Monday, July 25, 2011

mula lah penyakit tukar menukar

Sekarang kerja kerja mengecat dah dekat nak habis dah...saya tengok semalam ada 4 dinding yg belum di cat...bilik bilik tidur semua dah bercat..


Sebelum saya pergi tengok semalam Mr.H kata kaler bilik suhaila/zulaikha dan bilik kami cantik la...tapi bilik hakim dia tak berkenan hekelehh dia yang pilih kaler tu nak cakap apa lagi...hehe


Pastu duk sembang sembang malam tadi mula la dia berfikir...( mr.H kalau dah start berfikir memang bahaya...kadang kadang saya suka tapi kali ni agak bahaya sebab semua yang dia fikir tu melibatkan fulus....ermm)


Bila dia kata tak berkenan cat yg bertempek kat dinding bilik hakim saya tanya tak kan nak tukar? katanya iyelah dah sakit mata...alahaiii ingat harga cat murah ke? buang duit upah orang cat je sebab pastu nak ubah lagi


Kita nak sambut Ramadhan dan semestinya persiapan raya pun kena difikir juga....bahaya bahaya...lagi teruk bila beberapa perabot pun memang dah berada di tahap kritikal...iaitu kena tukar ..mesti


Yang terbaru lagi bila dia kata nak tukar pintu masuk tu...katanya warna putih dah tak masuk dengan pemegang pintu tu...hah??? sampai ke situ dia tengok....err nak tukar pintu ke tukar tombol....aduhaii......memang la mr.H berkecimpung dalam bidang ini tapi....buat la kerja tukar menukar ni kat harta orang lain....hishhh kita punya tunggu la dulu kot


Saya kena tempah langsir sliding door yang baru sebab ketinggian langsir yang saya ada tak sama dengan ketinggian kat rumah baru ni...malas la nak ubah curtain rail tu...pakai aje tapi kena tukar curtain je lah...alaa saya ni tak mementing kan harga...murah pun kalau cantik saya beli je...jangan salah faham.....saya bukan nak sambung kalau cantik harga mahal pun saya beli jugak.....sebab kalau mahal memang saya tak beli....ha ha ha


Tapi kalau nak jimat lagi memang lah saya kena ubah curtain rail tu kan....ermm..macam mana erk??? nak ubah curtain rail dan pakai curtain lama saya atau pegi tempah curtain baru ikut ketinggian curtain rail yang sedia ada...???


He he he....kata kat mr.H suruh jimat tapi awak yang duk memplanning nak tempah curtain baru....hai la fulus fulus...mana kau???


apa apa terima kasih kerana singgah....


p/s tengah fikir juga mana nak shopping baju raya budak budak ni....

2 comments:

Sizuka said...

i think ur hubby excited nak masuk rumah baru. tu yang nak seemua berwajah baru. how was the red velvet? ok ke?

saniah said...

memang la shidah tapi i duk risau gak nak raya ni..umm hrp2 murah rezki dpt durian runtuh sebelum raya kan..
ooo red velvet sodappp....hehe..hakim sekali hadap 4 bijik..nak tutup malu sempat lagi tu cakap "elehh biase jee.." biasa biasa pun ngap sekali 4 bijik kan...hahaha..sedap shidah..boleh oder lagi nih...:)