Monday, April 25, 2011

Agak lama aku biarkan blog ni tak ber update. Tak tau la apa yang sibuk dan aku selalu jugak ber blog hoping tapi nak menjegah blog sendiri malas pulak. Penyakit malas ambik tahu diri sendiri....ada ka orang macam aku ni? oo mungkin kemalasan aku tu disebabkan aku dah kurang memasak....ehh ada jugak aku buat kek pisang n chocolate tu..gambar dah ambil tapi malas nak upload ke dlm blog.

Emm kalau ikut perancangan last weekend aku nak balik ke kodiang dengan Hakim je..( ya hakim dah balik haha konon2 dah grad la dari kolej matrik...perasan sangat..tunggu result dulu yaa..) tapi bila pikir2 buat apa aku balik berdua je dengan hakim..minggu depan kan ke cuti 4 hari sebab hari buruh. ermm kena la aku pujuk mr.H balik sekali. Dipendek kan cerita mr.H setuju balik...actually dia takde choice hehe...kena gak balik..

Lately ni aku asyik duk teringat kat ayah je. Bukan la aku tak teringat mak..sama le jugak kan bila teringat ayah memang teringat mak. Tapi keadaan ayah yang makin lemah tu yang merisaukan aku. Nak membantu pun susah dah tinggal jauh begini. Doa ajalah yang boleh aku berikan untuk kebaikkan mereka berdua. Kalaulah tinggal berdekatan aku bolehlah menolong mak menguruskan ayah.

Dah tak tahu nak meredakan kerisauan macamana so aku pun men uploadkan beberapa keping gambar ayah disini...boleh juga jadi peneman kalau kerinduan bila gambar2 dia dah ada dlm blog aku...

Ini gambar ayah yang terbaru semasa aku balik kodiang 26hb mac lalu..



Ayah di tahun 2009 masa sambut raya di rumah kak not....bersama aishah anak pon yg no.4..kot




Ini gambar ayah bersama pak cik...adik dia yang masih sihat tapi sebenar nya pakcik ni ada kecing manis...tapi dia buat selamba je dan di dapur rumah pak cik wajib ada minuman ber soda...ermm susah nak larang org veteren ni...:)



aku dan dikwa bersama ayah dan suhaila...masa ni dikwa belum kawin dan rasanya belum g UK lagi kot...



Gambar gambar ni semua menampak kan perbezaan rupa paras ayah makin kurus kan. Bila tengok balik gambar2 ni semua buat aku resah dan rasa amat bersalah...bukan apa sebab aku tak dapat menjaga ayah sendiri...namun aku fikir balik mungkin ada hikmah nya sebab aku ni jenis cengeng...tak boleh tengok orang sakit...kejap nanti mesti nangis..


Harap harap plan nak balik ke kodiang weekend ni menjadi...adik adik pun nak balik so meriah la sikit rumah tu...ehh meriah amat sangat sebab cucu2 dari kl ni berjumlah 10 orang dahh...campur dengan anak anak abang lagi yang seramai 5 orang tu....ya Allah sampaikan hajat kami......amin















2 comments:

Sizuka said...

k.siti,

tengok ur dad rasa sedih pulak.. :(

saniah said...

Kan..? tu la shidah..everytime called diorg my mum selalu cakap ayah dah tak larat...makan makin sikit..tp syukur sgt2 coz cousins i baik2 belaka...selalu tolong mak..belikan breakfast n anything yg diaorg nk makan my cousins akan carikan...alhamdulillah..