Thursday, November 3, 2011

21TH ANNIVERSARY

Ewahh nak jugak menyibuk kata semalam nak cuti kejap kan...okay okay...lepas ni saya gantung tangan (???) ni nak kabor kan kat orang....chewahh macam la orang nak tahu kan.....hahaha

Semalam lupa la dah ter cakap dulu nak cuti tup tup lepas post baru teringat alaaa....esok anniversary...sure nak heboh heboh jugak dalam blog...:( dah terlupa daaa...

So nak share jugak laa hari ni ada lah ulangtahun perkahwinan saya yang ke 21 tahun....dah lama kami hidup bersama.....emmm saya berkahwin pada usia yang amat muda...kira nya sekarang ni saya forbid lah anak dara saya dari mengikut jejak saya....jgn gatal lagi ye...masa tu umur saya baru 22tahun dan husband pulak.....30 tahun...dia tak pe lah kan dah ranum sangat sangat daaa......saya ni lah....belia sangat lagi....

Tapi dalam masa 21 tahun ni macam macam cerita yang kami lalui....rasa macam mimpi bila dapat mengatasi halangan dan ujian hidup ini.....subhanallah...

Kepada Allah saya memanjat kan kesyukuran kerana memberikan saya peluang hidup bersama pasangan dan juga kerana memberikan saya kesabaran dan ketabahan serta akal fikiran yang matang di sepanjang perkahwinan kami maklumlah saya masih mentah lagi masa kawin dulu.......namun saya juga bersyukur kerana mempuyai suami yang sabar dan kuat berusaha memperbaikki kehidupan kami hingga ke tahap sekarang....kami saling menerima kelemahan masing masing dan akhirnya kini dah 21 tahun kami hidup bersama Alhamdulillah bahagia bersama anak anak yang sedang membesar dan sedang mengatur hidup masing masing.....

Moga Allah memberi rahmat dan berkat Nya kepada kami dan moga diberi kan kesihatan yang baik dan murah rezeki....

Saya ni menaip dengan kalut jugak ni sebab pinjam netbok si zulaikha....asyik suruh cepat je...haishhh tak boleh concentrate la mama kacau betul....

Apa apa pun terima kasih kerana singgah....saya akan cuba menulis lagi kalau sempat

4 comments:

sindiketsulit said...

tahniah kak!
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..
aminn..

saya lagi gatai kak.
kawen umoq 23, suami 24
lepaih tu bercekau hari-hari.
ahahahaha!

saniah said...

ROS...hehe 23thn? akak lagi gatai la klau mcm tu...hehe...anyway tq atas doa tu..amin..:D

Ros said...

salam Saniah,

Selamat ulang tahun perkahwinan....kalau dah sampai 21 tahun dah dok bersama tu alhamdulillah la,harap tu akan berkekalan hingga keakhir hayat

saniah said...

kak ros...terima kasih kak..kita doa kan yg terbaik..dalam masa 21thn ni mcm2 dugaan dtg dan dpt diharungi...InsyaAllah saya akan teruskan hingga ke hujung nyawa..