalau salah seorang dari kita dalam kesempitan? bantulah mereka....
p/s satu ingatan untuk diri sendiri jugak.....

terima kasih kerana singgah

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Betul Saniah, baik bantu mereka yg dekat sebab rasanya kita pun rasa gembira bila dapat membantu. Kakak tak kisah walau dia bangsa asing (org Indon) tapi sebab rumahnya hampir dgn kakak so, priority kakak pada mereka. Kesian melihat anak-anak yg tidak mengerti...

Samalah perumpamaan andai yg susah masih keluarga sendiri kan...

saniah said...

iya kakza..tadi saya duk teringat lagu indah.."tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.." ..habuan masing2 kan kak..kita bantu org susah sekarang InsyaAllah time kita susah esok akan ada yang menolong..Allah membalas perbuatan baik dengan kebaikkan jua..:)

Dr. Bentara said...

kerabat dulu?

saniah said...

dr.ben..salam..hemm mungkin typo error kot..lain nk dimaksudkan lain ditaipkan..kaum kerabat dan sedara mara..itu maksud saya...maaf atas kesilapan...
maksud saya disini..kita dahulukan dengan membantu kaum kerabat dan saudara mara kita dahulu sebelum dipanjangkan pada orang luar..saya ni kurang pandai menulis..dan kalut sikit..maaf