Thursday, August 25, 2011

salam aidil fitri



Ramai dah yang menghulurkan salam aidil fitri ni..saya je yang belum saja tunggu last last..:)


Sempena datang nya Syawal pada (maybe??..) 30hb ogos selasa minggu depan....saya menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dari rakan blogger andai ada tulisan saya yang menganggu emosi anda...mana tau kannn...ade yang terasa hati..kot kot saya ada terkasar bahasa masa menulis tu kan...maaf kan ya..


Dan di sini saya nak bagitau awal awal....tak de pun di antara anda rakan blogger yang menyinggung hati saya...jadi jangan risau lah kan...kita ber blog ni cuma nak meluahkan pendapat dan perasaan so...pada saya tak ada yang menyinggung perasaan.


Tapi banyak ilmu juga yang saya perolehi dari kalian..resepi tu jangan cerita lah kan asyik duk layan mata dan copy and paste resepi je lah..buatnya idak hehe...terhibur juga membaca telatah blogger yang muda muda menulis kisah seharian mereka...yaa saya membaca semua nya...dari tulisan blogger yang muda hingga yang sedikit lebih usia dari saya....terima kasih juga kerana menceriakan hidup saya....


Jadi kepada yang akan menempuh perjalanan yang jauh untuk pulang ke kampung ( seperti saya juga laa...) saya mendoakan perjalanan anda selamat pergi dan kembali ke destinasi masing masing...bawak ( pandu..??) kereta baik baik yaa...kalau yang naik bas tu...pesan kat drebar minta pandu dengan lebih berhati hati...jangan laju sangat..(macam la boleh pesan macam tu...hehe)


Lagi satu raya nanti jangan la makan over over sangat...okay..ingat ingat sama nanti lepas makan kat kampung nak makan kat open house kat rumah jiran la open house kat company la...merata rata open house pula nanti...haah raya sebulan..makan tak berenti renti selama sebulan wahhh....dasyat tu...nanti jadi macam saya...bulan puasa cantik je body...datang je Syawal...ngup ngap ngup ngap....mulut tak berenti mengunyah..apa lagi...2 kali ganda naik berat...padan muka saya...pakai baju apa pun tak cantik....ha ha ha


Kalau saya ni tak membebel memang tak sah...so apa apa pun terima kasih kerana singgah...dan kepada yang rajin memberi komen dan perhatian pada perjalanan hidup saya...saya ber terima kasih banyak banyak..kita bersahabat di alam maya je kan..bila lah nak bertemu??...so kepada anda juga..SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sambutlah aidil fitri ini dengan penuh kesyukuran...raikan lah dengan penuh rasa gembira bersama keluarga...


.....

Tuesday, August 23, 2011

ALHAMDULILLAH...syukur

Seperti mana tajuk..
Banyak pekara berlaku dalam hidup saya tahun ini yang memerlukan saya menggandakan rasa syukur saya ke hadrat Illahi selain rasa syukur saya kerana berjaya melalui ujian Ramadhan setakat ini. Alhamdulillah tahun ini saya tidak kehilangan suara..walaupun ada dua tiga kali di serang sakit kepala..(saya bukak puasa kerana tak tahan dan telah muntah2..) selalunya kerana terlalu panas dan kurang air saya akan bersuara itik buat beberapa hari..:)

Tahun ini..kedatangan Ramadhan kami sambut di rumah baru..bukan rumah banglo atau semi-D..cuma rumah teres 2 tingkat yang serba biasa2 sahaja tapi yang penting rumah sendiri setelah 6 tahun lebih menyewa. ALHAMDULILLAH...

Kedatangan Ramadhan tahun ini walaupun pada Ramadhan tahun lalu hakim tidak dapat berbuka dan bersahur bersama lantaran dia berada di kolej matrik namun ada kelainan nya bagi saya kerana tahun ini pembantu saya tak ada bersama...zulaikha lah maksud saya..selalunya dia yang membantu saya menyiapkan makanan untuk berbuka dan tika bersahur dia juga menemankan saya menyediakan makanan untuk bersahur...kali ni memang terasa bila dia kini berada di tempat lain..sunyi sangat..ya setiap anak memang ada kelainan meraka masing masing..namun saya bersyukur zulaikha dapat melanjutkan pelajaran dan dapat mengikuti kursus yang dia minat...ALHAMDULILLAH syukur saya panjatkan pada Allah kerana memberi peluang ini pada nya.

