Wednesday, January 11, 2012

memories 2011

Assalamualaikum....
terima kasih pada readers...kak zai...azieazah...cikgu dinas...Hanis Azla sudi menjengah ke blog saya dan terima kasih kerana meninggalkan komen membantu...minta maaf lambat reply ...haii banyak pulak masalah awal tahun ni..emm

*********************************************************************

Saya macam masih tersangkut kat 2011 ke? ehh tidak ...saje nak share sikit keseronokkan ujung tahun lalu...bercuti dengan family dan gathering awal tahun dengan adik adik dan keluarga masing masing..

Mula kan dengan cuti ke PD hari tu...aduhai cuti sepatutnya seronok kan tapi dah saya kena food poisoning langsung jadi tak enjoy sangat walaupun anak anak nampaknya enjoy juga lah kan...

Semua orang tertunggu tunggu nak berseronok dan berehat di hujung tahun ni....so here we come...:)

Hati dah suka tengok jalan masuk ke hotel nyaman dengan kawasan yang teratur berjaga bersih...last time we came nama hotel ni masih goumand...( kalau silap eja sori ek..) lama juga tak datang kan..ya lah lama jugak we all tak datang ke PD ni...husband kurang suka ke sini dia lebih suka ke pulau di pantai timur tapi ye lah ni bulan disember...nak hanyut kalau pergi ke sana kan...tak pa la abah kita relax kat sini dulu tengah tahun depan dah reda hujan banjir kat sana then kita pergi lah ya...

Ni tengah tunggu nak masuk bilik....walaupun sebenarnya dah tak sabar nak gi swimming pool tapi kena sabar jugak ya...bilik tengah di kemas...kita yang sampai awal..so lepak sini dulu

Dua anak dara ku ini...kalau pasal bergaya no.1 la...dah besar kan kena lah jaga diri...bab ni tak yah ajar..mana ada anak dara yang tak suka bergaya...abah ada mention " ni ikut mak dia la ni " habih nak ikut sapa kan...dah anak mak ikut mak lah... ;)

Dah besar dua orang ni....dua dua ni masa kecik memang suka bertomoi...lari berkejar kejar tu pasal si zulaikha masa kecik lebih lasak compared dgn kawan kawan perempuan dia...kalau pergi ambik dia kat sekolah jangan haraplah nak senang jumpa dia duduk dalam kantin kan...mesti gi cari dia kat padang atau dia tengah lari kejar kawan lelaki...aduhai masa tu risau sangat kot kot sampai besar perangai ganas dia ni melekat
Nasib baik bila masuk sekolah menengah dia berubah sikit sikit...sekarang adalah jugak rupa perempuan...ha ha ha kalau dia baca ni sure lepas ni dia lari tiap kali nak ambik gambar.... ;)

Yang ni semua kenal...orang kata muka dia dan mama sama...eh yeke? sekarang bila dah remaja gini dah nampak rupa dah lain dah...sejak pakai braces ni dah nampak la sikit rupa teratur dan kemas...kalau tak bersepah... dengan sikap santai dia tu..hai penat lah nak bagi dia bergaya sebab stail dia sempoi habih...dari kecik sampai besar memang nak mengikut mana je mama pergi

Dia tak kisah kalau tengok wayang dengan suhaila tu..tengok wayang dengan mama selalu lah...baru baru ni saya pergi tengok 'paranormal activity 3' dengan dia...so saya tahu lah dia ni memang tak malu jalan dengan mak atau adik... :)

Ha dah lepak kejap kat bilik...we all menuju ke swimming pool la kan...si suhailah melepas kan gian dia berenang sejak dah pandai macam macam gaya lah dia buat...nasib baik ada abah dan kakak temankan..cuma tak syok sikit sebab masa ni pool penuh dengan orang..ya lah masa ni cuti sekolah kan..memang orang ramai lah...saya masa ni dah tak sedap rasa dah..so ingat hati pagi esok je lah nak swim..yang si hakim ni dah tertidur sebelah saya ni ha memang cuti sakan dia ni...bukan dia kisah nak enjoy macam adik adik dia...dia lebih suka membuta plak huhh

Itu je lah cuti kami hujung tahun lalu...rasa masih baru lagi kan...emm bila lah nak bercuti lagi? seronok bila dapat bersama sama family gini...ada kawan saya ajak saya ke vietnam dan kemboja bersama sama kawan kawan sahaja tapi duk pikir pikir...mana mungkin saya tinggalkan anak dan suami macam tu je...kemana pergi pun hati tetap duk ingat dan saya tak reti lah nak berseronok kalau diaorang tak ada di samping..

