Sunday, May 8, 2011

selamat hari ibu...



SELAMAT HARI IBU......

....tak de gambar mak sorang selalu kalau ambik gambar mak mesti dengan ayah....ermm loving couple...:)


Nyanyikan untuk ibu ibu semua...jasa mu mak terlalu besar...setelah aku sendiri menjadi ibu baru aku tahu hebat nya tanggung jawab ini....macam mana aku menanggung ketidak selesaan semasa mengandung...menanggung sakit melahirkan...berjaga malam...bersusah hati melihat si kecil dalam kesakitan...membesarkan dan sama sama melalui kesukaran ketika menerima kekecewaan dan sama sama senyum gembira ketika menerima kejayaan....memendam keresahan dan kerisauan ketika sekarang mereka meningkat remaja dan menuju usia dewasa....memendam rasa kecil hati tak kala jiwa remaja memberontak dan ada kata2 yang menguris hati ibu ini...


Ahhh...aku sudah 19 tahun lebih menjadi seorang ibu....namun apalah yg aku nak bandingkan dengan mak yang sudah 48tahun lebih menjadi ibu....pengalaman mak jauh lebih banyak berbanding aku....mak umpama sebuah library yg aku boleh cedok sebanyak banyak pengetahuan dalam mendidik dan menguruskan anak anak....ilmu mak terlalu besar dan kesabaran mak terlalu tinggi dan aku belum di mana mana tahap pun lagi.

Aku belum mempunyai kekuatan seperti mak yang ketika di landa ujian dia amat sabar....aku faham sekarang kerisauan hati ketika menunggu anak pulang ketika mereka keluar bersama kawan2.....sekarang aku faham hati mak...bagaimana aku risau hal anak2 aku begitulah jugak hati mak ketika membesarkan aku....hah aku lega kerana aku bukan lah remaja yg bermasalah ketika dulu....seingat aku tiada masalah besar yg aku timbulkan cuma ketika di hari hari tertentu dlm satu satu bulan tu mood aku agak pelik....semua remaja perempuan begitu kan...

Ketika melihat mak termenung di muka pintu aku sering tertanya apa yg dia fikirkan...adakah mak bahagia? adakah kami esp. aku telah dapat membahagiakan mak selama ini....aku ingin membahagiakan mak dan ayah....aku mahu mereka gembira....


Harapan aku di usia emas ini mak dan ayah sentiasa dalam peliharaan Allah dan bahagia di samping kami.....tiada wang ringgit..emas permata yg aku mampu berikan kepada mereka cuma doa ku setiap masa untuk mak juga ayah...dua insan yg amat berjasa dan amat bernilai dlm hidup ini......segala pergorbanan mak amat brnilai lebih dari harta2 di muka bumi ini....


KASIH DAN DOA MU YANG MEMBERIKAN AKU KEKUATAN MENGHADAPI SEGALA DUGAAN HIDUP DAN MENJADIKAN AKU SEORANG YANG TABAH...terima kasih atas segala nya mak...ayah

4 comments:

maira said...

Selamat hari Ibu :)

saniah said...

SELAMAT HARI IBU UNTUK MAIRA JUGAK...:)
DAN SALAM PERKENALAN...TERIMA KASIH KERANA MENJENGOK...:)

Ain said...

Ti, menitis air mata i dibuatnya...so touching.

saniah said...

ain...setiap patah prkataan lahir dari hati dan jiwa i ain...bukan sengaja mencuit perasaan u..cuma luahan perasaan ini..terima kasih kerana sudi menghayati nya...:)