Dan baru pagi tadi saya mendapat tahu yang hakim juga akan melanjutkan pelajaran ...hemm bukan dengan kolej penerbangan tapi di universiti tempatan...leganya saya..dia juga akan mengikuti program diploma macam adiknya..biarpun lewat setahun dari kawan kawan nya yang dah berada diuniversiti namun berita ini amat menggembirakan kami sekeluarga...perkataan yang pertama keluar dari mulut saya sudah semestinya ALHAMDULILLAH..

Jika dilihat pada perjalanan hidup hakim yang dari awal lagi agak mencabar dan berliku..saya harap sangat agar dia tabah dan sabar dengan dugaan untuk dia...perjalanan masih panjang untuk dia...saya juga berharap dia dapat menggunakan peluang kali ini dengan lebih baik dan tidak mensia siakan nya seperti dulu...InsyaAllah

Walaupun bagi orang lain hanya lah sikit begini pencapaian saya namun bagi saya amat besar dan amat bermakna..perjalanan hidup kita berbeza beza kan...saya hayati segala pemberian Allah dengan penuh rasa syukur dan merendah diri atas kekuasaan Nya yang memberi..

Sekadar berkongsi perasaan gembira saya dan terima kasih atas sokongan kawan kawan semasa saya risau dengan keadaan hakim dahulu..terima kasih banyak banyak....terima kasih atas doa kalian...anda tahu siapa anda yang saya maksud kan ya

Apa apa pun terima kasih kerana singgah..

Monday, August 22, 2011

bantulah yang dekat dahulu..

Alhamdulillah ...seperti biasa di lihat dalam bulan Ramadhan lah banyak betul aktiviti bersedekah di jalankan..syukur kerana masih ada syarikat syarikat besar turun padang membantu yang kurang berkemampuan untuk sama merasakan dan meraikan kedatangan Syawal..terutama nya pertolongan kepada anak anak yatim dan keluarga yang telah kehilangan tempat bergantung.

Ini hari mereka..hari kita belum tentu bagaimana..mungkin tahun ini kita dapat menyambut aidil fitri dengan riang namun tahun hadapan...cuma berdoa agar kehidupan tetap dilindungi oleh Nya setiap masa.

Disamping tu bagi diri kita sendiri yang bukan nya pemilik syarikat2 besar begini..jengok jengok lah sedara kerabat sendiri di kampung atau disekeliling kita. Perlukah di bantu? kadang kadang adik beradik sendiri pun malu nak mengadu pada kita atas kekurangan mereka..yaalah ego tinggi jugak..tapi kesian ada anak sedara yang tak ada baju baru untuk berhari raya lantaran 'bisness abah' kurang menyengat tahun ini...atau mungkin kerana abah baru dibuang kerja kerja awal bulan lalu...sedih kan.

Anak anak kita sibuk bercerita dengan sepupu tentang baju baru sedangkan si sepupu hanya memendam rasa sebab abah dan mama belum belikan apa apa pun lagi pada dia...malah ada kedengaran pujukan dari mama malam tadi agar di pakai dulu baju tahun lepas...budak budak pun ada perasaan..dan perasaan sedih yang dipendam lagi memilukan kita.

Jadi marilah kita jadi prihatin pada sedara sendiri dahulu sebelum kita panjangkan prihatin kita pada orang luar...hari raya adalah hari yang kedatangan nya disambut bersama adik beradik berkumpul sanak saudara...bagaimana nak sambut bersama adik beradik kalau salah seorang dari kita dalam kesempitan? bantulah mereka....
p/s satu ingatan untuk diri sendiri jugak.....

terima kasih kerana singgah

Wednesday, August 17, 2011

dia kecundang

Tepat tepat 15hb Ramadhan..adik kecundang. Mula nya saya ingat sebab pergi shopping isnin petang tu kot..dia memang tak boleh ke tempat yang sesak dengan orang ramai..pernah bawa dia ke Jalan Masjid India dulu..terus demam dan muntah muntah..padahal bulan puasa dan dia pun berpuasa masa tu..

