Friday, February 3, 2012

Tentang bonda zuraidah

Assalamualaikum...

Baru sebentar tadi saya melihat ada entry terbaru dari mamatiamia..pn.zuraidah yang mana dulu ada saya kabar kan tentang bonda beliau yang sedang sakit dan menjalani pembedahan..kita telah sama sama mendoakan agar bonda pn.zu sembuh dengan segera kan? boleh baca kat entry " projek suhailah yang lupa nak update "....( heheh masih tak pandai nak link..ada sesiapa boleh tolong buat kan? :(  )

Alhamdulillah....bonda beliau telah selamat menjalani pembedahan...walaupun masih lemah..dan sekarang beliau telah dibenarkan pulang ke rumah dan dapat bersama sama anak menantu dan cucu cucu tersayang yang mana ini akan mempercepatkan lagi prosess pemulihan beliau..orang kata kasih sayang itu ubat yang paling mujarab..

Jadi sama sama lah kita terus berdoa agar beliau diberi kesihatan yang baik..moga moga beliau cepat sembuh..aminnn

boleh pergi ke blog pn.zu untuk mengikuti kisah ibunya...kat sini

Itu je...terima kasih kerana singgah

p/s....teringat mak kat kampung..lama dah tak talipon mak..'apa habaq mak? ' esok saya mesti call mak...rinduuuu

2 comments:

Ros said...

Salam Saniah,

Betoi tu Saniah...kasih sayang ni adalah penawar yang terbaik....

Kak Ros doa kan semoga ibu puan Zuraidah cepat sembuh...

Lydia Miza said...

moga ibu puan zuraidah sembuh ye kak..saya sgt rindu bonda..huhu