Tuesday, May 8, 2012

selamat hari ibu

Assalamualaikumwarrahmatullah....

Terima kasih pada yang datang menyinggah dan juga terima kasih juga pada yang meninggalkan komen..saya dah pun ke rumah anda dan meninggalkan jejak manis di sana...:)..

Malu saya pada pengunjung2 yang rajin up date blog mereka..sedangkan saya ni..haiii...dah 2 dan ada juga 3 entry terbaru yang saya baca di blog2 kawan sedangkan saya ni entry yang lepas tu dah ber hari hari ni lah baru nak post yang terbaru....malu.... malu aihhh

Bukan kalut apa pun ...entahlah buat apa pun tak tahu..nak kata tak de cerita haiii banyak juga..

Hari sabtu lepas kenduri kat rumah adik perempuan kat bandar putri kelang...saya ada 2 adik tinggal kat sana..sorang lagi lelaki...kali ni adik perempuan ( yang bongsu ) buat doa selamat dan sikit jamuan untuk sambut adik ipar dia ( lelaki ) kawin. Majlis sebelah perempuan kat taiping di buat pada 1hb mei lalu...so dah suami adik ni takde sapa nak uruskan kenduri dan dia pulak anak sulung dan mak dia pun dah tinggal kat rumah mereka so diaorang sepakat buat je kenduri tu di kelang ni...kira nya jauh jugak tu rombongan dari taiping nak datang ke kelang kan...tapi tak pe lah...kawin hanya sekali...:) :)

Balik dari kenduri malam ahad tu...saya dah tak sedap rasa....ada macam macam rasa...dah la dari tengahari tu lagi duk sakit kepala...aduiii nak baring dan menyembunyikan diri macam mana dah nama pun kenduri..tentu ramai orang...setiap ceruk ruang rumah ada je orang...cuaca panas...menambahkan lagi sakit ni...aduii...

Dah serik rasa...next time kalau nak buat kenduri kena buat waktu malam...:) sejuk sikit...pastu mula lah lari mood berblog...:(  Rasa mual dan badan rasa penuh angin...mungkin kerana makan ubat berlebih kot...pagi ahad tu saya lepak je..tapi kan tapi...ajak jugak family keluar makan kat San Francisco Pizza kat wangsa maju tu...haaaa...tapi masa tu badan dah ok dah...

Isnin semalam puasa...dapat lah tambah lagi 1 hari....rasa nya dah cukup ganti tapi sengaja nak puasa juga dapat juga pahala sunat dan juga bila mengenangkan makan macam macam lately ni...tu yang tambah semangat nak berpuasa... :)

Sebenarnya tak susah mana nak berpuasa kalau orang lain tak puasa ni...tutup mata jeee....haaaa :)

Seminggu ni suhaila menduduki mid term exam...emmm saya tak taulah dia study setakat mana...dia memang macam relax memanjang..saya harap dia dapat menjawap..bila tanya exam macam mana....memanjang ok je..heee

Oya kepada sesiapa yang mempunyai anak yang akan memasuki ke universiti tu tentu dah dapat tahu mana uni yang nak pergi kan? Tahniah pada yang berjaya...:) dan ada juga yang memang dah lama memulakan A-level di uni swasta...teruskan usaha anda..

Ada anak kawan ( seorg kakak ) saya yang dah memulakan A-level sebaik saja habis exam SPM lalu...dan Alhamdulillah result SPM dia memang cemerlang jadi dia terukan di sana membuat persiapan untuk ke US tahun depan InsyaAllah...dan kakak dia pun akan berangkat ke Jordan bulan 7 nanti...hemm seronok tengok kejayaan anak kawan kawan...:)

Dan saya semakin memahami hakikat yang mengatakan kita tak dapat semua yang kita minta...ya lah kita minta kejayaan anak anak...diberiNya permintaan kita itu namun di tarikNya benda yang lain dari kita pula...Allah Maha Adil...dan kita tidak sempurna

Sering saya dengar kawan kawan ( kawan2 saya kebanyakkan dah senior sgt2...ada yg dekat 50 tahun ada juga yang dah lebih 50...) mengeluh tentang anak anak masing2...ada anak yang berjaya sangat2...tapi hubungan dengan parents hambar...buat rumah macam hotel dan kadang kadang dia terasa diri macam orang gaji je...ya lah kerja kerja menguruskan keperluan anak walaupun anak dah 20an tapi masih buat tak kisah dengan persiapan peribadi..semua diberi mak buat...

Kawan saya mengatakan yang kesihatan dia tak lah seperti dulu...kalau boleh dia dah nak rehat dari menguruskan kain baju anak anak..tapi kadang kadang ada terkeluar sindiran pulak dari mulut anak anak...aduhaiiii....saya yang juga seorang ibu ni rasa pedih mendengarnya..kesian kakak ni...

Harap harap anak2 kita tak buat kita begitu ya....ini kes terpencil ...saya tahu tak ramai yang melayan ibubapa begitu namun jangan terkejut...memang ada...

Apa apa pun saya sering beringat sendiri....sementara mak masih ada ni...saya akan cuba layan dan hiburkan dia sepenuh hati...ayah dah tak ada...jadi sekarang tinggal mak sahaja sebagai tempat saya memberi kasih dan menerima kasih....seorang ibu tak kan membenci anak dia...kasih dia hingga ke syurga...redha dia kepada kita membawa keberkatan sepanjang hidup kita...jagalah hati ibu ...doa kan untuk dia sepanjang masa....belai lah dia sebagaimana dia membelai kita dahulu...SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu ibu  ... :)

Terima kasih kerana singgah...:)

7 comments:

inazamri said...

kadang2 kan kak,saya ni terpikir biarlah anak2 ni kecik je..so dok melekat ngan kita je..tp itu mustahil la kan.Sama2 la kita berdoa agar2 anak2 semua mjd anak soleh.

Nai @ TPJ said...

Akak.. i ni rajin sebab cik abg pegi kursus 5 hari.. Hehhe.
Pasal anak2 tu, mmg la ada yg mcm tu. Mak duk dgn i gak, dia relax je.. Ulang-alik masjid je.. Tapi hatinya over sensitip, maklum la , husband dah xde, tersalah cakap dia rasa menumpang la itu la ini la..

Unknown said...

As salam kak,

Harini baru sempat nak singgah sini, akak ape khabar? Sihat?

Marya pun berpuasa jgk Isnin lepas, puasa ganti dah abis Alhamdullillah, saja nak puasa sunat...Moga2 diterima olehNYA... Amin...

Cerita ttg anak tu, buat Marya tersentak & sedih... :(

Sebab nak mendidik anak ni bkn perkara yg mudah... Anak sy pun masih kecik lg... Semoga anak2 kita dikalangan yg soleh & solehah sbg bekalan di akhirat sok... Amin Ya ALLAH~

Dinas Aldi said...

Semoga dijauhkan sifat sebegitu dalam diri kita terhadap ibu bapa kita, ya Allah. Susah payah depa besarkan kita, boleh pulak nak perli2 sindir2..na'uzubillah..mintak dijauhkan..

sekadar satu coretan said...

Salam kak...semoga sihat yee...
Mintak jauhkan anak-anak kita jd mcm tuu..biar la hormat ibubapa...

Zaitun said...

Semoga anak2 kita tidak dalam golongan sebagaimana yang saniah ceritakan.

Selamat hari ibu buat saniah dan semua yang bergelar ibu.

Celebrate kat mana???

MulutPayau said...

semoga anak2 kita mnjadi anak yg soleh dan solehah...mnyayngi dan mnghormati kita sepanjang hayat....