Kali ni balik dari berbuka puasa isnin tu dia duk cakap sejuk2..ingat apa la kan..pegang badan dah garing..terus bagi makan paracetamol dan selasa semalam tak ke sekolah demam...satu hari asyik tidur je..kesian saya tengok..ya lah suhailah ni nama je umur dah 11 tahun tapi berat badan baru 22kg...tinggi pun tak...malah daripada kat tadika sampailah bersekolah sekarang dia lah pelajar paling kecik dalam kelas..kalau beratur memang asyik kat depan je lah..hehehe *mama buat lawak pulak

So malam tadi bawak dia ke klinik..tukar paracetamol yang lain..balik rumah terus bagi makan dan dia tidur..tengah malam semalam saya check temperature dah turun..lega!

Inilah budak yang tak berapa suka minum air...nak suruh dia tambah air minum masa berbuka susah betul..hah jadi macam ni..lepas ni serik la kot..

Hari ni cuti so dia lepak kat rumah..dah sihat sikit mula lah capai laptop mama nak main SIM kat facebook..haii adik..




Hari ni dia kata esok nak puasa...malam tadi doktor dah warning..kalau demam tak turun jangan puasa tau...hehe takut tak dapat raya kot tu yang dia nak berpuasa jugak tu..macam macam dia ni


So terima kasih kerana singgah..

Tuesday, August 16, 2011

mama..hakim nak...

Hemmm...mula mula ingat apa la si hakim ni nak kan...pastu dia kata nak jadi pilot..ni bukan baru baru ni..ni suara hati dia yang di ulang suara..dah banyak kali dia duk cakap..saya buat dunno je..

Pastu awal bulan lepas keluar iklan kat surat khabar dia buat la ulang suara lagi kan...tu si abah dia pun sokong bawak dia pergi dengar taklimat dan minggu lepas dia dapat surat untuk daftar kemasukkan september ni.. aduhaii..

Saya tak berapa suka..tapi dia kata nak tengok tempat orang..entah apa dia pikir..mungkin kah dia nak kerja kat negara orang bila tamat latihan?? haii anak bujang ku nak merantau pulak..dah keinginan dia nak join akademi laut hari tu di halang oleh abah dia...hehe nasib baik jugak abah dia pun tak sokong...ya lahh life kat atas kapal tu lain dari life kat darat ni...macam macam orang macam macam agama

Saya cuba pujuk...hakim masuk Navy la..boleh jugak tengok tempat orang apa..ambik diploma dulu then join navy...lagi pulak hakim pandai berenang...apa apa hal hakim terjun ke laut boleh selamat...kalau kat atas langit tu..mama rasa tipislah nak selamat....ha ha ha ada ke patut saya ni?? tapi itula yang saya duk cakap kat dia..

Betul betul buat saya risau....entahlah saya kurang risau dia join akademi laut tapi yang ni keinginan yang satu ni saya amat risau...bulan lepas abah dia baca dalam surat khabar...pelajar Malaysia yang ambik kursus penerbangan kat Philipina tu meninggal..kapalterbang yang dia pandu dengan bantuan instructor jatuh...adui...kebetulan pulak sepupu hakim pun ambik kelas yang sama dengan pelatih tersebut....risau risau...harap harap zikry selamat...

Yelaaa..ajal di tangan Allah..cuma sebagai ibu saya nak dia selamat..semua ibu ibu begitu kan...ini keputusan yang besar dan berisiko tinggi...keselamatan tak begitu terjamin...

Tapi kehendak dan cita cita anak..bagaimana ya? Sedangkan Tok dia di kampung ok je..selalunyaa tok dia yang terlebih risau pasal cucu lelaki sulung dia ni...kali ni mama yang kalah...
Saya rasa saya kena belajar untuk melepaskan dengan redha...hemm...segala galanya Allah yang tentukan dan Dia Maha Mengetahui....saya kena kuat semangat...dan redha..redha..perkataan yang dalam makna nya..

