Tuesday, May 31, 2011

gelagat anak-anak...

Anak-anak dah besar...dah boleh jadi escort dan yg penting tu boleh di harap kalau nk oder apa2 kat kedai...aku cuma tunggu je dalam kereta...cuma kadang2 tu kena la upah.


Ni gambar ni aku dapat ambik curi curi tapak kaki hakim...aduhaii masa ni dia memang la tak boleh di harap untuk g kedai sebab aku nak ke kedai bagus beli brg2 sikit..so aku tinggalkan dia dlm kereta..


Biasalaa budak bertuah ni bila duk sorang sorang...tidor la dia...haa ni la lagak dia membuta dlm kereta yg sempit tu...si hakim ni memang tinggi orang nya...abah pun dah mendongak kalau bercakap dgn dia...so bila dlm kereta aku dia memang tersiksa...tapi lagak dia ni buat aku pulak yg tersiksa...aduhaii...kalau la kawan2 aku nampak alamat cita cita nak meminang anak dara dia org terhalang laaa gamaknya.

Yang ni si kakak....kalau menunggu ke dalam kereta ke ini lah kerja dia...mulut senyap tapi dia bercakap guna jari...em ketup ketap ntah dgn sapa dia ber sms ntah la..handphone dia ada password so memang takleh nak bukak tengok la..hehe hari tu brgaduh besar dia dgn si adik pasal adik pandai pandai tekan ntah apa apa huruf dan nombor konon cuba nak crack the password la kan...tapi last last handphone kena block...hahaha...berjam jam masam muka dgn adik... aku selalu cakap kat dia "kalau jumpa kawan2 mama jangan duk buat muka "paris hilton" kamu tu"..so far dia belum buat lagi...selalu tu lapang dada aku bila time jalan sama dgn aku dan terserempak dgn kawan2 aku dia yang akan cepat cepat hulur tangan bersalam dulu...bukan apa..muka dia ni kalau dia normal je (tak moody la kan....) pun dah nampak mcm sombong...hehe teringat dulu mak aku selalu cakap kat aku "cuba la hang kalau jalan tu senyum sikit...ni masammmm ja"....so aku rasa kuah dah tumpah ke pinggan....err nasi.

Yang ni perangai si adik....pantang keluar ja buku siri yg baru dia mesti nak...yang ni pulak siri baru la ni...ada treasure hunting pulak...macam la dia nak merantau serata dunia mencari harta karun..karang ni adala idea dia buat peta dan sorok2 duit kat mana2...silap haribulan aku kena mencari harta benda tu..maklum la dia tak de kawan nak main

Dulu dulu tu dia asyik sgt dgn buku "Survival.."nya...merata ceruk dunia boleh survive kalau menurut buku tu...aku selalu sakat dia "so adik ni kalau mama campak adik kat artik pun adik boleh hidup lah ye?" sebab cara cara nak survive di artik pun ada...dah berpuluh buah buku pasal survival dah ada dlm simpanan dia...mungkin dia syok berimaginasi dia tersadai kat mana mana pulau dan boleh survive....hehe kalau jadi betul baru tau....hahah


Itula cerita anak anak aku....anak anak you all pulak macamana...apa apa pun depa ni anak anak kita...penghibur kita dan juga boleh di katakan ujian untuk kita...setiap perilaku diaorang ni ada lah dugaan dan ujian yang Allah berikan pada kita...kalau betul cara kita hadapi dugaan tu..lulus lah ujian...


sabar adalah tonggak segala..aku selalu beringat pada diri sendiri...jangan selalu kecik hati dengan anak anak...kesian diaorang kena menjawap di akhirat esok kerana mengecilkan hati ibu...so kadang kadang kena let go dan redha...dalam pada tu kena banyak2 mengingati dia orang ni tentang tanggungjawab...alahaiiii membebel lagi aku....cuma ingatan untuk diri sendiri..jangan salah faham ya...:)


Apa apa pun terima kasih kerana singgah...:)

No comments: