Wednesday, July 20, 2011

cerita di kampung

Sebelum memanjang cerita di kampung saya ingin menyampaikan rasa terima kasih dan syukur ikhlas dari hati pada kawan kawan yang memberikan kata2 semangat dan dorongan untuk saya menghadapi ujian hidup...saya amat menghargai sokongan yang diberikan ya..

Dah masuk hari ke3 saya di sini..keadaan ayah kalau dibandingkan dengan kunjungan saya awal bulan lepas memang menyedihkan. Kalau awal bulan lalu dia masih dapat ber jemaah ke masjid di sebelah rumah tapi sekarang sembahyang pun atas kerusi itu pun terhoyong hayang....malah masa nak ke bilik air nak ambik air sembahyang pun kena pegang dinding dan kerusi bagi membantu dia tegak..jadi setiap kali nak ke bilik air perlu di papah risau dia terjatuh...lemah betul keadaan ayah sekarang

Agaknya ayah masih merasakan diri dia kuat sebab tu lah dia masih bergagah nak sembahyang duduk...sedangkan kalau tengok keadaan dia yang sering pening dan lemah tu boleh rasa nya kalau dia sembahyang berbaring...biasalah orang lelaki..masih duk rasa dia kuat

Sekarang ayah berbekal kan morphine solution untuk menahan sakit...setiap 4 jam dan kadang kadang belum cukup 4 jam ayah perlukan ubat tu lagi...bekalan yang diberi sebotol tahan untuk 2 hari...dan doktor dah berpesan mungkin ubat tu tak cukup untuk 2 hari...memandangkan tahap kesakitan ayah yang dah sampai ke tahap maksima..dan di sarankan untuk menambah dos daripada 10ml kepada 15ml sekali makan...jadi sebotol memang tak cukup untuk 2 hari (sebtol 12oml )

Kesian melihatkan keadaan ayah...setiap masa badan dia panas garing..mungkin kesan morphine tersebut....kami bergilir membasahkan tuala dan diletak ke atas badan ayah...Alhamdulilllah ayah amat sabar dengan dugaan keatas dia...tak terdengar dia mengeluh atau marah marah

Awal pagi tadi saya turut bangun masa tu dalam pukul 1.30pagi ingat nak kejuttkan mak untuk ingatkan waktu makan ubat....rupanya ayah dah bangun awal sikit kerana dah rasa sakit lagi dan dah makan ubat dah pun...saya liha adik lelaki saya nizam sedang berbaring di sofa ikut meneman kan mak....agaknya balik dari menoreh tadi dia terus tidur di situ. agaknya beginilah rutin mereka setiap hari...

Setiap hari ada kawan kawan dan jiran datang menjengok dan bertanya khabar...selain dari prihatin pada ayah yang sakit...kunjungan tu dapat juga menghiburkan mak...tak de lah mak kesunyian dan rasa keseorangan ketika menjaga ayah....saya faham mak sentiasa risau dan sedih tengok keadaan suami nya....ada kawan kawan yang datang tu dapat juga dia meluahkan rasa hati dia pada kawan kawan semasa anak anak tak ada ni.

Cuma kadang kadang tu ada juga yang datang tu tak berilmu sikit ...ya lah bila datang nak menziarah orang sakit ni...jangan lah asyik bercerita sakan...suara pun jangan la kuat sangat hingga menganggu orang sakit yang nak tidur....aduhaii.....kita sebagai tuan rumah tak kan nak menegur pulak kan...kena la faham faham sendiri kan

Gitu lah cerita saya di sini...esok khamis saya dah nak berangkat pulang ke KL...suhailah dah 2 hari demam (menurut dia lahhh.....) dia call mengatakan dia deman...dan hari ni tak ke sekolah...dah saya pesankan pada zulaikha agar memberi adik nya ubat demam dan tambah dos vitamin C dia....moga tak melarat..InsyaAllah...

Apa apa pun terima kasih kerana singgah

2 comments:

azieazah said...

Salam SANIAH...
Pada saya betapa beruntung pula anak-anak yang berkesempatan menjaga ibu bapa yang sedang sakit. Berbanding ramai orang tidak dapat peluang sebegitu. Kerana menjaga orang sakit, sangatlah mencabar dan menguji sabar..

Semoga segalanya baik baik sahaja. Yang sakit akan segera pulih, yang lemah akan bertambah kuat. Dan yang memantau, setiasa diteguhkan kesabarannya.

saniah said...

azie..saya kira saya tak beruntung jugak sebab tinggal berjauhan dan cuma balik sesekali..memang terasa rugi tapi dah begini kita ditakdirkan mencari rezki di rantau..walau berat kena redha kan..
saya cuma berharap ada daya dan dimurahkan rezki membolehkan saya berulang kekmpg sekerap yg boleh..