Terima kasih kerana singgah

Friday, August 12, 2011

berhati hatilah raya dah dekat

Sibuk sangat sampai nak meng update blog pun tak sempat...masa pendek betul di bulan puasa ni..rasa banyak benda tak sempat buat..emmm ke atau perancangan yang tak berapa betul? atau buat kerja tu lembab sangat..?

Ehh apa yang merepek ni..tajuk lain cerita lain..errr biasa la sayaa..

Ni nak cerita...malam tadi dalam pukul 11 malam..saya dan suhailah keluar nak ambik hakim kat jusco wangsa maju nun..dia kan dah kerja kat situ..ok masa kat grill pintu keluar tu saya nampak sorang orang muda..dalam awal awal 20an berbasikal berhenti depan rumah saya...saya tak risau sangat sebab gate berkunci..so kami menuju ke gate sambil mata saya duk paku kat dia..dia tak tegur saya pulak..heran..duk depan rumah orang dah nampak tuan rumah keluar tu tegur lah kan..oo tak peramah kot dia ni..saya duk ingat.

Sambil bukak mangga gate saya pun bertanya kat dia..'ada apa?'..dia kata tu kucing dia..oo kucing berloceng yang masuk ke kawasan rumah saya dan menyebabkan ke 3 ekor anak2 saya ketakutan pucat lesi sebab dia datang nak bergaduh..geram sangat tadi saya kejar dengan penyapu...

Entah lah cuak jugak dengan sikap terlebih perihatin budak ni..ala kalau dah dilepaskan kucing tu di luar rumah kenapa duk ikut kemana kucing tu pergi pulak kan?...dah tu duk question pulak orang duk halau kucing dia yang mai ke rumah orang buat kecoh..dah tu dipikirkan masa tu dah pukul 11 lebih dah pun...takde kerja lain ke dia ni???

Saya takut gak kut dia ni duk spy rumah mana nak panjat esok2..ya laa kan ke sekarang ni dah dekat nak raya kan..ada ja lah orang nak cari duit lebih tu..kalau betul memang dia ni penyayang pada kucing tu pun saya pikir tindakan dia menspy apa kucing dia buat tu agak over lahhh....lagi pulak memang kucing dia cari pasal..datang bergaduh kat rumah orang pastu nanti adalah bekas kencing2 dan najis bertabur..biasalaa kucing kalau bergaduh..benda benda tulah yang bertabur..sapa yang susah?? sayaaa dan keluarga saya jugak yang susah tau...ya lah nanti kena sental porch kalau tak memang tak sanggup duk bau hancing kucing laaa

Masa sahur tadi saya mentioned kat mr.H..masa tu baru saya teringat kisah budak motor yang mengumpan kisah kucing hilang pada budak2 perempuan pastu ajak pergi cari lepas tu terus bawak budak tu lari...alahaii..sekarang ni penjahat duk guna alasan kucing la kan..risau gak..risau orang masuk rumah..dan risau orang buat tak senonoh pada anak perempuan kecik saya ni...kena hati hati ni...orang jahat merata rata..ok

Apa apa pun terima kasih kerana singgah...

Tuesday, August 9, 2011

tak sempat langsung

aihh sibuk betul aih lately ni...bukak kotak buang kotak..koyak kertas..pilih baju letak dlm plastik bag pastu letak luar pagar dengan harapan ada orang ambik..tapi tiada sambutan nampaknya..hehehe baju2 kat kedai yg baru2 lagi cantik..apahal orang nak kutip baju lama saya kan..ermm

Banyakk betul kami buang barang..kebanyakkan nya buku buku latihan sekolah dari zaman hakim dan zulaikha bersekolah lagi...ada yang penuh bertulis ada juga yang baru dua tiga helai bertulis...apa nak buat..kalau banyak masa boleh pilih koyak dan staple kan buat jadi rough paper untuk si suhailah guna masa buat kerja sekolah kan...tapi tau tau je lahhh...nak kejar masa ni sebab betul betul rumah masih tak tersusun naik sakit mata tengok...

