Friday, September 9, 2011

Innalillahiwaiinnailaihirajiunn

Salam jumaat semua
Bagaimana hari ini? Sihat?

Pagi ni husband bagitau sepupu dia sedang nazak di Hospital Selayang. Kami sudah menziarah beliau ( kak Yang..) petang Rabu hari tu. Dia di masukkan ke unit kecemasan pada pagi selasa bila dah mengadu yang dia tak rasa apa apa di bahagian sebelah kanan badan dia. Menurut anak nya masa tu dia masih boleh bercakap. Bila sampai ke emergency unit terus doktor bagi bantuan dan lepas tu dia terus koma...anak dia kata sedikit demi sedikit maknya macam hilang daya.

Masa hari Rabu tu dia masih koma dan saya lihat banyak tiub masuk ke dalam mulut. Sedih saya tengok keadaan dia. Kak Yang ni seorang yang ceria..selalu gelak ketawa walaupun perjalanan hidup dia ada berbagai ranjau duri. Umur dia dah 60thn lebih dah..memangg beza jauh dari saya tapi kemesraan dengan dia bagaikan dengan kakak ( saya takde kakak kandung..) sendiri buatkan saya tak segan dengan dia...Keistimewaan masakan dia yang paling saya ingat adalah bahulu kemboja...kegemaraan Arwah bapa mertua dan sepupu sepupu yang lain...termasuk husband jugak. Tak sempat saya belajar membuatnya.

Dan sekarang baru 3 jam lalu kami mendapat berita lagi menyatakan kak Yang telah pergi meninggalkan kami. Walaupun dah pergi melawat beliau rabu lepas dan bercadang nak pergi lagi selepas jumaat ni nampak nya kali ni kami akan menziarahi jenazah nya sahaja...

Saya berjaya memujuk husband menziarah beliau rabu lalu..tu pun dia duk asyik berdolak dalik kata kalau pergi pukul 5 jalan ke selayang dah tentu jem dia dah nak kansel dah pergi melawat sepupu dia tu...senang saja saya kata...kalau jem pun kenapa? kita bukan nya nak pergi kemana pun dah petang ni...dan nak tunggu jalan kat KL ni tak jem bila nya? wahh...saya memang garang kalau bab bab ni...dan sebelum puasa lalu pun ada sepupu dia yang meninggal dan begini lah jugak alasan alasan yang dia beri...akhirnya dia tak sempat nak ziarah semasa arwah terlantar sekejap di hospital...alahaiii lelaki..kadang kadang macam tak dewasa walaupun tengok umur tu dah amat amat dewasa....emmm

Saya ingin berkongsi cerita ini kerana saya bersedih atas kehilangan beliau...namun saya bersyukur dapat menziarah arwah ketika terlantar hari tu..dan saya pasti saya akan tetap merasai kehilangan arwah dan kenangan bersama arwah kekal abadi di kotak ingatan.

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan meletakkan beliau bersama sama orang orang yang beriman di sisi Nya..Doa saya juga moga moga Allah mengampunkan segaa dosa dosa beliau

Bagi semua pembaca...sekiranya terdengar ada sahabat atau sedara yang sakit ambil lah masa menziarah...kerana kita tak tahu..mungkin itulah kali terakhir kita menatap wajah nya ketika dia masih hidup..koma atau tika sedar tak kiralah ya..pergi la menziarah..
Saya akan merindui mu Kak Yang...

6 comments:

Kakzakie said...

Al-Fatihah buat allyarhamah. Kita pun akan menyusul juga cuma masanya tak tahu bila...

Dinas Aldi said...

Al-Fatihah..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau..

ejaescobart said...

al fatihah...

memang betul tu.. Eja sendiri pernah mengalaminya.. seorang cikgu di sekolah lama terlantar hampir 3 bulan di rumah.. bila dapat tau, ada saja la hal yang buatkan rancangan nak menziarah tertangguh... di pendekkan cerita.. cikgu tu pun dah meninggal..masa tu baru la gelabah.. macam2 rasa.. rasa bersalah pun ia jugak.. hari dia meninggal tu pun Eja tak dapat nak pergi sebab anak demam panas.. hanya wakilkan en suami je menziarah & sembahyang kan jenazah... sedih betul..

lepas pada kejadian tu, bila dengar je ada yang sakit.. cepat2 pegi lawat.. tak sanggup dah perkara yang sama berulang...

saniah said...

kakza..iye betul tu..perjalanan hidup kak yang di dunia ni dah terhenti..tinggal kita lah sekrg mngumpul amal dan memperbetulkan kesilapan sesama manusia sekiranya ada..moga hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmatiNya ya kak..

cikgu...terima kasih cikgu

Eja...hem betul eja..kak sekarang pun mcm tu bila dengar kawan sakit je terus g tengok..sama juga kalau akak asyik duk teringat kat seseorg tu mesti akak call dia bertanya khabar..Allah tu beri tanda pada kita kdg2 kita tak perasan kan

Hanis Azla said...

Inalillah.. Semoga roh arwah tenang di sana.. Salam takziah yer.. betullah, bila dengar berita ttg org sakit sepatutnya tak perlu kita bertangguh2 utk pergi melawat.. dipercepatkan itu yg sebaiknya kan..

saniah said...

Hanis azla...terima kasih kerana singgah ke rmh akak...wahh rumah ni dikunjungi novelis muda yg berjaya..bangga betul akak
betul tu hanis..jgnlah kita bertangguh perkara yg baik..selamat maju jaya ya