Wednesday, September 14, 2011

senang buat macam ni..

Aduiii...ni yang paling tak berkenan bila pakai alas meja kain comei comei ni...ada ja yang menempek kat situ. Ni tak de orang lain ni...mesti si suhailah..mewarna lukisan dia hari tu bukan nya nak lapik dengan surat khabar lama tu dah berapa kali cakap buat tak ingat memanjang...geram mama

Disebabkan setompok warna minyak ( buncho tu cat minyak kan? ) basuh beratus kali pun tak luak jugak kaler dia..hishh kain ni beli 3 raya lalu dah..dah 3 tahun la kan..apa laa hai..nak tak nak mama ni kena la keluar pergi beli alas baru...chewahh macam orang kaya jer cara cakap tu...

Tengoklaaa...taaa daa ha ha ha...ambik kamu suhaila...sekarang nak tumpahkan kuah kari roti canai ke sambal tumis pekat merah menyala ke apa ke mesti boleh di cuci dengan senang lenang...mama cakap ni sambil senyum meleret leret


Tapi biasalaa bila letak je ada yang tak suka..hishh semua orang tak suka lah sebenarnya...mr.H kata takde warna lain ke..rasa pening bila masuk kawasan ni...ha ha ha...saya kata tak de..itu je yang ada dan i tak larat lah duk sental segala warna warni kehidupan yang you all tumpahkan kat atas alas meja tu i sayang tauuu...bukan senang nak dapat..walau pun tak mahal mana tapi i sayang bila rosak macam tu memang geram kan kan...so terimalah alas meja yang baru...

Suhailah pun mula mula tak berkenan tapi bila saya tunjuk tompok warna yang dia buat tu..terus nak posing tunjuk gigi arnab dia..he he apa apa la dik..

Saya kata kat dia..lepas ni bila adik buat kerja sekolah kat meja ni..kalau boring2 tu boleh adik main dam ke chess ke...gelak dia dengar sebab dia memang suka mengelat bila suruh belajar..hem

Okaylah..itu je nak cerita...
Apa apa pun terima kasih kerana singgah yaa...

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak kalau letak alas meja saniah mesti cover dgn plastik transparent so kalau tumpah tak kena asalnya....

Suhaila mestilah senyum mama dah bertindak hebat...:)

saniah said...

kakza..tu la sepatutnya saya letak plastic cover tp pindah2 ni dah taktau letak mana plastic tu..dah kelam kabut org dtg kan..so letak je "bogel" gitu..dah cacat dah..sekarang saya pakai alas plastic bercorak..hehe..tringat memori kat kampung..mak selalu guna alas plastic..selamat katanya..:)