Sunday, November 13, 2011

Daku kembali...

Assalamualaikum..
Sebelum nak cerita tentang hari raya korban kat kampung saya ingin ucapkan terima kasih atas doa doa pembaca2 budiman...kak zaitun dan kak ros dan juga cikgu Dinas..terima kasih ya...sama sama lah kita berdoa agar adik Ain Khadeeja dapat kembali sihat seperti kanak kanak lain...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
okay berbalik pada cerita kita....
Apa kabar? ada daging korban lagi ke dalam freezer tu? saya punya masih ada....mak paksa saya bawak balik jugak jugak sedangkan kami kat rumah ni kurang makan daging...dia kata " bawakla balik sikit boleh buat buat goreng buat mee ka nasik goreng ka..." ishh dah la saya tak makan nasik...hemm macam mengoda pulak kan...
Alhamdulillah ibadat korban saya berjalan lancar॥lembu saya baik sangat seolah olah dia dah redha dan bersedia untuk di korbankan...nanti saya upload kan gambar lembu saya tu....ehhh jangan ingat saya buat korban se ekor lembu pulak...ishh belum la jenuh rezeki lagi॥InsyaAllah ada rezeki esok esok mana tahu kan saya boleh tumbangkan se ekor lembu dan sedekah kan daging pada penduduk...cita cita kita mcm tu lah kan...hemm sebenarnya saya ambik se tompok je...kebetulan mak dan mak cik pun ikut buat so memang jenuh la daging kat rumah kami tu pun setelah di bahagi bahagi kan kepada penduduk berdekatan....orang yang menguruskan hal2 daging korban tu kata bagi sikit kat kami....sikit apa...memang banyak...agak nya se tompok tu pun memang banyak kot...hehehe idak la saya tahu.....
Baiklah kembali kepada waktu sekarang.....hemm anak sedara saya Ain Khadeeja kan saya cerita baru baru ni di sahkan mengidap jantung berlubang....GH kat Klang tu dah dapat buat appointment dengan IJN pada 10hb Nov baru lepas...so kami semua ke sana on that date..saya ni macam biasa lah memang ke lambatan sebab kena uruskan hal hakim dulu...tu pun masa adik saya ( dikwa ) bg tau dia orang masuk jumpa doktor dah 20 min saya sampai dia orang ( Pon dan wife dia ) masih di dalam bilik rawatan...memang teliti la doktor2 ni kan...ye lah nak check bahagian penting dalam badan kan mestilah check betul betul....
Bila keluar tu saya tengok Ain memang masih demam...garing je badan dia...kesian tengok nampak benar dia keletihan...masa pergi husband dan hakim ikut sekali....saya ni sebenarnya hari tu tak sihat tak tau la kenapa bila berjalan rasa melayang jee...ingat jugak nak pakai mask masa kat sana tapi segan pulak sat gi orang kata mengada pulak hahaha...macam macam pikir...
Okay...doktor kata kena masuk wad on 29hb nov ni...kira cepat la tu kan..doktor terus nak buat test...nak masukkan tiub kat peha dia ke jantung nak betul betul determine which part yg rosak dan ada apa apa kerosakkan yang lain lagi...kot kot ada laa..harap harap tak ada apa apa yang lain lah kan...risau nyaa..
Dan kos rawatan test tu je dah 7,000.00rgt...doktor dah pesan mungkin lebih...but IJN ni bagusnya dia ada office untuk taksiran...masa tu dia minta dokumen macam mcam sebab IJN ni kalau boleh nak bantu kita dia orang boleh bagi diskaun bergantung pada pendapatan dan tanggungan kita lah kan...dan kita pulak kena lah provide semua dokumen tu...jangan la jadi macam pasangan adik saya ni....hishhh geram saya....nak bawak anak pergi check doktor boleh depa lupa bawak surat beranak dan my kid card..???? tak kan la depa ni duk harap Ain bawak sendiri kot...??
Perangai depa dua ni memang ni lah yang saya tak berkenan sangat sangat....orang kedah kata Lengai...hah makngah memang marah betul lah hari tu...tapi marah kat dalam hati je lah muka buat manis jugak sebab kesian sama kat depa dua ni...stress kot pasal anak sakit...dan tak pasal pasal kena denda 300rgt padan muka.....agaknya nurse kat situ pun pelik..kata anak sakit..nak dapat kan rawatan kalau kita yang dewasa ni pun memang kena provide mykad kan..sama la kalau si kecik ni..maknya kena la ingat nak bawak..Lengai lengai...:(
Hah berleter dalam blog je lah sebab dia orang tak tahu blog saya..hehe...tapi tak kisah lah kan dah memang tak sepatutnya lupa benda benda gitu....hem
Nanti saya upload kan gambar Ain...gambar ain dalam laptop saya hari tu dah kena delete pasal mamat dari bangladesh tu punya pasal lah...la ni laptop tu pun dah takleh pakai...ishh geram tak habis lagi kat mamat bangladeshiiii...dush dush kalau boleh nak tumbuk dia..
NI guna laptop husband yg lama..hari tu guna tak leh post entry kali ni cuba lagi..macam macam lah kan...saya dah kerinduan yang teramat nak ber blog walking ke blog kawan kawan...rindu nak baca kegiatan harian kalian...satgi saya singgah yaa...
Okay lah...apa apa pun terima kasih kerana singgah...
Selamat berhujung minggu...

