Wednesday, June 29, 2011

kasih hingga ke hujung nyawa...



Saya tak pernah teringin nak sambut valentine..Alhamdulillah..saya tidak di lahirkan dengan mempunyai perasaan ingin membuat sesuatu yang gila gila bagi menunjukkan cinta kepada seseorang...hehe yang pasti saya mahu di cintai dan saya menyintai teman hidup saya sepenuh hati dan sepenuh hati juga saya setia pada dia..


Tapi cinta saya pada teman hidup bukan lah yang teragung...dia hanyalah berada di tempat kedua selepas Yang maha besar...tempat kedua itu juga di kongsi bersama anak2 dan ibubapa saya sendiri....mudah amat definasi cinta bagi saya. Cintai Allah dan cinta kedua saya dimiliki oleh berderet manusia2 lain yg ujud dalam hidup saya...tiada no 3 atau no 4...mudah kan?


Opps saya merapu lagi...


Awal pagi tadi saya mendapat panggilan dari kawan baik saya yang mana anak nya juga kawan baik anak saya. Lantaran tidak mendengar panggilan tersebut saya mendail nya semula dan bersyukur kerana melakukan nya.


Sebaik panggilan dijawap saya mendengar esakkan...za kawan saya menyatakan bahawa bapa mentua nya baru meninggal dunia pagi tadi...Innalillahiwainnailaihirojiun....


Bapa mertua za baru sahaja kehilangan isteri tercinta (meninggal dunia) lebih kurang 3bulan lalu..za ada menceritakan pada saya yang dia berulang alik ke melaka setiap minggu bergilir dengan adik beradik suami yg lain menjaga ibu mertua kerana ibu mertua dia tidak sihat dan kemudian tak lama sampai berita kepada saya bahawa beliau telah pulang ke rahmatullah...


Sejak kehilangan isteri nya ..arwah ( bapa mertua za ) tinggal dengan anak perempuan nya di Cheras kerana tiada sesiapa menjaga beliau di kampung..ketiadaan jiran jiran dan juga saudara terdekat yg tinggal berdekatan membuatkan anak anak sepakat mahu dia tinggal bersama anak itu. Saya diberitahu bahawa kesihatan kedua dua nya sememang nya merosot sudah agak lama...cuma ajal si isteri yang terlebih dahulu sampai meninggalkan suami keseorangan..


Semalam saya ada berbual dengan za...yang mengatakan bahawa hari ini bapa mertua nya perlu menjalani rawatan di IJN ...namun pagi ini Allah terlebih dahulu menjemput nya...Penciptanya lebih sayang kan beliau...dijemput pergi bagi menghentikan kerinduan yang tak tertanggung selama ini


Saya menjadi sayu bila semalam za bercerita yang bapa mertua nya sering dalam kerinduan dan kesedihan...rindukan arwah isteri tercinta..dan itu yang juga penyumbang kepada kesihatan yang sudah sememangnya merosot menjadi bertambah teruk sejak kebelakangan ini.


Alangkah besar nya kecintaan dia pada isteri tersebut. Lantaran tidak dapat menanggung rindu kerana sepanjang usia perkahwinan mereka selama ini tidak pernah mereka berdua berpisah...manis nya hubungan itu.


Bertuah rasa nya di cintai dan sentiasa dirindui hingga rasa cinta itu di bawa hingga ke hujung nyawa...


Emm saya terfikir...adakah saya juga akan dirindui sebegitu apabila telah tiada nanti? Namun saya harap saya kuat dan tabah seandai nya teman hidup terlebih dahulu di jemput oleh Allah ...tak mahu seumur hidup melayan rasa rindu dan sedih kerana saya juga mempunyai orang2 lain yang perlu di jaga dan dilindungi...tapi segala gala nya di tangan Allah...kita yang belum pernah melalui detik kehilangan ini hanya boleh bercakap..mana tahu bila tiba masa nya kita juga kalah seperti arwah pak cik tadi...yaaa seperti saya kata tadi..moga saya kuat dan tabah menghadapi detik perpisahan. Ajal, jodoh dan rezeki semuanya rahsia Allah...kita tidak tahu bila dan bagaimana semua itu berlaku...redha menerima pabila masa nya sampai...InsyaAllah..


Apa apa pun terima kasih kerana singgah..:)

2 comments:

Lydia Miza said...

salam akak saniah..
sedihnya bila pasangan pergi dulu kan ? nenek saya dah pergi smgu yg lalu . selama ni nenek yg jg atuk strok,atok tak blh gerak sendiri ke tandas perlu bantuan utk ke kerusi roda.tp sejak nenek meninggal mgu lepas , atuk berak darah dah 2 hari , dan ...atuk takmo mkn .kami pun risau dgn keadaan atuk.

akak..terima kasih atas komen akak td.adik mmg dah sarat kak.tp adik perlu kuat,sbb hubby lg sebulan br blk dr qatar.air ketuban mcm bocor...mungkin sama cam kes2 kandungan yg lalu.doakan adik ye kak...tadi scan air ketuban tak kurang...msh byk .

saniah said...

dik..kesian dengar cerita atok tu..he must really miss ur grandma kan..doa akak untuk both of u..moga atok sihat dan miza kuat semangat..husband jauh miza kena lbih hati2 ya..jg diri baik2 coz u pun kena jg anak2 yg lain kan..:)jgnla trjd perkara buruk pd mu dik..InsyaAllah moga miza sentiasa dlm lindungan Nya..