Cari barang pun dah tak jumpa dah..cable handphone pun dah taktau sapa pegang selalu dalam laci tv tu ni dah takde ntah kat mana..jangan2 terbuang sekali dengan sampah..tu pasal lah gambar ambik dengan handphone tak dapat nak upload ni..nak ambik gambar dengan kamera mr.H tu malas lah pulak nak bukak dari beg la pulak dah la besar dan berat..buat apa ntah beli kamera berat2 nih...baik yang kecik senang nak bawak kemana mana....huishh banyak la alasan makngah ni..kalau dah malas mengaku jelahhh

Masa masak untuk berbuka ada gak ambik gambar..tapi simpan je lah dalam handphone tu..hehe..nasib baik jugak sebab bukan cantik pun gambar nya..rasa makanan pun kejap tawar kejap masin...alasan puasa konon tapi sebenarnya memang tak terer masak..keh keh keh

Pagi tadi sahur dengan kurma ayam leftover iftar semalam...buat sayur dan sebelum tidur dah buat sambal tumis telur rebus...petang ni iftar goreng kew teow jee..masak nasik dan beli lauk..wahh pengakuan yang ikhlas...emm tapi lauk2 yang saya beli ni bukan kat PARAM..tapi kat restoran yang memang jadi tempat kami biasa beli sebelum bulan puasa lagi.

Itu je lah coretan saya..sunyi pulak rasa nya entry kosong takde gambar..ok lah nanti saya keluarkan kamera gedabak yang sebenarnya takde lah gedabak sangat tapi uhh tak selesa sangat menggunakan nya..hehehe akai nak kamera barulah tu..(jangan harap laaa)

Oh ya..hari ni hari pertama si Hakim mula berkerja...dia restoran Johnny di Jusco Aplha Angle..mula kerja pukul 2 habis kerja pukul 9...ok lah tu daripada dia tidor je kat rumah ni..

ok apa apa pun terima kasih kerana singgah ye...

Saturday, August 6, 2011

tidur la lagi...

hari ni nak cerita pendek je..cerita berbuka petang semalam.
Masa tu dah pukul 6 lebih...saya nampak si hakim duk tengok tv dengan adik adik dia..masa dah dekat pukul 7 saya dah tak nampak dia..ingat kan dia pergi bilik air ke apa kan

Dah dekat 7.25 gitu kami pun sibuk la tuang air dan letak piring/pinggan nak berbuka ni..mana si hakim? abahnya bertanya...kat bilik la tu..tak kan dia tak tahu dah pukul berapa ni kan...

Duk kejap tu azan pun berbunyi...rumah saya ni memang dekat dengan masjid jadi memang boleh dengar azan dengan jelas lah..melainkan orang tu pekak je yang tak boleh dengar..
So dah azan tu kami pun berbuka lah kan...si bujang kat atas tu masih jugak tak turun turun...tak kan dia tak dengar orang azan..?? geram dah saya ni...tak kan nak berjemput plak kan? orang lain pun nak berbuka juga...siapa plak nak memanjat tangga ketuk bilik dia...haihhh mengada budak ni..

dia tidur kot..abah dia kata...hah biarkan dia..i nak tengok sampai pukul berapa dia nak tidur..padahal hari ni dia bukan buat apa pun..lepak je sejak lepas jumaat tadi..mama dah geram ni..takde tanggungjawab betul budak ni...kalau ye pun kontrol la sikit dah tahu jam dah pukul 7 yang pergi layan mata tu buat apa..?

Hahhh...memang betul..dekat pukul 8 baru turun..ehh dah buka ke?...emm mama malas nak jawap...ikut suka awaklah labu...

Macam tu ke semua budak budak lelaki yang sedang meningkat dewasa ni? aaduhaii...cabaran betul..bab lain dia baik cuma bab tidur ni je yang mama sangat sangat hilang sabar ...kegemaran dia memang zzzzzz....aduhai aduhaiii....bila la anak mama ni nak dewasa??? Ya Allah..berilah daku kesabaran menghadapi kerenah si hakim ni..amin

itu je..apa apa pun terima kasih kerana singgah...

Thursday, August 4, 2011

kalut..