9 comments:

azieazah said...

Alahaiii cemana lah bleh lupa nak bawa dokumen penting anak?

Dah lengai..

apapun semoga Ain segera sembuh dan semoga segala urusan berjalan lancar dan berjaya.

Daging saya pun ada lagi dlm freezer, hari ni mau kasi habis semua.

Lydia Miza said...

2-2 lupa ke kak?dah panik sgt kot?

Zaitun said...

Semoga mak dan bapa Ain tabah dan segalanya dipermudahkan.

Auntie doakan supaya Ain cepat sembuh.

Dinas Aldi said...

Dalam family saya pun ada jugak yg rajin terlupa tapi tak payahla sebut sapa. Susu anak tertinggai, botoi susu tertinggai, lampin tertinggai. Nasib baik anak depa tak tertinggai. Saya pun sama dok berletiaq tapi dalam hati saja. Bukan boleh tegoq, nanti sentap.

Semoga semua urusan dipermudahkan untuk Ain, kita doakan yg terbaik.

sekadar satu coretan said...

mungkin dia betul2 terlupa nk bawak mykid tu...

mesti comey ain tukann..mcm same name unty la jugak ye...

saniah said...

AZIE...InsyaAllah kita sama2 lah doakan ya..terima kasih ya..daging saya dlm freezer tak tau bila mau dimakan...minggu depan kot..hehe


MIZA....ya miza..dua dua lupa..si husband harapkan si wife..si wife tak tau la harapkan sapa...harapkan si Ain kot...pening pening..:)

KAK ZAI....InsyaALlah kak..saya pun bedebar nak tahu result ujung bulan ni..doa banyak2 agar takde yg lebih serius dari jangkaan doktor..InsyaAllah...

CIKGU DINAS.....hehe...memang betul tu akak paham sgt sgt...sama lah kak pun duk geram dan beletiaq dlm hati ja lah...ishh macam macam perangai kan

Unknown said...

Salam Saniah,

Sama2 lah Saniah,ni semua kan tanggungjawab kita sebagai insan sesama islam..macan tu la kan keadaan ibu bapa ni.... kalau depa dapat tau yang anak depa tu sakit,Kalau Kak Ros pun,rasanya bukan takat lupa surat beranak ja mungkin dah tak boleh nak ingat apa dah asyik dok teringatkan anak kita yang sakit ja ...macammana nak bagi baik.Apa pun Kak Ros Akan terus mendoakan Ain Khadeeja semoga allah cepat menyembuhkannya...

Ros said...

salam saniah,

Maaf la ya saniah..jangan terkejut pulak,baca komen kak Ros dalam blog orang lain,sebenarnya tadi Kak Ros guna Laptop anak Kak Ros,lupa nak tengok tengok,rupanya akaun dia..mesti Saniah tekejut kan,maaf la nooo.....

saniah said...

KAK ROS...hehe tak pa aihh..boleh berjln ke blog anak kak ros pulak...:)
yang saya duk hingaq ni pasai appointment dibuat doktor lama jugak dah..so depa blh buat persediaan awai2 lg..ni la akibatnya kalau duk ralit sgt..ish ish..