Tuesday, September 27, 2011

Bagi perempuan masa belum berkahwin..syurga adalah dibawah telapak kaki ibu..jangan sakiti dan hancurkan hati ibu..pada saya bukan pada tapak kaki mak sahaja pada saya syurga juga di bawah tapak kaki ayah..segala tingkah laku yang saya nak buat saya akan rujukan pada mereka berdua malah saya tak akan buat sesuatu perkara kalau boleh menyebabkan mereka mendapat malu atau mereka bersedih atas kelakuan saya..rasanya semua orang begitu kan? Kita terlalu sayang kan makayah hingga segala tingkah laku dibuat untuk membuatkan mereka gembira dan bangga terhadap kita..

Bila dah berkahwin di nyatakan syurga bagi perempuan yang dah berkahwin tu dah berpindah ke telapak kaki suami..iaitu kalau suami redha dengan perangai kita(isteri) maka pahala lah ganjaran nya

Namun kita ni sebagai anak..walau masa kecik kena rotan ke cubit ke dengan mak tetap kasih sayang kekal pada mak...ayah saya memang tak pernah angkat tangan dengan saya..dia memanjakan anak2 perempuan dia..:) tapi mak garang...berleter jangan ceritalah kan...ayah kata mak kalau berleter orang yang ada kat pekan tu pun boleh dengar....hehe...mak ayah selalu usik mengusik...

Walau saya pernah kena rotan dengan mak sebab biarkan adik adik sepah kan rumah..masa tu mak baru balik dari sawah..sure penat sangat sangat lah kan..dan saya pun tak sedar masa bila adik adik saya..masa tu adik perempuan belum ada bayangkan saya yang masih bersekolah rendah tu kena jaga adik2 lelaki yang tahap nakal nya amat2 tertinggi..haii budak kampung..nakal bukan macam budak bandar...jangan kata budak lelaki..ni ha saya yang perempuan ni pun kalau setakat panjat pokok dan terjun anak sungai cari ikan memang kacang lah kaan...selalunya kalau kami main sungai kejap lagi mak akan datang menjerit dari seberang sawah sambil cekak pinggan sebelah tangan lagi pegang kayu...bukan rotan tapi kayu...saya rasa kayu api yang dia kutip dari bawah rumah jiran...hahaha

Tapi masa dengar mak jerit panggil balik kami semua lari ke arah yang bertentangan...bukan nya kearah mak sebab...haishhh nak cari nahas ke? tegok kayu yang dia pegang tu mau seminggu demam kalau kena..tapi syukur kami takde lah pernah kena balun dengan kayu api lagi...tapi saya ni ada la jugak kena rotan dengan mak pasal adik adik ni...tapi lepas tu mak pulak kena marah dengan MIL dia...hehehe..tok saya jerit pulak kat mak.."hang nak bunuh anak kaaa???" pada hal bukan lah mak pukul bertubi tubi...cuma sebat kat kaki sekali jaa...hemm agaknya perangai Tok saya yang tak pernah jentik anak tu diwarisi oleh anaknya (ayah saya) yang tak pernah angkat tangan pada anak2..

Tentu yang membaca apa pasal saya bercerita tentang makayah saya...sebenarnya saya kerinduan.

Sejak bulan june hari tu kesihatan ayah makin merosot. Hari raya tahun ni kami sambut dengan sederhana yang mungkin..saya langsung tak ada mood nak bersuka ria macam tahun tahun yang lalu...saya tak mau seronok seronok sambut raya makan itu ini sedangkan ayah terlantar tak boleh menjamah apa apa judah pun...malah rendang yang saya masak pun serba tak kena rasanya...kurang serba serbi..garam tak rasa...rempah tak rasa....hemm

Pada awal pagi raya ke2 ayah terpaksa di bawak ke hospital lantaran rasa sakit yang di rasanya sejak tengahari raya pertama tadi. Ada pulak bengkak di rasuk sebelah kanan ayah...saya ikut masuk menemani ayah semasa di wad emergency...dan ayah di masukkan ke wad malam tu..adik lelaki saya menemakan ayah malam tu.

Semasa petang hari khamis raya ke4 tu saya pergi menemui ayah di hospital sebab saya dan keluarga terpaksa pulang ke KL kalau ikutkan hati mau saya tinggal lagi di kampung..menemani ayah di hospital...ya Allah betapa berat nya rasa hati namun begitulah anak perempuan ya...bila dah berkeluarga serba tak kena..keperluan suami..keeperluan anak anak...kena pulak suami tak pandai menguruskan anak anak..semua perlu di beritahu...ahhh saya pulak tak suka mengarah garah..baik buat sendiri...saya tak pandai delegate...

Ayah menangis ketika saya bersalam dan mencium kedua belah pipinya...saya meraung dlm hati...berat mata memandang berat lagi bahu memikul...saya terpaksa... saya pasti ayah faham keadaan saya..

Dan minggu lepas sekali lagi ayah masuk wad..kali ni sebab dada dia membengkak..kali ni bukan pneumonia macam raya lalu..doktor monitor sahaja kali ni. 4 hari lepas dah keluar wad...dan tadi abang hantar sms kata hari ni ayah tak boleh minum guna straw..letih dan dah tak makan..agaknya sel kanser dah penuh di tekak dan perut. Mak kata ayah bersungut rasa sakit macam di hiris hiris di kawasan pusat...