 Ingat juga pesan arwah ayah dulu...jangan pergi mana mana kalau suami tak ikut malah arwah tegur jugak dulu bila saya balik kampung sendirian dengan anak saja walaupun balik nya saya tu ialah nak ziarah dia dan mak...tu pun dia tak bagi..walau nak kemana mana jangan tinggal suami...dan sampai kini saya ingat...

Lain orang lain cara so saya cuma kata terima kasih je lah pada kawan saya tu...dia memang ada contact kat sana so tak de masalah tempat tinggal dan mudah nak berjalan jalan kalau pergi dengan dia...emm tak pa lah nanti ada rezeki saya sekeluarga akan ke sana...Insya Allah

Awal tahun hari tu 1hb Januari 2012...jemput adik adik datang rumah...saja nak bersama sama borak borak sampai larut malam...tengok DVD cerita hantu ke atau bercerita hantu ke...itu antara kegemaran kami sekeluarga pada hal kami ni jenis penakut juga lah kan...

So saya ingat nak beli kan nasi bukhara sahaja sebab semua adik adik gemar nasi tu..tapi duk ingat kat anak anak sedara yang masih kecik tak makan nasi yang penuh rempah dan pedas pedas ni so saya buatkan mee udang..tak pedas manis manis udang...saya campurkan dengan paste dari Delimas ni memang sedap...habis licin 3 bungkus mee kuning saya dimakan oleh 6 orang kanak kanak ribena... :) :)

So dah depa yang kecik kecik tu kenyang kami yang tua tua ni pun bergebang (bersembang) sakan sampai dah pukul 10 baru sedar tak makan apa apa lagi...hemm punyalah seronok sembang...o ya gambar kami makan tak dapat lah nak letak sebab semua dah free hair dah...:) letak kang ada yang saman saya... :)


Ini lah paste mee udang yang saya guna...mula mula tu cuak jugak nak guna ni first time ni..tawakkal je lah tapi saya tambah santan jugak sikit dan tumis paste ni dengan cili boh sikit takut orang sakit perut pulak kan makan gitu je...masuk je udang terus dan fish ball dan fish cake..hemm jadilah...sedap dan cepat pulak tu masak dia...tak delah saya berpeluh peluh kat dapur tu kan...

Ni lah yang tinggal 1st round kena ambush dengan budak budak tu...hehe puas hati buat makan bila ada orang suka makan...kalau saya masak kan untuk husband dan suhailah je emm alamat berbuang la alamat nya...makan masing masing semangkuk sorang dah tu tak reti nak ulang ulang so memang tak habih la..simpan dalam fridge lama lama sampai kering mee tu..aishhh

ni sebahagian dari anak anak si Pon...abah pada si Ain yang saya ada cerita hari tu sakit jantung berlubang tu kan...yang sengih nampak gigi besar besar tu anak saya lah ...yang pakai tudung tu sebaya dengan suhailah yang tengah tu setahun muda dari dia orang...hehehe...kelakar tengok dia orang ni...yang tengah tu masa kecik takut dengan saya...kalau saya tanya dia apa apa mesti kecut.. la ni tak lagi dahh...dah ada confident dah pandai jugak kat sekolah tu emm

Dah tak larat dengar husband bebel tentang kami semua belum ada passport sebab dia nak bawak kami jalan jalan keluar negeri tak dapat...hekelehhhh macam lah berduit berkoyan koyan sebelum ni yang nak ke oversea sana tu? dalam negeri pun belum habis jalan daaa...saje husband tu suka bising..dia berangan nak ke Krabi..dia dan budak budak suka pantai..saya pun suka cuma saya malas lah ni kalau gi pantai sure kulit jadi gelap kan...tu yang tak syok tu..

