Friday, June 24, 2011

saya nak berpindah

Aduhaii...sebut perkataan pindah tu je dah buat dada sesak..progress saya amat slow..baru ada 4 buah kotak yang berjaya saya kumpulkan. Barang2 MasyaAllah...jangan cerita lah kan..baju baru baju lama...buku buku setiap hari minggu ada ja yang dibimbit bawak balik dah jadi kebiasaan bila keluar mesti jengah ke Borders...MPH...Popular dsbgnya

Dah dapat kotak lupa pulak nak beli tali rafia sekali..emm tak jadi kerja jugak kan macamana nak ikat buku buku ni? haiii kerja kalau tak ada perancangan jadi macam ni lah..aduhaii


Nak berpindah lagi 3 minggu..apa satu pun saya belum kutip dan masukkan dalam kotak. Saya menjengok ke dalam stor di bawah tangga...aduhaii...pitam rasanya. Barang barang yang ada dalam tu bukan nya barang barang baru dan ada pulak tu yang tak boleh di pakai dah pun tapi di simpan jugak sebab perangai mr.H yang selalunya akan cakap "boleh pakai lagi tuu.." bila saya tanya nak ke tak nak ?


Okay lah daripada saya membebel begini baiklah saya mulakan kerja mengemas dan ....membuang (harap mr.H tak perasan ada barang barang yang hilang...)


apa apa pun terima kasih kerana singgah...

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Belum pindah penat mengemas barang yg nak di bawa ke rumah baru. Bila pindah kelak nak mengemas rumah baru lagilah rasa haru....

saniah said...

kak za..iyee..memang penat kan?emm...tu blum pikir panas hati ada brg rosak akibat kecuaian org yg mengangkatnya aduhaii..penat penat