Ni cerita semalam..
masa on the way dari sentul tengahari semalam duk susun la segala kerja nak bagi si leha maid seminggu sekali saya tu buat kan..laa dah pukul 1.30 tak nampak batang hidung sedangkan rumah yang dia cuci sebelah pagi cuma 3 lorong dari rumah saya...emm...rupanya dia datang pukul 12.30 tadi dan masa tu saya masih di sentul...aduhaii kena buat sendiri la minggu ni..saya ingat nak suruh dia kemas store bawah tangga tu..biasalaa orang gebu gebu macam saya ni mana muat nak merangkak dalam store tu...hehehe

Dah tu ada pulak surat dari Syabas...kata nak cuci paip ke apa ntah..memang selalu dapat la surat ni masa kat rumah lama tu pun kan...marah jugak sebab apa Syabas ni hantar surat bagitahu lambat?...dah pukul 1 lebih dah kerja start pukul 10pagi hingga 3 petang...hishh takut tersumbat paip dalam rumah kalau tak tutup paip kat meter tu...so kelam kabut la saya tutup...tapi mata melilalu jugak tengok keliling...mana orang Syabas nih? hahh takpa lahh...tutup je kejap..karang pukul 3 bukak la balik...

Hehehe...malam tadi suhailah kena tulis surat sebab dia ponteng kelas hari ni...saya tengok dia tengah membelek kalender..kenapa dik? oo saja nak tahu hari ni berapa haribulan...oo 3hb..ye ke 3hb?? laaa mama ingat 10hb dahhh....patutlaa tak nampak orang syabas siang tadi...rupanya bukan cuci hari ni....tapi minggu depan...hahaa...kalut sangat...baca surat tengok dah tarikh tapi betul betul lupa hari berapa haribulan....heyyy baru 3 hari puasa laaa...kalau 10hb maknanya dah 10 hari lah kita berpuasa kan?...bengong kejappp....hehehe

Apa apa pun terima kasih kerana singgah...

Tuesday, August 2, 2011

salam Ramadhan

*gambar dari google
Assalamualaikum..


Salam Ramadhan..selamat bertandang lagi bulan yang mulia..hukum islam yang ke 3 yang diwajibkan keatas seluruh muslimin dan muslimat..hari ini sudah hari ke2 kita menyambut Ramadhan..bagaimana? Rasanya bila hari ke2 badan dah boleh menerima keadaan tidak makan pada waktu siang..tapi saya rasa berpuasa bagi kita kaum hawa ni dah biasa dah kan..selalu nya kita dah train diri ketika menlangsai kan "hutang" masa datang uzur masa Ramadhan tahun lalu..jadi dah takde masalah lah kan


Saya baru juga menyesuaikan diri ni..emm dengan keadaan rumah yang berserabut penuh dengan barang2 dari rumah lama..sekarang tengah berhempas pulas mengemas la pulak..dulu packing sekarang duk unpack la pulak...aduiiii penat..tidur lewat setiap malam dan sekarang dengan tibanya bulan puasa ni saya kena bangun 4pagi..biasalah kan pada setiap kaum hawa/kaum ibu....hari pertama berpuasa saya cuma tidur 3 jam sahaja..akibat nya esoknya (semalam) saya kena migrain...muntah muntah dan lembik seharian..aduiii...tapi hari ni ALhamdulillah...sihat dan segar dapat meneruskan ibadah ini.


Emm...baru menyesuaikan diri..ada diantara kami yang tidak dapat menyesuaikan dirinya..kucing kesayangan kami si Ciwi hilang seejak hari ahad lalu...sedihnya..tak tahula kemana dia pergi..agaknya dia panik kot lari sana sini dan tak tahu jalan balik kerumah baru ni..harap harap dia selamat...sayang ciwi...sedih betul..nasib baik 2 ekor lagi Ron dan Sam kekal kat depan rumah..tidur je maklumlah berpuasa kann..tentu dia orang pun rindu kan Ciwi..sedih lagiiii




Ini lah Ciwi....dah berumur 6 tahun dah...janganlah dia sesat dan memakan sampah sarap kat kedai2 makan tu..memang tak lama lah umur dia..selalu kat rumah makan minum kita jaga kan..kesian Ciwi..sori ya Ciwi...please come back...manalah kau pergi...hemmmm


Apa apa pun terima kasih kerana singgah...


p/s sama samalah doakan agar Ciwi kami pulang semula... (sedih ni...)