Pergi buat passport hari Jumaat hari tu..30hb Disember 2011...cheeh betul betul hujung tahun..macam azam tahun baru nak perbanyak kan jalan jalan makan angin...;) syok jugak la kalau ada impian dan angan gitu..barulah hari hari ceria sebab ada target...emm saya pun ada target dan sekarang ni tengah memujuk si husband kot kot terbuka hati dan minda untuk setuju melaksanakan target dan impian dan angan saya tu...namun sebelum tu kenalah buat persiapan dulu...bukan senang nak gapai impian terindah dan agung ni...emm apa dia tu??? biarlah rahsia dulu...:)

Kami orang yang pertama kali nak buat passport ni...husband dah buat lama dulu dah dia duk asyik renew je passport dia...kami ber 4 ni lah baru nak buat...kecoh husband marahkan anak anak dia hari jumaat dulu tu...semua liat nak bangun awal so kami sampai je tengok line ya Allah panjang nya...duk ingat ni mahu kena datang balik minggu depan nak collect ni..belum tentu siap hari ni ni...Tapi Alhamdulillah....siap juga lah passport kami...hehe lupa nak ambik gambar...ciwi habih masing masing..termasuk lah saya...:) :)

4 hb Januari 2012...semua orang kalut hantar anak ke sekolah kan tapi si Pon dan Yati petang tu setelah hantar anak anak yang besar ke sekolah ..dia orang bawak Ain Khadeeja ke IJN lagi sekali sambung test yang sepatut nya dia buat 29hb November dulu tu..kan dia kena chicken pox so doktor bagi cuti sampai lah 4hb baru jumpa doktor lagi sekali

Saya pergi melawat dia pada 5hb hari tu...kesian tengok dia masa ni baru lepas buat test dan dia masih belum makan apa apa sejak 4 pagi tadi dan masa ni dah pukul 7.30 malam...test dah habis pukul 4 petang ...kena tunggu 4 jam baru boleh bagi makan ..kesian dia

Ni kakak kakak yang asyik laa main je...suhailah paling suka jumpa cousins dia ni sebab dia takde kawan kan..so bila jumpa gini dia suka lah..berborak ntah apa apa..selalunya main game la depa ni


Duduk tepi swimming pool hari tu sampai ke senja...syahdu nya tengok matahari terbenam sedikit demi sedikit...dengan anak anak dan husband di kolam dan anak bujang di sebelah tengah berdengkor..hati jadi sejuk dan damai...seronok berada di samping yang tersayang walaupun percutian ni hanya di dalam negeri dan cuma mengambil masa 2 jam je untuk sampai namun hati puas...tak perlu nak ke luar negara lah kalau nak happy dengan family...cukup dengan di sini asalkan masing masing happy...

Seronok menghabiskan masa cuti dengan keluarga...tengok muka diaorang suka begitu hati jadi lapang seolah olah rasa diri ni dah menjadi ibu yang telah berjaya ...tak kisah lah ada orang yang menyukat kejayaan seorang ibu tu dengan kejayaan anak anak dalam pelajaran tapi cuma saya saja yang menyukat kejayaan saya dengan melihat kegembiraan anak anak di sisi saya

Asalkan mereka suka dan menunggu masa untuk bersama kami berdua...kami dah rasa amat di hargai dah...jangan lah nanti suatu hari mereka memilih untuk pergi bercuti hanya bersama kawan kawan sahaja dan sering megelak untuk meluangkan masa dengan kami...jangan lah hendaknya..

