Tuesday, August 23, 2011

ALHAMDULILLAH...syukur

Seperti mana tajuk..
Banyak pekara berlaku dalam hidup saya tahun ini yang memerlukan saya menggandakan rasa syukur saya ke hadrat Illahi selain rasa syukur saya kerana berjaya melalui ujian Ramadhan setakat ini. Alhamdulillah tahun ini saya tidak kehilangan suara..walaupun ada dua tiga kali di serang sakit kepala..(saya bukak puasa kerana tak tahan dan telah muntah2..) selalunya kerana terlalu panas dan kurang air saya akan bersuara itik buat beberapa hari..:)

Tahun ini..kedatangan Ramadhan kami sambut di rumah baru..bukan rumah banglo atau semi-D..cuma rumah teres 2 tingkat yang serba biasa2 sahaja tapi yang penting rumah sendiri setelah 6 tahun lebih menyewa. ALHAMDULILLAH...

Kedatangan Ramadhan tahun ini walaupun pada Ramadhan tahun lalu hakim tidak dapat berbuka dan bersahur bersama lantaran dia berada di kolej matrik namun ada kelainan nya bagi saya kerana tahun ini pembantu saya tak ada bersama...zulaikha lah maksud saya..selalunya dia yang membantu saya menyiapkan makanan untuk berbuka dan tika bersahur dia juga menemankan saya menyediakan makanan untuk bersahur...kali ni memang terasa bila dia kini berada di tempat lain..sunyi sangat..ya setiap anak memang ada kelainan meraka masing masing..namun saya bersyukur zulaikha dapat melanjutkan pelajaran dan dapat mengikuti kursus yang dia minat...ALHAMDULILLAH syukur saya panjatkan pada Allah kerana memberi peluang ini pada nya.

Dan baru pagi tadi saya mendapat tahu yang hakim juga akan melanjutkan pelajaran ...hemm bukan dengan kolej penerbangan tapi di universiti tempatan...leganya saya..dia juga akan mengikuti program diploma macam adiknya..biarpun lewat setahun dari kawan kawan nya yang dah berada diuniversiti namun berita ini amat menggembirakan kami sekeluarga...perkataan yang pertama keluar dari mulut saya sudah semestinya ALHAMDULILLAH..

Jika dilihat pada perjalanan hidup hakim yang dari awal lagi agak mencabar dan berliku..saya harap sangat agar dia tabah dan sabar dengan dugaan untuk dia...perjalanan masih panjang untuk dia...saya juga berharap dia dapat menggunakan peluang kali ini dengan lebih baik dan tidak mensia siakan nya seperti dulu...InsyaAllah

Walaupun bagi orang lain hanya lah sikit begini pencapaian saya namun bagi saya amat besar dan amat bermakna..perjalanan hidup kita berbeza beza kan...saya hayati segala pemberian Allah dengan penuh rasa syukur dan merendah diri atas kekuasaan Nya yang memberi..

Sekadar berkongsi perasaan gembira saya dan terima kasih atas sokongan kawan kawan semasa saya risau dengan keadaan hakim dahulu..terima kasih banyak banyak....terima kasih atas doa kalian...anda tahu siapa anda yang saya maksud kan ya

Apa apa pun terima kasih kerana singgah..

4 comments:

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah dah ada rumah sendiri!

Setiap manusia punya perjalanan hidup yg tersendiri. Ada yg jalannya lurus, ada yg jalannya berliku. Setiap satu pasti ada hikmahnya.

azieazah said...

SANIAH,
tahniah atas beberapa kejayaan peribadi keluarga itu, juga kejayaan anak-anak. Soal lewat masuk uni, tu soal kecik sangat. Anak saya yg no 2 tu pun, lewat satu semester berbanding rakan sebaya. Tapi dia begitu bertekad nak buat perkara yang dia suka dan minat. InsyaAllah, Hakim akan dapat kejayaan juga. Nanti pasti dia akan dapat pointer yang cemerlang insyaAllah...

Kakzakie Purvit said...

Begitulah Saniah bila anak-anak berjaya apa yg kita mampu selain bersyukur atas rahmat Allah. Moga terus berjaya...

saniah said...

Cikgu..bersyukur kita atas pemberian Nya ..dan bersabar atas ujian Nya..betul kan cikgu..terima kasih cikgu atas perhatian yang diberi..really appreciate it..selamat hari raya


Azie..kata kata azie lah yang saya ingat bila hati risau memikirkan nasib hakim..harap hakim sabar dan kuat berusaha di sana nanti..terima kasih banyak banyak atas perhatian dan sokongan...selamat hari raya

Kakza..memang betul kan..impian dan doa para ibu sama je..semua nak anak anak berjaya dalam hidup dunia dan akhirat..InsyaAllah moga anak anak kita semua berjaya ya..terima kasih kakza...selamat hari raya..