Sunday, July 24, 2011

bye meksis..bye astro...



Bermula semalam kami secara officially nya menjadi pelanggan Uni fi dahhh....saya belum la lagi menggunakan khidmat internet nya tapi so far saya amat berpuas hati dengan kualiti gambar pada tv saya...cantik dan tiada gangguan.


Channel pun banyak dan kalau saya nak tengok movie saya perlu mengeluarkan sebanyak 6rgt ke 8rgt untuk menyewa satu movie selama sebulan...banyak sangat channel yang boleh di subscribe....cuma movies ni takde subtitle laa


Mr.H dan suhailah kata internet memang amat laju lah..hehe lepas ni boleh la saya laju laju merayau ke rumah kawan kawan dan juga mungkin menambah bilangan kawan kawan lagi kan...


Saya juga berkira kira nak men download beberapa buku dari internet...yang free lah kan..umm tapi laptop saya takde e-reader lagi....boleh kot download free...nanti nak godek godek cari kat mana ada bagi free software tu...tak sabar nya


Amboiii....bulan Ramadhan dah dekat bukan nya nak ber azam nak pergi terawih dan tanamkan semangat nak khatam Quran sepanjang Ramadhan ni....ini tak sibuk nak mendown load itu ini dan nak menyewa movie pelbagai......haissshhhh tak sedar diri pulak saya ni kan...


Okla okla...saya dah sedar diri ni...tak mau lah saya melayan diri dengan tv dan internet tu ya....emm masuk Ramadhan ni saya berazam tak nak tinggal terawih ( kecuali akibat2 yg tak dapat di elak kan...biasaaaa ) dan kalau boleh sebelum masuk subuh saya cuba membaca 4 mukasurat Al-Quran...lepas subuh tak dapatla kan sebab nak siapkan suhailah g sekolah la pulak...:)


Dan saya juga berazam bulan puasa ni...nak elak kan pergi ke pasar ramadhan...uhhh dah serik sebab selalu dapat kuih yang basi dan kalau kuih tu boleh di makan pun cuma pada masa berbuka je....balik terawih dah basi....geram geram...


Ehhh dah panjang entry...emm azam tak kesampaian...lain kali cuba lagi...jangan bored membaca ye....


Terima kasih kerana singgah..

2 comments:

azieazah said...

Ohhh rupanya Unifi tu tv eh? Naif betul saya. Selama ni dok ingatkan itu cuma broadband saja. Bestlah kalu murah camtuh. Yg best tentulah internet yang laju itu.

Bulan Ramadhan, saya pun tak suka pegi PaRam tuh. Mahal dan susah nak cari yg berkualiti. Saya suka masak sendiri. Kuih pun saya buat sendiri mana yang saya pandai.

Nak Balik Kampung Pun Nak “Bergadoh”...?

saniah said...

azie..unifi ni trmasuk tv sekali..tv 1,2,3,8 dan 9 ada cuma channel2 biasa kat astro tu takde kat unifi..tp chnnel lain bnyk lg..u blh pilih..
I ni kat PaRam (iye ke??) dah serik dah..tp anak n bapak suka sgt makan beriyani blh kata hari2...nasik putih mcm tak laku ms berbuka..parah tu..