Abang cadangkan kami balik..saya memang rancang nak balik 6hb oktober ni sebab masa tu memang saya akan ke Tapah jemput zulaikha..jadi alang alang sudah ke arah utara baik lah saya teruskan sahaja ke kodiang...rindu pada mereka berdua..ingin mengambil rasa susah hati yang terpaksa dipikul mak seorang diri...ingin saya tinggal di kampung menjaga ayah dan mak..kedua duanya sama uzur..ayah uzur lantaran penyakit...

Kalau tak kena kanser ayah lebih sihat dari kawan kawan sebaya dengan dia..bayangkan ketika sebelum di sahkan kena kanser pada tahun 2005 ketika tu umur dia 67 tahun dan dia masih boleh naik roller coster dengan kami di genting dulu...dan dia steady je bila turun dari roller coster..sedangkan si hakim pun nak muntah muntah..mual loya macam macam...

Doktor sendiri mengesahkan yang biological age ayah ketika sebelum kena kanser adalah 10tahun lebih muda dari umur yang sebenar....betapa sihat ayah..dia tak merokok..malah ketika kawan kawan dia kebanyakkan kena kencing manis..darah tinggi..ayah tetap maintain..sihat..

Namun ya lah..ini lah dugaan dari Allah yang maha besar...segala galanya hanya pinjaman sahaja...kesihatan yang baik..harta bendar yang melimpah ruah..anak anak yang berjaya dan dibangga bangga kan...itu semua pinjaman sahaja ..

Yang saya banggakan pada ayah..ketika dia masih boleh bercakap dulu...tak pernah saya dengar dia mengeluh sakit...yang saya dengar dia kata.."dah lama Allah beri dia sihat...sekarang baru di beriNya sakit..." Ayah positif dengan keadaan dia...dan ketika ini walaupun dah keletihan..saya tak pernah dengar dia mengeluh cuma kerut wajah yang menunjukkan dia sakit...

Sembang dengan mak petang isnin semalam..mak kata redha lah dengan keadaan ayah..sekarang dah stage 4..memang kami anak anak redha dengan apa juga ketentuan Allah..apa juga yang berlaku saya bersedia..tak sanggup tengok ayah menderita..penyakit kanser bukan sakit macam luka kena pisau..bukan macam sakit batuk batuk..bukan juga seperti pening kepala...kanser adalah pembunuh dalam diam..walau dah buat kimo dan radiation namun akar nya tetap tegap menusuk ke jasad.

Kes ayah seperti satu kejayaan bagi pihak doktor sebab ayah berjaya melewati had yang di jangka kan...namun pada saya ini bukan lah kejayaan tapi seperti suatu siksaan pulak..apa guna segala treatment yang ayah kena lalui dulu..keputusan nya tetap sama...penyakit ini tak pulih..sedangkan semasa dikesan kanser ayah baru di tahap 2..doktor pulak mengesahkan boleh sembuh..namun takdir tak ada siapa boleh lawan..Allah yang berkuasa dan maha mengetahui...kalau Dia kata jadi maka jadilah kan...macam yang mak kata..redha lah...
Di bawah ni adalah ayah bulan june lalu...dan sekarang dia lebih kurus dari ini...masa ni ayah masih boleh berjalan keluar ke depan rumah...sekarang tidak lagi...
Saya akan pulang hari rabu malam khamis nanti bawak bersama suhaila ..takpa lah suhaila ponteng sekolah 2 hari..esok saya akan kabarkan pada cikgu dia..adik lelaki saya akan bersama balik dengan saya...mr.H terpaksa ke trengganu khamis dan pulang jumaat nanti tapi tak apa kerana mr.H mengizinkan..dia pulak tak dapat ikut lantaran tuntutan kerja nya menyebabkan dia takdapt bercuti..ahh..asalkan dia izinkan pun dah cukup bagi saya..Alhamdulillah saya lafazkan dalam hati..malah mr.H juga dah check keadaan kereta yang akan saya pandu nampaknya ok semua nya...harap kami semua selamat dalam perjalanan dan dapat bersama ayah dan mak nanti...InsyaAllah..moga Allah permudahkan segala urusan kami...amin


Terima kasih kerana singgah..

3 comments:

azieazah said...

Sedih dan sayu membaca entri ini. Saya sudah tiada ayah, sedangkan saya rapat juga dgn dia. Mak saya garang, arwah ayah tak pernah pukul anak-anak. Sama macam citer dalam entri ini.

Semoga apa saja dugaan dan ujian dapat dilalui dgn rela dan redha. Sebagai anak tentulah kita pun kena ikhlas menerima, kan?

Semoga segalanya bak-baik sahaja..

NYKOLETT said...

salam saniah...singgah jap ke blog kak Rose collect award ya..

saniah said...

kak rose...i dah singgah ur blog tadi but err..how to collect the award (malu malu..)? i ni agak buta it sikit nih..:) nanti i cuba lagi ya