Tuesday, April 12, 2011

whats cooking ?


Dah lebih 2 minggu kot blog ni terbiar...aihh hati susah..ada yg mengganggu fikiran ni. Tak perlu aku elaborate kat sini..cuma doakan segala nya turn out to be sgt2 ok....

Right..sini aku nak masuk kan gambar Chocolate cake banana bottom yg aku manage to bake walaupun jiwa kacau...berpeluh peluh gak membuatnya sebab fan kat dapur aku dah kiok.

Nak buat macamana kan..rumah sewa. Malas la aku nak bgtau tuan rumah ( or tuan tanah??..)..sebab banyak lagi major kerosakkan dalam rumah ni. Bukan kami yang buat ya..tapi leaking dari lantai bilik air...bukan satu tapi semua bilik air pulak tu..sekarang ni tunggu masa nak menitik ke bawah je..eii jangan laa sebab bilik air kat bilik aku tu betul betul kat atas living room kitaorang. Ermm malu la aku kalau menitik masa ada orang datang...cannot imagine lah

Ini rupa cake yg dalam oven..actually masa ni we all ( me and daughter suhaila..) dah suspen pasal kek ni macam dah nak melimpah keluar sedangkan masa masih ada 22 minit lagi...duk ingat nak membuak buak la kan tapi heyy...turn out cake tu stop growing and duduk diam bagus je dlm tray tu...hah punya la jakun nya kami ni..haha

Yang kat bawah ni pulak adalah aku punya finished product laa..haha chocolate cake banana bottom....nama kek ni agak pelik la..kata banana bottom tapi sebenarnya yg kat bawah tu chocolate bukan banana..tapi tak pa la janji sedap..yummy :)


Jumaat tu aku amatlah rushing gila...sebenarnya kalau difikir kan kalau aku buat kek tu malam karang pun tak pa tapi entahla kenapa aku rajin sangat sedangkan hari jumaat budak sekolah balik pukul 12 tengahari dan aku pulak start bake agak lambat dalam pukul 11 pg..kelam kabut gila...inilah padah nya kalau takde time management...ayooo


Oya lunch that friday aku beli je kat kedai..aku masak nasi laa..(takla teruk sangat kot??...) so balik dari ambik suhaila aku terus sambung baking...haa siap jugak sebelum pukul 2..suhaila sempat makan sebelum aku drop her at Za's for mengaji then I drove off to Banting ambik hakim pulak...Dia nak balik pulak minggu ni.


And before going out aku dah siap kan 3 ketul kek untuk mr.H ( hah..am i a good wife or what? masuk bakul angkat sendiri haha...) aku tinggalkan dlm tudung sebelah lunch dia...tapi masa balik aku tengok mr.H tak makan pun...geram jugak laa...all those trouble ermmm..actually memang aku dah agak dia tak makan sebab mr.H aku ni memang perut dia kecik...so yang 3 ketul tu terus disambar oleh si hakim...tak sempat nak makan dlm rumah sebab aku kena cepat2 gi ambik suhailah kat rumah my fren (tinggal kat situ dari pukul 2.30pm sampai dekat pukul 6 jugak laa..) so dia (hakim) bawak dengan piring2 tu sekali masuk kereta...ishh budak ni..nasib baik tak selerak dalam kereta kalau tak siap kamu...


Ini pulak nasik goreng yang aku buat entah bila tak ingat..saja nk upload..ni nasi goreng daging sebenarnya tapi daging tu agak terlebih kecik dari biasa so tak nampak sangat kan. Ermm aku ni memang fail la dalam potong memotong nii...kami makan dengan sambal tumis ikan bilis yg kering2 je...dan aku goreng telur dadar je...emm simple n nice ...:)

So jamu mata lah dengan gambor2 ni..ada chocolate banana bottom dan nasi goreng daging yang dah agak lama jugak aku buat...tapi yang sedap dan paling laku ialah chocolate banana bottom laa..resepi ?? hehehe tak tau ek sebab aku masak campak campak je dan selalunya memang aku refer pada shidah dari dairimama.blogspot.com...so chao dulu aa...

No comments: