Saturday, February 4, 2012

nak pergi mana cuti panjang

Assalamualaikumwarahmatullah

Salam Maulidurrasul...Selawat dan salam kepada Junjungan kita Nabi Muhammad saw...

****************************************************
Hemmm cuti lagi.

Minggu lepas masa CNY balik kampung teruk kena jem sampai dekat 10jam...serik la nak keluar KL time time cuti gini..kali ni rasa nya kat KL pulak jem kot...pakat mai batu caves ramai ramai..:)

Cuti minggu ni zulaikha balik KL tapi si abang tak pulak balik dah tak cuti kot..course dia agak padat jadual tu yang lecturer tak dapat nak ganti kelas tak macam zulaikha..kelas hari jumaat hari ni cuma satu subject je jadi dia orang dah pakat ganti so boleh balik petang khamis...sekarang dah ada kat rumah..dah keluar berjimba dengan kawan kawan dah petang tadi...hemm pantang balik KL mesti nak keluar dengan kawan..

Esok ingat nak pergi ke 1Utama kena hantar Nitendo DL si hakim rosak dikerjakan si adik ni..ntah kat mana silap..memory card rosak pulak..ada ada je..penat lah mama rasa .. kalau beli kat wangsa maju hari tu senang apa apa hal tak delah susah nak pergi baikki..mama pun boleh pergi sendiri..ni weekday adik sekolah so nak ke 1Utama tu susah lah sikit walaupun mama ni boleh drive sendiri ke sana..tapi mana sempat balik ke melawati cepat cepat kan..apa lagi kalau pergi 1utama tu...ehemm

Saya dah terbayang MPH kat situ...seronok sangat lepak kat dalam tu..duduk je kat celah celah rak buku tu..baca baca sikit..he he ingat nak sambar novel..ish ish novel yang beli hari tu pun belum habis baca lagi...tu la beli cerita hantu..nak baca sorang sorang takut pulak..:)

Anda bagaimana? suka lepak dalam kedai buku? kalau suka jadi sama lah kita ye...suhailah macam masuk library..padahal bukan buku free..:)

Husband pulak dah janji kan sesuatu untuk saya...:) apa ek? adala sikit gift...tak yah nak reveal ya..ni bagitau sebab ter over seronok ehh entah apa apa saya ni kan..syok sendiri

Minggu ni berita tak seronok diterima berkenaan 2 orang tersayang nih...selasa hari tu si dikwa bagitau zara duk demam demam tak berenti so dia dah buat blood test kat satu hospital ni..clear..bila bawak balik rumah tengah duk lap lap badan dia..zara ni kejang satu badan ( fit )...sebab panas sangat la tu..terus bawak ke klinik berdekatan..doktor masukkan ubat kat punggung..dan keluarkan surat refer ke hospital yang sama..masuk wad la si tecit ni..kesian dia. Hemm ni la budak tecit domok tu...ni badan besar sedangkan umur baru 4 tahun..:) baka kami memang macam ni besar dan tinggi..model model antarabangsa la kata kannnn....perasan!!!


Hari kenduri doa selamat hari tu cerah pokok bunga tok cik dikerjakan nya...selalu nya dia dan cousin si Aishah akan serang bunga alamanda kat masjid sebelah rumah mak ni...tapi saya dah sound dia orang dengan muka yang amat amat garang ( kihkih..depa memang seram dengan makngah ni...) supaya jangan pergi ke masjid tu so diaorang serang pokok bunga tok cik laa...

Bukan apa hari kenduri ramai orang datang takut juga ada tetamu tak di undang pun menyelit sama...bukan datang makan je tapi bawak lari orang pulak satgi...beringat sebelum kena..saya selalu macam tu...over kan?

Dan ini berita tak seronok tentang orang ini pulak..ni adik ipar saya...wife si pon..yati...pon kata yati demam since jumaat hari tu...saya bagitau mak..rupa nya mak pun dah perasan yati nampak tak sihat hari kenduri tu lagi..punyala lama simpan demam ingat boleh dapat untung kot macam orang main saham tu? dah dapat ref letter untuk ke hospital pun masih duk sibuk kerja..risau saya..saya text suruh pergi tak taula dia pergi ke tidak...orang muda ni susah gak ya..nak cakap lebih lebih nanti dia ingat kita pandai sendiri pulak..

Yati dengan anak yang bongsu Ain Khadeja yang sedang menjalani rawatan di IJN ..ni 14hb Februari kena buat MRI pulak..mak sakit anak pun sakit. Moga Allah permudahkan urusan mereka..

Ingat nak pergi visit diaorang ni esok atau lusa..si zara pun masih kena duk perati jugak kalau demam balik kena masuk wad balik le nampak nya...mummy sekarang study leave..walaupun macam tu ni dah dekat nak bukak semester baru ni..karang anak demam mummy pening la pulak dah uni mummy nun kat serdang yang hospital zara pulak kat shah alam ni...macam mana tu..harap sangat zara sembuh cepat ya....

Itu je nak catatkan...terima kasih kerana singgah
Jumpa lagi selamat bercuti..jangan lupa berdoa untuk Rasulullah saw

6 comments:

azieazah said...

Semoga mereka yang diuji dengan cabaran dan dugaan, akan lebih tabah dan bersabar.

Selamat bercuti SANIAH. Walau apa pun cara, semoga terus gembira dan ceria.

sekadar satu coretan said...

sekarang ni kalau rasa x sihat ke...demam ke baik gi jumpa dokte cepat takut meralat ke sakit lain plk...Harap2 cepat sembuh yee...

Cuti2 tak gi mana pun..pusing2 sini jer la...

Zaitun said...

Cuti panjang ini mungkin kak Zai duduk rumah aje sebab sejak akhir2 ini banyak sangat berjalan sampai kaki naik bengkak.

Semoga keluarga saniah diberikan kesihatan yang baik2.

Lydia Miza said...

salam mulidurrasul kak...moga kita menjadi umat Muhammad yang baik budi dan kental iman

L said...

semoga dipermudhkn dan cepat sembuh..=)

jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/sila-baca.html

saniah said...

AZIEAZAH...InsyaAllah azie..selamat bercuti to u too...i memang selalu ceria sampaikan org kdg2 taknak cerita hal2 serius dgn i sbb ingat i suka main2..:) harap u pun bertambah ceria dan macam biasa juga asyiklaa bz..hemm :)


AINNORAINNI....selamat bercuti ya ain...sama lah kita..akak takgi mana mana pun..hehe kena berjimat cermat skrg nnt nak jln2 lagi..ssshhh :)


KAK ZAITUN.....adoiii berjalan jalan sampai bengkak kaki..ngapa ni kak? dah jumpa doktor ke kak? harap cepat sembuh ya..

MIZA...Terima kasih dik...sama lah doa akak utk miza juga..moga hidup kita lebih diberkati Nya ..amin


L....thanks L sudi menjenggah..nanti anty jengok yaa...:)