Tu lah bila sekarang ...kot ada masa mesti rasa nak balik ke kampung nak bersama sama mak yang sekarang tinggal sendirian sambil tu berharap harap sangat dia mahu ikut tinggal sebulan dua dengan kami adik beradik..tapi rasa rasanya tipis lah harapan tu..emm :(

Jadi begitu lah saya menghabis kan 2011 dengan kenangan bersama sama yang tersayang...dengan husband dan anak anak..dengan adik adik dan sebelum tu saya menerima kunjungan abang yang bercuti ke melaka dan singgah menziarah saya keluarga..makan makan lagi..hemm dan kedatanga Tahun Baru Cina nanti kami akan menuju ke utara ke kampung saya pulak ada kenduri kesyukuran dan khatam Al-Quran di anjurkan oleh mak dan makcik....hemmm makan makan lagi...:)

Moga tahun ini membawa lebih berkat dan rahmat dari Allah swt...moga Ain diberi kesihatan yang lebih baik dan pulih sepenuhnya InsyaAllah...bagai pepatah..'cubit peha kanan peha kiri juga terasa sakitnya' begitu lah kami...

Apa apa pun terima kasih kerana singgah...jumpa lagi InsyaAllah...

p/s semasa saya menaip ni suhailah sedang demam panas....cuaca panas dan dia sendiri yang kurang minum air memberi kesan begitu cepat pada dia...dah bagi makan ubat moga moga dia sembuh dan dapat kesekolah esok...InsyaAllah..doa kan kesihatan suhailah bertambah baik ya...terima kasih

14 comments:

Ros said...

salam Saniah,

Amboi dah besar ya anak2 Saniah ni kan....Kak Ros tengok yang kakak anak dara tu memang muka sama ngan Saniah.Yang abang tu ada lah sikit2,yang adik pun macam tu jugak...ada la sikit2 muka saniah...

Syoknya kak Ros tengok depa dok mandi kolam tu...

Kak Ros akan sentiasa doa kan yang terbaik saja dari allah buat adik Ain Khadeeja....

saniah said...

Kak ros...iya ka k.ros? Tentu depa trkejut org kata muka depa sama dgn saya...:)

Trima kasih atas doa k.ros...ibubapa ain tentu memerlukn sebnyk mgkn doa2 dr kita..tq kak

Dinas Aldi said...

Haaa tu dia panjang cerita cuti & family, hehe..

Semoga Ain Khadeeja dilindungi Allah hendaknya, amin.

Seronok la dah ada pasport, lepas ni boleh baca pasal percutian ke luar negara pulak kat sini naa :)

saniah said...

cikgu....trima kasih tolong doakan ain...hrp2 ain dpt pulih dgn cepat ya..
Hehe...nk p oversea mana cikgu oii...mgkn p danok la kot...haha

Hanis Azla said...

betullah kak.. kebahagian itu, biarlah kita sukat sendiri mengikut apa yang kita mahu.. kalau nak ikut sukatan orang, sampai bila2 pun kita tak merasa bahagia.. semoga akak sekeluarga terus berbahagia hendaknya.. harap2 hari ini anak akak dah sembuh dari demam panasnya..

sekadar satu coretan said...

waa seronok nye mandi manda tu..akak tak terjun sekali ker kat dlm kolam tu...

nak gi umah akak la nk makan mee udang tu..mcm sedap jer..

dalila said...

bestnya cuti2

saniah said...

Hanis.....betul hanis cakap tu...kita nk biarla kita ada lbh bnyk masa utk brsama2 family...insyaAllah ...
Alhamdulillah hari ni suhailah dh sihat ...lega rasa kan...

saniah said...

Ain....ok nnt bila kak masak mee kak pangge ain...hihi...mcmla ada contact no...meh no nnt akak call.... :)

saniah said...

Dalilah hamid......mmg seronok dpt luangkan masa dgn family..:) tak perlu g jauh hihi

MulutPayau said...

seronoknya dapat cuti2 ngan famly....
p/s...selamat tahun baru 2012.. sorri lambat..(tapi masih dalam bulan Jan lagi)....hihihi..

saniah said...

Mulutpayau......trima kasih..takpe mcm yg org putih kata ..."better late than never " hihi...salam 2012 utk MP juga ya..

che mid said...

Wah.. wrapped up 2011, che mid pun nak tiru la.. korek mana2 gambar yang tak sempat uplod lagi...

saniah said...

Betui la k.mid...saya suka ambik gambar tp semua dalam lappy je..klau tak simpan kat blog memang lupa la kenangan tu semua.letak dlm blog blh selalu tgk ... :)