Sunday, July 17, 2011

anak oh anak

Bukan nak meraih simpati dan harapan saya agar tidak ada yang judge saya ya..saje nak share cerita..

Anak sulung saya..satu satu nya anak lelaki saya dah la tu dialah cucu sulung lelaki tok tokwan yang mana cuma ada 3 orang je cucu lelaki hahah...kekurangan kaum lelaki kami ni..

merapu pulak saya..ni share sebenarnya tentang si hakim ni..nama panjang Luqmanulhakim...cikgu cikgu dan kawan kawan panggil dia Luqman kami sedara mara panggil dia Hakim. Nasib tak ada yang panggil dia Nul...kacauuu...Umur Hakim dah 19 tahun dah..


Hari Jumaat lalu semua tahu lah kan keputusan kemasukkan ke UPU di siarkan online di web kementerian tinggi pelajaran...kami juga excited juga walaupun dalam diam saya dah menjangka keputusan dia ni. Mana tak nya keputusan Matrikulasi dia dah dapat membayangkan samada dia dapat tempat ke tidak.


Sebaik saya duduk di sebelah dia...baru dia bagitahu.."hakim tak dapat la mama...mana mana pun tak dapat" hemm....nak kata apa ye? dengan result dia kat matrik tu saya dah agak dah..dan telah ada 2 universiti yang menolak permohonan dia sebelum ini jadi berita ini tak lah mengemparkan sangat..dah di jangka tetapi saya tetap mengharap...mana lah tahu kot kot ada rezeki dia kan..tapi nampak gaya memang dah di takdirkan dia tak berjaya mendapat tempat.


Dulu setiap kali jumpa di kolej atau setiap kali dia balik bercuti saya kerap ulang tayang apa yang telah saya katakan pada dia sejak mendapat result semester pertama di kolej matrikulasi dulu...."hakim kena study hard..result macam ni tak cukup untuk naik kan cgpa ujung sem ke2 nanti.." tapi dia macam tu jugak...saya tak dapat nak tolong lagi dah...nasihat dah diberi...doa tak putus putus...tapi iyalah remaja lelaki ni...dia termasuk dalam yang lambat matang...


Dan sekarang bila tengok muka dia saya terima ja lah takdir ke atas diri dia...menunjukkan memang dia tak layak untuk masuk universiti...dia kena perbaikki sikap dia dulu....agaknya hidup ini dia anggap terlalu mudah kot...tapi harap harap selepas kegagalan kali ni dia sedar yang setiap kerja yang dia buat perlukan usaha yang gigih untuk mendapatkan kejayaan...there's no easy way to success


Bising bising pun tak guna sebab yang buat kerja nya dia...kalau kita bising pun dia tak buat apa apa pun tak guna jugak kan...buat naik darah je silap haribulan kena stroke


Namun apa apa pun kami belum berputus asa dengan hakim...kami masih lagi mencari jalan untuk menghantar dia belajar di kolej2 di sekitar sini...harap ada lah yang dapat menerima dia sebagai pelajar...biar dia bermula dari bawah..buat sijil dulu pun tak apa asalkan ada kemahuan untuk belajar...dah tanggungjawab kami sebagai ibubapa...hanya ilmu sahaja harta yang dapat kami tinggalkan pada anak anak sebab kami bukan lah jutawan jauh sekali hartawan yang ada harta wang ringgit untuk di tinggalkan dalam akaun anak anak.


hemm...itu aje yang nak dikongsi bersama..harap tidak bosan


dan terimakasih kerana singgah..:)

5 comments:

Sizuka said...

k.siti,

insyaAllah hakim akan dapat a good place untuk dia belajar. dont worry too much about it. masuk uni is just a stepping stone. even kat US sekarang, big companies bagi scholarship utk budak2 pandai tak masuk college. :)

btw, mcm mana cite harry potter? ok tak?

saniah said...

shidah...thanks i pun harap dia dpt masuk institut kemahiran kot2 bidang tu sesuai dgn dia..
oo harry potter...i tak enjoy sgt..kot pasal duk ingat kat ayah kot..then lagi satu mgkn sbb ni last siries so lps ni dh tkde harry potter lg dah..excitement dh hilang..hehe sedih sedih

Dinas Aldi said...

lain orang, lain jalan hidupnya. ada yg lurus ke kaki langit, ada yang bersimpang2 tak nampak apa yg ada di depan.

ada org yg sedar dari mula, ada yg sedar setelah melalui pelbagai pengalaman. gitulah.

keluarga akan sentiasa bagi sokongan, kan. semoga Luqmanulhakim akan nampak keikhlasan hati ibu bapa & keluarganya dalam memastikan dia menemui jalan kehidupan yg baik untuk dirinya, insyaallah!

azieazah said...

SANIAH,
saya suka nak berkongsi pula kisah saya dan anak dara saya yg seusia dgn Hakim tuh.

Bezanya anak saya perempuan. Dia sangat minat bina seni reka (interior design = ID).

SPM dia boleh tahan, 6A dgn terbaik sekali English A+, tapi dia apply TESL pun tak dapat.

Akaun tak lepas, ID langsung tak nampak bayang, Law pun tak sangkut. Saya menangis dia lagi lah. Di mana silap?

2nd try. U know what? Pun tak sangkut. Saya panjat tangga UM pulak hantar surat rayuan. Pun tak da rezeki.

Rayuan pula. 1st time apply rayuan pun tak dapat.

Masa tu? U rasa apa?

2nd rayuan baru sangkut interview ID.

Perkara itu berlarutan setahun. Setahun jugak lah dia duduk rumah sedangkan kawan2 seusia dah habis 2 semester.

Moral? Rezeki kita mungkin lewat tapi tetap ada. Bersabar. Bersabar.

I belajar banyak perkara dari pengalaman ini.

Itu jer nak kongsi. Sori terpanjang komen kali ini.

Sebal: Bahasa Indahnya ialah Kesal...!

saniah said...

cikgu..terima kasih..itu lah yang saya pegang..rezeki Allah tetentukan..kita brsabar dan berusaha dan berdoa..mungkin jln nya bengkok sementara nk sampai ke ujung langit..saya doa dan doa..terima kasih cikgu


Azie...saya amat menghargai..terima kasih ya...saya memang terpukul..sedih dgn perjalanan hakim..banyak yg saya kesal kan termasuk bbrp keputusan yg sy buat slps pmr dia dulu..kalau lahh..hishh tak guna menyesal saya rasa sesuatu kesilapan adalah pengajaran yg amat berguna

agar saya tidak mengulangi kesilapan pada anak2 yg lain...terima kasih sahabat